CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Dengar Asyik Menangis, Pekerja Taska Goncang Bayi Tujuh Minggu Sampai Mati

20-6-2022 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1303| Komen: 5

Description: SPRINGFIELD, ILLINOIS – Seorang pekerja taska di negeri Illinois, Amerika Syarikat (AS) didakwa menggoncang tubuh seorang bayi berusia tujuh minggu sehingga meninggal dunia kerana enggan berhenti men ...
SPRINGFIELD, ILLINOIS – Seorang pekerja taska di negeri Illinois, Amerika Syarikat (AS) didakwa menggoncang tubuh seorang bayi berusia tujuh minggu sehingga meninggal dunia kerana enggan berhenti menangis, lapor akhbar Metro UK.


Suspek, Taylor Burris, 24, kemudian dilaporkan menunggu lebih tiga jam sebelum meminta bantuan. 

Pekerja pusat jagaan harian itu turut membuat pencarian maklumat di internet mengenai ‘sindrom goncang bayi’ ketika mangsa, Maren Gallagher, yang berada di hospital meninggal dunia akibat trauma pada kepala, demikian menurut laporan polis.


Foto: Metro UK

Menurut pihak berkuasa, Burris menghubungi talian kecemasan pada petang 17 Mei lalu untuk melaporkan mengenai seorang bayi yang tidak memberi respons di sebuah pusat jagaan harian di Forsyth, Illinois.

Bayi berkenaan kemudian dikejarkan ke hospital terdekat di mana dia disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Suspek pada awalnya memberitahu penyiasat bahawa mangsa jatuh sakit selepas terkena bola lisut di pusat jagaan. Dia juga dikatakan mula menangis tanpa henti sehingga menyebabkan suspek terpaksa menghubungi panggilan kecemasan.

Bagaimanapun, menerusi soal siasat kedua Selasa lalu, suspek mengakui bahawa dia menggoncang badan mangsa kerana sering menangis, demikian menurut afidavit yang diperoleh oleh akhbar Herald & Review.

Insiden itu berlaku sekitar pukul 10.40 pagi (waktu tempatan), namun suspek menunggu sehingga pukul 2.05 petang (waktu tempatan) untuk meminta bantuan. 

Suspek kini ditahan di penjara Macon pada Selasa lalu. Perbicaraan seterusnya telah ditetapkan pada 15 Julai depan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-6-2022 02:04 PM
Pengasuh gemuk kuat dera dan bunuh bayi juga kanak2 tak kira dalam atau luar negara.
Quote Decaffeinated 20-6-2022 02:51 PM
Kalau dah stress sangat ko tutup je lah telinga sampai tak dengar tangisan tu tapi tak tergamak pulak kan? Goncang tergamak pulak

Quote Artemesiaa 20-6-2022 03:08 PM
Tak layan jadi pengasuh kerja demi duit macam tu ler hasilnya
Quote RinIna 20-6-2022 03:48 PM
Apa guna ko kerja taska bby yg senang nak juga pun x boleh handle. Bby nangis lapar susu je, pastu dia tido je umur2 cmtu. Aduuuhh, sedih.. sian baby comel..
Quote Adrif 20-6-2022 05:26 PM
apehal keje jadi pengasuh bayi kalau jenis tak suka budak, tak penyabar eiii geram aku

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.113561 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top