CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Makan Malam 4 Beranak, Alat Memasak 'Steamboat' Meletup

20-6-2022 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2874| Komen: 24

Description: Makan malam bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak 'steamboat' meletup.
Makan malam bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak 'steamboat' meletup.

Dalam kejadian 9 malam di sebuah restoran di Alam Mesra, Kota Kinabalu pada Ahad, Roberto Antoni, 28 dan isterinya, Wujon Maria Mae serta dua anak mereka cedera terkena air panas dan letupan berkenaan.



Sinar Harian

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.06 malam.

Menurutnya, 13 anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari BBP Lintas.


"Terdapat empat mangsa dilaporkan melecur terkena air panas dan ada juga yang terkena api.

Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota kesihatan dan bomba.

"Kanak-kanak berkenaan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian manakala dua lagi diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.


Sinar Harian

Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan lanjut bagi mengelak sebarang bahaya lain di lokasi kejadian.

"Operasi terkawal pada jam 9.35 malam dan ditamatkan selepas semuanya berada dalam keadaan selamat," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 20-6-2022 11:44 AM
bahaya betul
gas bocor ke
Quote prettyuglybabe 20-6-2022 11:55 AM
sebab tu i takut sikit makan steamboat kedai tepi tepi ni..
nak-nak yang pakai tong gas besar bawah meja tu..
seriau memikir..
Quote plywood 20-6-2022 12:01 PM
kesian... kemalangan spt ini boleh berlaku kepada siapa-siapa pun jua...
Quote exclusive_vvip 20-6-2022 12:02 PM
Aritu I gi sabah, makan steamboat..terkejut bila diorg bwk portable cooker ke meja ..maklumlah, biasa kat sini kan guna yg induction tu..tapi pakai mana2 pun kalu x selenggara btol2 pun sama gak la kot..
Quote tripleid 20-6-2022 12:12 PM
Mujur x kena muka
Quote Artemesiaa 20-6-2022 12:15 PM
Mengerikan nasib tak ada yang hilang nyawa
Quote epal_putih 20-6-2022 12:16 PM
seram pulak
huhuhuhu
Quote TomyamPuteh 20-6-2022 12:43 PM
Aku selalu pegi kedai yg guna dapur arang.
Quote KamikuP 20-6-2022 02:21 PM
Selalu pegi Johnny's ja tapi skrg ni kecoh pulak takde sijil halal.. huhuhu
Quote Firenzza 20-6-2022 07:24 PM
KamikuP replied at 20-6-2022 02:21 PM
Selalu pegi Johnny's ja tapi skrg ni kecoh pulak takde sijil halal.. huhuhu

Seoul garden ada jakim halal gak ke sis? Tgok ramai acik2 gundu kepam pakai tudung melantak kt situ
Quote supernaturalee 20-6-2022 07:31 PM
TomyamPuteh replied at 20-6-2022 12:43 PM
Aku selalu pegi kedai yg guna dapur arang.

Wuuuuu

Ancient

Quote supernaturalee 20-6-2022 07:32 PM
KamikuP replied at 20-6-2022 02:21 PM
Selalu pegi Johnny's ja tapi skrg ni kecoh pulak takde sijil halal.. huhuhu

Mmmm Johnnys tu dr dolu2 lg isu ni
Tp klu lalu mall yg ada restaurant ni nmpk ramai je yg msk
Especially malays

Quote supernaturalee 20-6-2022 07:33 PM
Firenzza replied at 20-6-2022 07:24 PM
Seoul garden ada jakim halal gak ke sis? Tgok ramai acik2 gundu kepam pakai tudung melantak kt sit ...

Yg ni plk q manjang
Sejenis gigih kan

Quote KamikuP 21-6-2022 09:10 AM
Firenzza replied at 20-6-2022 11:24 AM
Seoul garden ada jakim halal gak ke sis? Tgok ramai acik2 gundu kepam pakai tudung melantak kt sit ...

Acik bukan cyst tapi pakcik yg tak berapa nak gundu...ekeke
Seoul garden meolls tak tau le pulekkk
Quote che-cikL 21-6-2022 10:49 AM
prettyuglybabe replied at 20-6-2022 11:55 AM
sebab tu i takut sikit makan steamboat kedai tepi tepi ni..
nak-nak yang pakai tong gas besar bawah  ...

Ya iols pernah sekali, adik ipar bawa makan kedai steamboat yg letak tong gas besar tu kat kaki bawah meja. Nak makan pun tak senang. Sebab, cuba bayangkan berapa banyak tong gas ada dlm kedai tu, masa tu full house pulak. Malam tu hujan, jadi yg meja2 luar semua tak blh buka, meja kat dalam susun rapat2.
Mmg serik.
Quote pembacagosip 21-6-2022 11:04 AM
prettyuglybabe replied at 20-6-2022 11:55 AM
sebab tu i takut sikit makan steamboat kedai tepi tepi ni..
nak-nak yang pakai tong gas besar bawah  ...

ye dulu kan in kedai mkn steamboat ni ngn gas setong sebelah customer. ish seriau oooi
Quote TomyamPuteh 21-6-2022 11:12 AM
supernaturalee replied at 20-6-2022 07:31 PM
Wuuuuu

Ancient

Sesuai la dgn status aku yg agak kertu nih
Quote supernaturalee 21-6-2022 12:03 PM
TomyamPuteh replied at 21-6-2022 11:12 AM
Sesuai la dgn status aku yg agak kertu nih

kt mn tu sis
klu dkt nk p try jgk lah
Quote TomyamPuteh 21-6-2022 12:08 PM
supernaturalee replied at 21-6-2022 12:03 PM
kt mn tu sis
klu dkt nk p try jgk lah


Jauh. Kat Perlis

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.262099 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top