CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sering Curi Cili, Lelaki Maut Disabit Remaja 17 Tahun

20-6-2022 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 691| Komen: 0

Description: Remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan membunuh seorang lelaki hanya kerana mangsa mencuri cili.
Remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan membunuh seorang lelaki hanya kerana mangsa mencuri cili.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kapanewon Turi, Sleman pada Rabu lalu.

Mayat Widodo Bowo Purnomo, 49, ditemukan di tengah sebuah kebun di perkampungan itu sebelum remaja yang membunuhnya ditahan pada hari sama.


Gambar hiasan

Wakil Ketua Polis Sleman Kompol Tony Priyanto berkata, kes berlaku apabila seorang daripada ahli keluarga suspek memberitahu cili yang ditanam di kebunnya sering dicuri.

Katanya, suspek selepas itu menawarkan diri menangkap pencuri terbabit dan mereka pergi ke kebun itu dengan bersenjatakan sabit, kira-kira 4 pagi pada hari kejadian.

"Ketika muncul di kebun itu, mangsa melarikan diri apabila terserempak dengan suspek, namun gagal apabila dilibas menggunakan sabit.

"Suspek melibas mangsa sebanyak enam kali dengan sabit itu. Dua kali tidak kena, empat kali mengenai tubuh mangsa," katanya ketika ditemui media tempatan, pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa sempat melarikan diri selepas itu, namun suspek tidak lagi mengejarnya.

"Suspek bersama saudaranya memaklumkan kejadian itu kepada pemimpin kampung.

"Jasad mangsa kemudian ditemukan seorang penduduk dan kematian itu kemudian dilaporkan oleh adik mangsa kepada polis," katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, suspek ditangkap dan polis merampas sabit sepanjang 30 sentimeter yang digunakan membunuh mangsa, selain pakaian dan dan cili sebagai bahan bukti.

Suspek bakal berdepan pertuduhan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, bagaimanapun proses pengadilan akan disesuaikan dengan sistem perundangan terhadap kanak-kanak di negara itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.127808 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top