CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Didesak Letak Jawatan Gagal Tangani Isu Kos Sara Hidup

22-6-2022 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1886| Komen: 13

Description: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) melahirkan kebimbangan dengan isu kos sara hidup selepas pengumuman kerajaan untuk menghapuskan subsidi bagi minyak masak tulen berbotol serta harga siling telur d ...
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) melahirkan kebimbangan dengan isu kos sara hidup selepas pengumuman kerajaan untuk menghapuskan subsidi bagi minyak masak tulen berbotol serta harga siling telur dan ayam mulai 1 Julai ini.


Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, ketika ini kerajaan belum mengumumkan sebarang mekanisme, dana serta garis masa pelaksanaan subsidi bersasar walaupun hanya tinggal lebih kurang seminggu hingga terhapusnya subsidi dan harga siling ini.


Gambar hiasan
Foto: BH

“Dalam keadaan ekonomi rakyat amat terkesan akibat pandemik Covid-19, kehidupan rakyat bakal bertambah parah apabila harga barang bakal meningkat.


“Ini tidak memberi banyak masa kepada rakyat untuk bersiap sedia menghadapi peningkatan kos sara hidup yang barangkali meningkat berkali ganda.

“Ini bukan langkah yang proaktif mahupun bertanggungjawab,” kata Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, hari ini.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Kenyataan itu juga menyebut, Ketua Pembangkang pernah menegur berkali-kali di Parlimen tentang kelewatan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) bermesyuarat serta mengambil tindakan tahun lalu.

“Malangnya, rakyat terus menyaksikan betapa lembabnya tindakan para Menteri dalam menangani masalah kos sara hidup.

“Oleh itu, kerajaan mesti mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup ini dalam masa 24 jam,” katanya.

Kata kenyataan itu lagi, sekiranya tiada langkah diambil, Majlis Presiden PH mendesak menteri yang bertanggungjawab untuk melepaskan jawatan kerana gagal menjaga kepentingan rakyat.

“Pakatan Harapan juga akan mengambil beberapa tindakan termasuk mobilisasi massa bersama masyarakat sivil dan mana-mana pihak lain yang ingin bersama bagi menyuarakan kemarahan rakyat,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 23-6-2022 12:13 AM
Saya sokong!!!
Quote lyshafull 23-6-2022 12:30 AM
X rAsa mentri2 ni nk letak jwatan
Quote tripleid 23-6-2022 12:58 AM
Edited by tripleid at 23-6-2022 09:00 AM

Tinggal kenangan..
IMG_20220623_005748_1.jpg
Quote Simunggu 23-6-2022 08:52 AM
rindu zaman PH...RM50 penuh 3 troli supermarket...
Quote totokreturn. 23-6-2022 08:54 AM
wow formula paling hebat dlm dunia

dengan memilih pakatan haprak, isu kenaikan harga akan totally selesai

tahiniah
Quote rospinki 23-6-2022 10:29 AM
ini semua propaganda cinkis (ph) naik harga pastu konon konon ayak ini org manyak teruk liou helega smua naik lui semua talak cukup ini meneli melayu siou liou
Quote adila39 23-6-2022 10:55 AM
i sokong la yaang ni ...actually menteri mana ya yg still ada harapan utk pegang title menteri ni
Quote zidane_ziege 23-6-2022 10:55 AM
BN = Barang Naik

buat2 terkajut pulak
Quote Mary_jane 23-6-2022 11:00 AM
Mana mau nya letak jawatan. Yang dah letak jawatan tu pun menunggu PM wujudkan dia satu kementerian lain. Punya lah kesah jawatan lagi di saat genting ni.
Quote renko 23-6-2022 11:01 AM
ada menteri kishahhh????
Quote azl1561 23-6-2022 11:32 AM
Menteri dah selesa dgn jawatan takkan letak jawatan punya. Hanya dalam mimpi........
Quote Mooverine 23-6-2022 11:33 AM
hahaha impossible ja la nak tengok menteri kita ni meletak jawatan walaupun kena desakan kuat..
Quote Firenzza 23-6-2022 08:13 PM
Yg dh kena jatuh hukum mhkmh tu pun sibuk nak jd piem balik..hawauuuuu jad menteri suma ditanggung gomen freee

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.250042 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top