CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hina Nabi: Malaysia Hantar Wakil Khas Cakap Sendiri Dengan PM India

20-6-2022 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 858| Komen: 0

Description: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia mengenai isu menghina Nabi Muhamm ...
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia mengenai isu menghina Nabi Muhammad SAW kepada kerajaan negara itu.


Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu diambil selain tindakan kementeriannya yang telah memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke Wisma Putra bagi menyampaikan nota protes berkaitan hal itu pada 7 Jun lalu.

"Setakat ini difahamkan utusan khas berkenaan belum dapat lagi mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Perdana Menteri India.


Foto: Harian Metro


"Perdana Menteri mengambil tindakan itu supaya pandangan kita dapat disampaikan sendiri ke pihak tertinggi kerajaan India," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Twenty's Talk Hi-Tea di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, tindakan diambil oleh kerajaan India terhadap isu berkenaan bagaimanapun dilihat cepat apabila dua ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad SAW sudah dilucutkan jawatan dalam kerajaan.

"Saya telah hadir pada Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India pada 16 Jun lalu, dan keesokannya saya hadir mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar India Dr Subrahmanyam Jaishankardi dan saya sempat sampaikan pandangan kerajaan Malaysia tentang isu ini.

"Beliau (Dr Subrahmanyam) mengatakan penghinaan dilakukan tidak melambangkan pendirian India dan kami bersetuju kedua-dua belah pihak perlu mencari jalan agar dapat diselesaikan dengan cara lebih baik jika berulang pada masa hadapan," katanya.

Baru-baru ini, dua jurucakap BJP yang mentadbir India mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah RA.

Perkara itu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah yang memunggah keluar produk India daripada rak jualan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.193203 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top