CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Chacha, Sekarang Suami Emma Maembong Pula Jadi 'Mangsa' Gigitan Shariq Gabriel

21-6-2022 09:40 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4998| Komen: 29|Original author: Cinta Erina

Description: Menggigit adalah perbuatan yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak berumur dari satu hingga tiga tahun. Sebulan yang lalu ketika menyambut aidilfitri, tular video yang memaparkan anak kepada pelakon Emm ...
Sumber: Instagram Emma Maembong


Menggigit adalah perbuatan yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak berumur dari satu hingga tiga tahun. Sebulan yang lalu ketika menyambut aidilfitri, tular video yang memaparkan anak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel telah menggigit tangan ibu saudaranya iaitu Chacha Maembong sehingga menyebabkan Chacha menjerit kesakitan. 


Ketika itu Chacha ingin bersalam dengan Emma namun tiba-tiba dia digigit oleh Shariq. Insiden itu hanya disedari oleh Emma selepas melihat Chacha menjerit. Rupa-rupanya, Chacha bukanlah satu-satunya individu yang menjadi mangsa  gigitan Shariq. 


Baru-baru ini, Emma telah memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Posting itu ditujukan khas kepada suami Emma sempena Hari Bapa kelmarin. 

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah gelagat Shariq Gabriel yang telah menggigit tangan bapanya ketika bapanya sedang tidur. Bukan main lagi Shariq, gigit penuh semangat sehingga terbangun bapanya dari tidur. 

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen risau sekiranya perbuatan Shariq semakin menjadi-jadi dan akan membahayakan kanak-kanak lain.

Netizen juga mengambil peluang itu untuk menasihati Emma agar melarang anaknya dari mengigit orang lain kerana bimbang isu itu akan menjadi parah kelak. 

Tidak salah sekiranya kita mendidik anak-anak supaya mereka tahu bahawa perbuatan itu salah dan menyebabkan orang lain tidak selesa. -CARI

Sumber: Instagram Emma Maembong


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 21-6-2022 01:45 PM
HE NEEDS THERAPY...ABES ANAK ORG NNT DIE GIGIT..BKN SALAH BUDAK TU..DH LA COMEY..TP PARENTS KENE AMIK SOME ACTION
Quote Nham22 21-6-2022 01:49 PM
Ape punca die suke menggigit...?? Eh xpahamlah aku. Gatai gusi ka apa
Quote melinda_kerr 21-6-2022 01:54 PM
jadi hiburan pulak ek...not funny at all.
Quote pembacagosip 21-6-2022 01:54 PM
COMEY lahaiii. harap lepas ni dia kurang menggigit la sbb takut tbiasa.
Quote Samerosie 21-6-2022 01:54 PM
Edited by Samerosie at 21-6-2022 01:55 PM

Ini kalau tak bendung, masuk nursery habis semua anak orang digigitnya macam yg anak I kena.  Tak tau la kenapa anak si memma ni mengigit kalau tantrum geram lepas tu mengigit tu kira kena bgtau tak boleh buat gitu, kalau gusi gatal, kau beli la chewy melambak kat mothercare pun ada kalau tak nak beli kat shoppee. Yg bapak nya diamkan je kena gigit macam tu, apa ke bodoh punya mak bapak macam ni.  Not cute ok.
Quote maxim 21-6-2022 01:55 PM
Ntah2 puting Emma pon dh putus kene gigit
Quote Mamason 21-6-2022 01:56 PM
Dah kenapa biarkan anak menggigit???  Nanti habis anak org pun digigitnya konon benda tu xsalah...sekali dua nampak comei... nanti lama2 comotttt... ermmm
Quote Nnasda53 21-6-2022 01:59 PM
Dah terbiasa tgk mak bapak suka mengigit gamaknya budak comel ni.
Quote codenamedream 21-6-2022 02:04 PM
Terus tak comel kalau suka gigit ni.
Menyakitkan org lain ja.
Nanti gigit budak lain, mak bapak kata ala takpe hal kecik jer.

Quote SherryZass 21-6-2022 02:38 PM
kalau anak aku kena gigit gitu, mau aku jegilkan mata & haipkan aje budak tu. Mak bapak tak larang, makin menjadi lah
Quote _blackbird 21-6-2022 02:43 PM
anak dia ni umur berapa tahun? below 3yr old normal kan some kids learn & experience thing thru biting tapi masih boleh di disiplin kan lgi. kalau dah umur 4-5 thn masih menggigit juga ni dah level parah kena mangsa gigit panas baran mau kena lempang skali.
Quote mamajawie 21-6-2022 02:51 PM
Nham22 replied at 21-6-2022 01:49 PM
Ape punca die suke menggigit...?? Eh xpahamlah aku. Gatai gusi ka apa

anak2 aku gatal gusi takde nak menggigit orang lain..tapi kalau dia gigit orang tu maksudnya dia nakkan perhatian..cam semalam iollss asyik dok belek hp sebelah dia sbab nk blas wsap skali tu lama sgt iollss wat dek kat dia trus dia gigit tangan iollss..tapi da gigit pastu lepas la takde cam buaya kemam lelama tu..huhuuhuuu

Quote Login_ID 21-6-2022 02:53 PM
ada kawan cikgu pra, dia ada murid yg suka menggigit.
klu tengok ciri2, budak tu sebenarnya berkeperluan khas. tapi mak bapak dia tanak terima hakikat.
mungkin anak Emma mcm tu jugak
Quote wolfheart 21-6-2022 02:57 PM
Kelakar je budak² baya tu gigit org. Ya, kelakar dan comel...kalau yg menggigit tu anak kita sendiri, anak sedara yg rapat ke tapi tak comel dan tak kelakar langsung kalo yg menggigit tu takde kaitan dgn kita pastu kita atau anak kita pulak yg kena gigit.
Quote kessah 21-6-2022 03:01 PM
Ntah la aku xde anak so tak tau . Tapi klu budak ni gigit2 aku memang aku babap dia supaya dia tahu yg gigit2 ni tak okay!!
Quote doubleA 21-6-2022 03:05 PM
Harap tak hantar ke taska, ko jaga jela di rumah. Risau iols kang entah budak mana digigitnya, sakit wei. Tapi masa video caca tu memang kelakar ulang2 iols tengok, terhibur sis
Quote azimodin 21-6-2022 03:06 PM
Edited by azimodin at 21-6-2022 03:07 PM

Anak iouls masa umur lebih kurang setahub pernah la gigit budak kat taska dia. Menangis-nangis iouls mintak maaf kat mak budak tu, dah la bapak dia buat muka cam nak hempok i. Seram. Rupanya dia geram dengan member tu. Member pulak bulat2 chubby cam doraemon. so teacher asingkan anak buat sementara. Lepas tu dah x gigit dah.
Quote manehnya 21-6-2022 03:19 PM
sebbaik comel budak ni kan, mak nk jugak kena giget
Quote Normabaru 21-6-2022 04:12 PM
Samerosie:    Edited by Samerosie at 21-6-2022 01:55 PM  Ini kalau tak bendung, masuk nursery habis semua anak orang digigitnya macam yg anak I kena.  Tak tau la  ...



hmm teringat kaka dulu ada budak kat nursery gigit ank org sampai berdarah tinge dia..mentang2 ank org tu kecik..budak ni pompuan okkk..tp gemok besar tinggi..huhuhu

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047199 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top