CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Menangis Ketakutan Tengok Kucing, Ramai Rasa Kelakar Tapi Boleh Undang Trauma

23-6-2022 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2010| Komen: 35

Description: Video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang berasa takut apabila diberikan kucing kepadanya merupakan satu tindakan tidak wajar berikutan berupaya mengundang trauma kepada kehidupannya.
Video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang berasa takut apabila diberikan kucing kepadanya merupakan satu tindakan tidak wajar berikutan berupaya mengundang trauma kepada kehidupannya.


Pegawai Kaunselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dzul Hafiz Zoriff berkata, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana memberikan impak jangka masa panjang kepada kanak-kanak itu sekali gus menyebabkan mangsa mengalami trauma berpanjangan.


Foto: Tiktok

“Jika kita lihat video itu, mungkin ada orang akan berasa comel apabila kanak-kanak itu berasa takut dengan kucing, siap boleh rekod video lagi. Tetapi, perkara itu salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana berupaya mengundang trauma psikologi.


“Setiap manusia mempunyai perwatakan berbeza secara semulajadi, jika kita memberi tekanan kepada karakter itu, ia akan menyebabkan trauma selain mangsa akan berasa kurang yakin dengan keadaan sekeliling,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Terdahulu, video Tiktok dimuat naik pemilik akaun bernama Acong44 tular di laman media sosial dengan menyaksikan seorang kanak-kanak berasa takut apabila diberikan seekor kucing kepadanya.



Meskipun meraih hampir tiga juta tontonan, tetapi rata-rata netizen memberikan pandangan berbeza dengan rata-rata daripadanya menyifatkan ia sebagai tindakan tidak wajar.

“Tidak kelakar pun, fobia budak itu nanti. Kita ada anak sepupu takut kucing, sampai sekarang tidak boleh tengok kucing walaupun kucing itu tidak buat apa-apa,” kata Nor Azian Muhammad.

“Sikit pun tidak kelakar, orang takut kucing sahaja faham perasaan adik itu,” jelas Salbiah Rahman. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 23-6-2022 11:12 AM
Sebagai salah sorang ailurophobia, aku paham perasaan ank ni dan xsetuju dgn perbuatan menakut2kan org yg fobia
Quote cicak_kobeng 23-6-2022 11:24 AM
sukacactus replied at 23-6-2022 11:12 AM
Sebagai salah sorang ailurophobia, aku paham perasaan ank ni dan xsetuju dgn perbuatan menakut2kan o ...

sama la...dulu masa sekolah menengah selalu kena buli dgn sorg kawan ni sbb takot kucing..mmg sngaja ambik kucing letak rapat gila dgn muka...kadang letak atas blakang badan..mau tak nangis...benci gilaaaaaa
Quote tikusmontok 23-6-2022 11:49 AM
Acong dah lama menghilang...alih2 jadi pembuli makan budok
Quote Artemesiaa 23-6-2022 11:54 AM
Dah dia takut kenapa nak disuakan juga padanya macam mendera pulak
Quote helicornia 23-6-2022 12:01 PM
Setiap manusia ni berbeza2.jgn la buat lawak klu dia takut kucing.yg dok menyakat tu maybe takut gelap/hantu pulak
Quote mojarean_X 23-6-2022 12:04 PM
helicornia replied at 23-6-2022 12:01 PM
Setiap manusia ni berbeza2.jgn la buat lawak klu dia takut kucing.yg dok menyakat tu maybe takut gel ...

Setuju.......
Quote Decaffeinated 23-6-2022 12:07 PM
Jangan melayu ramai takut anjing sebab didikan. Fakta.

So jangan gelak kan.
Quote sarahmirza 23-6-2022 12:24 PM
Ramai betul orang bodoh...
I memang selalu elakkan bergaul dengan orang bodoh....nasib la kalau kerabat sendiri pun bodoh, tetap i elakkan berjumpa selagi boleh...

Bodoh sini bkn bodoh tak pandai belajar ye...
Ada je orang pandai straight A tapi bodoh bab common sense
Quote sarahmirza 23-6-2022 12:27 PM
Decaffeinated replied at 23-6-2022 12:07 PM
Jangan melayu ramai takut anjing sebab didikan. Fakta.

So jangan gelak kan.

Memang pun....kdg lalu je sebelah anjing tapi tetiba takut kenapa? Anjing tu comel mcm kucing tapi kdg ada yg lagi comel dari kucing tau....

Anak i kemain masuk vet nampak anjing comel boleh pulak dia belai2 anjing tu...
Nasib baik la skrg ada sabun utk cuci tu ..kalau tak jenuh akak nk korek tanah pasu buat cuci..
Hahaha
Quote dua_chzy 23-6-2022 12:35 PM
helicornia replied at 23-6-2022 04:01 AM
Setiap manusia ni berbeza2.jgn la buat lawak klu dia takut kucing.yg dok menyakat tu maybe takut gel ...


Tu la. Kawan ai, lelaki, ada sorang. Hantu syaiton segala dia tak takut. Tapi cuba la letak mentadak dekat dia, confirm lari 100 meter.
Quote plywood 23-6-2022 12:47 PM
dalam video tu kucing digunakan untuk menakutkan budak. bukan ajar budak tu pasal kucing ini sejenis binatang jinak. yang patut dipersalahkan ialah tukang pembuat konten tiktok.. pembuat konten ni tak boleh blah main langgar jer ...
Quote NazRysha 23-6-2022 12:57 PM
korang ada tips tak cm mana nak jinakkan kucing stray
aku nak isi ubat kutu dan kurap atas kepala dia
asik lari je
mukanya penuh da kurap
kesiannn
Quote jalfa 23-6-2022 01:17 PM
Sian nya budak tu..semua anak jantan aku camni..kucing tak takut.tapi tikus lipas semut semua takut..hari tu katak masuk rumah...riuh menempik seko seko...
Quote Skuau 23-6-2022 01:17 PM
Edited by Skuau at 23-6-2022 01:22 PM

Aku adalah salah sorang yg 'takutkan' kucing cam bdk ni....aku tau apa bdk ni rasa...benda ni sama jer cam korang yg takutkan lipas,tikus bagai...tak  lawak..langsung...hokey..
Quote plywood 23-6-2022 01:23 PM
NazRysha replied at 23-6-2022 12:57 PM
korang ada tips tak cm mana nak jinakkan kucing stray
aku nak isi ubat kutu dan kurap atas kepala di ...

aku jinakkan kucing liar secara perlahan-lahan. ... masa bagi makan tu, buat-buat sentuh secara tak sengaja, jangan pegang sentuh sahaja mula-mula.. buatlah beberapa hari untuk pemula sebelum buat tindakan lebih rapat seperti mengelus, biar dia selesa terlebih dulu... bila dah biasa dia tak akan takut dah. .. yang paling penting ialah kita kena membuat komunikasi dengan kucing ni bertahap... sikit-sikit, tambah perlahan-lahan bergantung kepada keselesaan kucing tersebut, teruskan dan sentiasa perhatikan reaksi kucing itu samada rela atau pun tidak... good luck

Quote helicornia 23-6-2022 01:23 PM
dua_chzy replied at 23-6-2022 12:35 PM
Tu la. Kawan ai, lelaki, ada sorang. Hantu syaiton segala dia tak takut. Tapi cuba la letak mentad ...

Song ji hyo running man tu segala terjun tk takut. Bungee jumping pun tk takut siap offer diri.tp soh pegang serangga menangis
Quote chandrahusin 23-6-2022 01:25 PM
aku mmg plg menyampah
dgn org yg rakam bila bdk2 menangis disakat
bodoh lah
dh dia takut dgn kucing
alangkan rama2 pun ada yg fobia
.. Ketakutan kupu-kupu dan rama-rama dipanggil lepidopterophobia..
Quote kessah 23-6-2022 01:46 PM
aku paling takot kucing! ko bagi la kucing comel ke mahal ke apa tetap aku lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote sukacactus 23-6-2022 01:56 PM
cicak_kobeng replied at 23-6-2022 11:24 AM
sama la...dulu masa sekolah menengah selalu kena buli dgn sorg kawan ni sbb takot kucing..mmg snga ...

Kannn...aku kalau kat kedai mkn, kadang bersila ats kerusi tu
Sebab kucing dapat sense yg kita ni xkan apa2 kan dia, so dia akn selalu dtg dekat dgn org fobia kucing
Aku xleh la, dia lalu dekat je boleh berdiri bulu roma aku
Kadang siap letak kaki dia kat peha...dah byk kali la pun aku menjerit terlompat bangun kat kedai
Tu pasal kalau kedai tu ada kucing, aku menapau je

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.196656 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top