CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anzlana Nasir Minta Rider Gendong Anak Tengah Panas Datang Rumah, Nak Bagi Banyak Barangan Bayi Percuma

17-6-2022 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4554| Komen: 16

Description: Anzalna Nasir, berhasrat untuk membantu penghantar makanan yang tular di TikTok baru-baru ini.
Anzalna Nasir, berhasrat untuk membantu penghantar makanan yang tular di TikTok baru-baru ini.

Hasrat tersebut disuarakan pelakon drama popular Memori Cinta Suraya itu menerusi satu hantaran di Instastorynya.


Menurut Anzalna, dia mahu menghulurkan sumbangan keperluan bayi sekiranya anak individu tersebut adalah lelaki.


Foto: IG

“Rezeki abang ini dapat motor baharu. Anak abang ini lelaki ke?

“Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna banyak barang-barang bayi nak beri kepada dia,” tulisnya.



Foto: IG

Sebelum ini, pengguna TikTok, @abamskhai memuat naik rakaman video mengenai seorang penghantar makanan yang menunggang motosikal sambil menggendong bayinya  keluar mencari rezeki.

Semalam, Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada rider berkenaan selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa ketika keluar bekerja.



Dalam pada itu, Anzalna juga merakamkan penghargaan kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, yang segera tampil membantu selepas kisah rider berkenaan tular di media sosial.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa @ebitlew,” tulisnya. -CARI



Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 17-6-2022 12:43 PM
Untung ko dik. Dapat barang preloved branded yang ORIGINAL
Quote babelina 17-6-2022 03:03 PM
rezki Allah ko dpt.. moga dperluaskn lg pintu rezki org2 yg berbuat baik..bersedekah.. amin yra
Quote maxim 17-6-2022 03:06 PM
captures_chrome-capture-2022-5-17 (1).png

ingtkan ebit ni dh x kutup derma
Quote gideoncross 17-6-2022 03:25 PM
"Sebak" dan "mnangis".
Quote mendeluk 17-6-2022 03:27 PM
Bijak dia ini buat damage control after bertubi-tubi orang kutuk dia
Quote awanearisu 17-6-2022 04:31 PM
Melihatkan kadar gelabah EL ini, mungkin ada sesuatu berkaitan kesnya sedang berlaku di belakang tabir.
Quote KBW2 17-6-2022 04:42 PM
Hekeleh nak bagi, bagi jelah. Buat2 tanya dekat ig plak. Macamlah ko tak boleh cari contacts. Dah namanya retis...
Quote Madel 17-6-2022 04:52 PM
Aku ni sejenis peel kalau nak bagi, aku tak adanya nak org tu dtg rumah..
Nko nak kasi brang2 ke bntuan ke..nko la yg pergi jumpa/anta ke org tu, bukan nya org tu yg kena menghadap nko ngok.
Dah tentu2 la org tu dlm kesusahan, apa slah nko permudahkan dh nko tu kereta mewah je berbijik2.
Nko lebih mudah bergerak kot banding dgn org tu.
Quote watymuchaz 17-6-2022 05:46 PM
Rezeki baby tu dpt brg2 branded lagi.
Quote Redmyvi 17-6-2022 05:55 PM
Bini dia keje butik, should be bini dia try tnya owner boleh ka bawak bby sementara nk dpt pengasuh rather than dia bawak bby naik motor.. mcm bahaya..
Quote 3chanceno 17-6-2022 06:04 PM
Ada lagik cerita dewasayu bantu orang? Bila naik mahkamah lagik?

Quote 3chanceno 17-6-2022 06:07 PM
Redmyvi replied at 17-6-2022 05:55 PM
Bini dia keje butik, should be bini dia try tnya owner boleh ka bawak bby sementara nk dpt pengasuh  ...

Emmmm...ok jugak suggestion nie. Depends camna butik tu & lokasinya jugak. Bukan butik setiap masa ramai pelanggan masuk..tapi kalau baby banyak nangis, maknya tak boleh buat kerja pulak
Quote wirazam 19-6-2022 12:04 AM
Madel replied at 17-6-2022 04:52 PM
Aku ni sejenis peel kalau nak bagi, aku tak adanya nak org tu dtg rumah..
Nko nak kasi brang2 ke bnt ...

Setuju sgt ..pls la retis nih ..skrg ni ko takde common sense ke
Quote Lolalala 19-6-2022 01:47 AM
Dewa sayu dah letak balik no acc. Sebelum ni macam lama x nampak no acc dia
Quote che-cikL 19-6-2022 08:06 AM
Edited by che-cikL at 19-6-2022 08:07 AM

Jalan cerita Anzalna ni, iols bayangkan...
Rider datang rumah, Anzalna buka almari/bilik barang2 baby pastu tanya brader tu satu2, "ni nak tak?" "Nak". "Ok, boleh". "Ni dah ada?" "Dah". "Ok, tak pe, saya simpan bagi org lain. Yg ni, nak?" Gitulah ulang2.

Patutnya, apa nk bagi, pack lah siap2, pergi hantar, tak kiralah hantar sendiri ke guna delivery servis segala.
Quote exclusive_vvip 19-6-2022 12:25 PM
abang ni baru jadi rider ke? Kalu dah lama, i nak argue la naper x antar pengasuh..pendapatan rider,setau i la, 3-4k gak kalu buat btol2..macam boleh je kalu nak upah pengasuh..x perlu la nak usung anak sekali..ni I argue kalu heols dah lama keje la..bukan apa, sekarang kan mcm byk plak org dok raih simpati, mcm hidup susah sangat..pdahal geng2 M40-T20 pun byk gak komitmen tetiap bulan..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066060 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top