CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farahdhiya Tak Nak Bagitahu Sakit Apa, Dah Selamat Bedah Leher

22-6-2022 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2598| Komen: 13

Description: Faradhiya selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian lehernya pada dua minggu lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Faradhiya  selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian lehernya pada dua minggu lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Enggan mendedahkan sakit sebenar yang dialami, kata Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, dia berasa lega kerana kerisauan tentang tahap kesihatannya sejak beberapa bulan lepas sudah berakhir.


Foto: IG

“Hanya pembedahan kecil sahaja di bahagian leher. Tak perlulah saya kongsi apa sakit sebenar kerana terlalu peribadi, tapi bukannya sakit teruk.

“Syukur sekarang semua selesai. Saya masih dalam tempoh pemulihan dan rasa lega kerana kerisauan yang saya lalui beberapa bulan ini berakhir,” katanya ketika dihubungi mStar.




Farah berkongsi video dia menerima rawatan di pusat perubatan tersebut di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Meskipun dinasihatkan berehat panjang, namun disebabkan tugas sebagai pelakon, Farah kuatkan diri untuk kembali bekerja dan menjalani penggambaran drama Selamanya Suri Cinta.

Menurut Farah, lima hari sudah cukup untuk dia berehat dan akui dirinya seorang yang lebih senang berdikari dan tidak mahu susahkan orang lain.



“Kebetulan saya ada cuti lima hari penggambaran dan ketika itulah saya jalani pembedahan serta ambil masa rehat. Kerja sebagai pelakon ni, MC (sijil sakit) mana laku.

“Kalau ikutkan memang kena rehat lama. Dalam apa jua keadaan saya perlu kuat. Saya tidak ada pilihan lain. Sejak dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari,” ujarnya.



Untuk rekod, pada Februari lalu, Faradhiya pernah memberitahu dirinya sering mengalami sakit kepala kerana terlalu lama duduk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu.

Tambahnya, dia bimbang jika kesakitan yang dialami itu disebabkan ketumbuhan pada otak.



Dalam pada itu, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini sudah kembali melakukan aktiviti senaman di gimnasium yang memang sudah menjadi rutin hidupnya sejak dahulu.

“Hidup saya memang dengan gim. Dua minggu tak bersenam rasa macam cacing kepanasan. Doktor nasihatkan supaya berhati-hati.

“Semalam (Selasa) saya berjumpa doktor dan keputusan semuanya dalam keadaan bagus. Cuma perlu ambil satu ubat yang diberikan doktor,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-6-2022 04:22 PM
dah x laku ...x ada siapa amek tau
Quote Burong_Hantuk 22-6-2022 04:22 PM
apa pun GWS
Quote KamikuP 22-6-2022 04:32 PM
Leher dia dulu mcm ada ketumbuhan yg ada tumbuh rambut tu..
Quote Zaien 22-6-2022 05:47 PM
KamikuP replied at 22-6-2022 04:32 PM
Leher dia dulu mcm ada ketumbuhan yg ada tumbuh rambut tu..

mcm cyst la erk?
Quote 800214 22-6-2022 05:49 PM
tgk dia live,nipis betul.jeles tgk.hahaha. xde lansung lelemakss
Quote surih07 22-6-2022 06:18 PM
Comeyy farah ni, gws awokk
Quote nakkomenjugak 22-6-2022 06:47 PM
moga tercapai impian iols nak saing2 body sheol
aaaaminnnnn
Quote fara_lily 22-6-2022 07:05 PM
Dia kan ada tanda lahir kat leher tu. Macam taik lalat tp besar.pastu ada bulu2...  Pembedahan buang benda tu kot
Quote Pixie902 22-6-2022 08:34 PM
Kalau terlalu peribadi tak payah la share terus.  Benda pun dah 2 minggu lepas, dah basi.
Quote wirazam 22-6-2022 08:56 PM
Cantik..takkan xde org yg berkenan
Quote stingerbumpy 22-6-2022 09:01 PM
Tyroid.....
Quote Mary_jane 22-6-2022 09:07 PM
Wangi jer dia ni. Takde lah nak kontroversi sana sini. Moga cepat sembuh.
Quote naina 22-6-2022 09:28 PM
Mak omputih tapi muka dia more melayu..takda acah2 speaking manjang je kan. Abang dia muka lebih kokusen..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.058908 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top