CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Siap Ada DM Nak Bomohkan" -Redza Rosli Tegur Hanya Lakonan Semata-mata

21-6-2022 10:12 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2289| Komen: 17|Original author: Cinta Erina

Description: Perubahan ketara watak Jad Izzudin yang dilakonkan oleh Redza Rosli menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati dengan watak itu. Mana tidaknya, dalam episod baru-baru ini, watak itu dilihat menengki ...
Sumber: Instagram Redza Rosli


Seperti yang kita semua ketahui, drama Melur Untuk Firdaus kini menjadi fenomena di Malaysia dan Indonesia, namun drama berjudul Bisik-Bisik Gelora juga tak kurang hebatnya. Walau bagaimanapun, babak indah di awal tayangan drama semakin pudar apabila satu demi satu konflik mula timbul dalam hubungan watak utama drama ini iaitu Jad dan isterinya Arumi. 

Perubahan ketara watak Jad Izzudin yang dilakonkan oleh Redza Rosli menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati dengan watak itu. Mana tidaknya, dalam episod baru-baru ini, watak itu dilihat menengking isteri serta anaknya hanya kerana satu kesalahan kecil. 



Semalam, Redza Rosli dilihat melakukan satu sesi live di akaun Instagram miliknya di mana dia telah berborak tentang wataknya dalam drama tersebut. Redza tampil untuk menerangkan berkenaan lakonannya sebagai watak Jad. 


Menurut Redza, terlalu ramai netizen yang mengecam lakonannya sehingga ada yang DM untuk menghantar santau kepadanya padahal sikapnya dalam kehidupan sebenar jauh berbeza dengan watak itu. Jelas Redza, semua itu hanyalah lakonan semata-mata untuk menghidupkan watak serta jalan cerita supaya lebih menarik dan terkesan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap watak yang dibawa oleh Redza. Di samping itu, ramai juga yang bersetuju dengan lakonan Redza yang sangat mantap sehingga dirinya yang sebenar disalah tafsir dengan watak itu. -CARI

Sumber: Tiktok Izzati Farzan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 21-6-2022 12:34 PM
aku ada novel bisik2 gelora ni
Dalam novel best sangat
Quote NazRysha 21-6-2022 12:35 PM
aku ada novel bisik2 gelora ni
Dalam novel best sangat
Quote Kurex 21-6-2022 12:42 PM
Aummmmm cakkkkk                     
Quote NurAlia14 21-6-2022 01:57 PM
Hahaha asal ade berita psl mamat ni je msti keluar muka kucing..
Quote aemon 21-6-2022 01:59 PM
Hahahhaa.zayn malik meow sepet hahahhaa
Quote maxim 21-6-2022 02:02 PM
Alaahhh bosannya la tektik.. So typical.. Nk bgtua konon lakonan terpalinggg berkesan sampai org terbawa2 kat realiti
Quote AshkieLa 21-6-2022 02:19 PM
Edited by AshkieLa at 21-6-2022 02:26 PM

dah towards the end jalan citer ke laut...yg motif membodohkan watak utama jer
just nak bagi penonton ade rasa geram, marah, remuk, bengkek ape2 semualah...

RR ni kena stop dah amik watak stereotype baran2 mcm ni..
Quote Mary_jane 21-6-2022 02:48 PM
Makin mengarut okay drama ni towards the end. Banyak sangat negative vibes.

1) Berkali2 Fakri kacau2 Arumi sampai drugged her, takde plak dia nak lodged police report ke apa.
2) Anak dah umur 4 tahun, satu DNA test pun Jad tak conduct
3) Arumi tu kerja overseas bertahun2, hujung2 melukut di tepi gantang je siap jadi maid beruniform dok obey kat suami yang abusive macam tu. Makan pun style yindia, bini kena tunggu laki habis makan, dok berdiri je kat situ.

Janganlah Redza berlakon asik nak tunjuk gangsta, dominant dengan terpekik terlolong dah macam rempits.
Quote azimodin 21-6-2022 03:11 PM
Pergh standard drama melayu sekarang kelaut dalam. Actually drama siam/lakorn banyak je guna plot yang sama tapi iouls x pernah jumpa lagi yg plot dia merapu meraban. Pastu dah 2 drama dah hero layan anak macam sampah, layak ke character camtu diletak sebagai main lead.. siap happy ending lagi. Rindu zaman drama Dahlia, Duri, Dunia Baru, Pak Pandir Modern
Quote msel 21-6-2022 03:36 PM
macam xkena la dia ni berjambang, stail rambut dia tu pun pelik. dulu nampak kemas je. ramai sgt suka buat jambang, kebanyakkannya nampak pelik.
Quote slyfynx 21-6-2022 03:48 PM
Taktik biasa nk naikkan rating.
Dok lah cerita org terpengaruh sgt dgn watak jahat smpi benci pelakon.
Abis kalau retis yang buat video burung nape xde yang terpengaruh nk bomohkan jg
Quote codenamedream 21-6-2022 09:39 PM
Kurex replied at 21-6-2022 12:42 PM
Aummmmm cakkkkk

Kucing ni ada IG tak? Nak follow
Comel sangat
Quote Joysparta 21-6-2022 10:12 PM
NurAlia14 replied at 21-6-2022 01:57 PM
Hahaha asal ade berita psl mamat ni je msti keluar muka kucing..

Muka sama......
Quote Joysparta 21-6-2022 10:13 PM
Dah lama x ikut drama melayu..meluat ....
Skg layan cite tamil je..hjg2 kena tembak kat kepala pun boleh hidup.lagi...hahahhaha
Quote tikusmakmal10 21-6-2022 11:30 PM
Kurex replied at 21-6-2022 12:42 PM
Aummmmm cakkkkk

meow , ada ig x ?
Quote Pak.dolla 22-6-2022 11:36 AM
.
Idola dia nenas kan? Aku pernah terbc dia kata begitu...meow..
Quote SisLena 22-6-2022 11:42 AM
Haha aku benci tau nampak muka kucing kat depannn..bodola korang ni hahahaha. Mmg sama pun muka diorang. Wakakka

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.180929 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top