CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pukul Dua Polis Ditahan

22-6-2022 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 732| Komen: 1

Description: Seorang lelaki ditahan kerana menumbuk dua anggota polis yang mahu menjalankan pemeriksaan terhadapnya di Taman Sri Manja, Isnin lalu.
Seorang lelaki ditahan kerana menumbuk dua anggota polis yang mahu menjalankan pemeriksaan terhadapnya di Taman Sri Manja, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua anggota polis itu yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah bermotosikal cedera di bahagian tangan serta badan, manakala suspek berusia 26 tahun terbabit cedera ringan akibat pergelutan.


Gambar hiasan

“Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, anggota menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang meminta mereka menjalankan pemeriksaan ke atas suspek dalam sebuah kenderaan di kawasan perumahan berkenaan.


“Bertindak atas aduan, anggota mengarahkan suspek keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan badan. Suspek tiba-tiba merangkul leher seorang anggota dari belakang, lalu menumbuk muka dan perut anggota itu.

“Rakan setugasnya yang datang untuk meleraikan suspek turut ditumbuk di bahagian muka. Suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan ketika ditahan,” katanya.

Fakhrudin berkata, semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah.

Katanya, suspek direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro/Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 22-6-2022 10:48 PM
Takde rekod tak telan dadah, kau dah kenapa??

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.043418 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top