CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tembak Mati Doktor Pakar Kerana Kesakitan Lepas Pembedahan

3-6-2022 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1300| Komen: 3

Description: Lelaki yang menembak mati empat mangsa di sebuah hospital di Oklahoma, kelmarin, didakwa pergi ke lokasi untuk membunuh seorang doktor yang dipersalahkan atas kesakitan dialaminya selepas menjalani pe ...
Lelaki yang menembak mati empat mangsa di sebuah hospital di Oklahoma, kelmarin, didakwa pergi ke lokasi untuk membunuh seorang doktor yang dipersalahkan atas kesakitan dialaminya selepas menjalani pembedahan, baru-baru ini.


Ketua Polis Tulsa, Wendell Franklin berkata, suspek dikenali sebagai Michael Louis memasuki kampus Sistem Kesihatan St Francis bersama senjata separa automatik dan melepaskan tembakan sehingga meragut nyawa dua doktor, seorang penyambut tetamu dan seorang pesakit.

Mangsa terkorban ialah pakar bedah ortopedik, Dr Preston Phillips, 59, yang merawat suspek sebelum itu dan pakar perubatan sukan, Dr Stephanie Husen, 48.


Kredit foto: Nathan J. Fish/The Oklahoman


“Suspek pergi ke lokasi dengan niat untuk membunuh Dr Phillips dan sesiapa saja yang menghalangnya,” kata Franklin pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, suspek kemudian turut menembak mati dirinya. Pihak berkuasa dilaporkan menemui sepucuk surat pada suspek yang menyatakan sasaran serangannya itu.

Polis memaklumkan, suspek yang tinggal di Muskogee terletak kira-kira 80 kilometer dari Tulsa, keluar hospital pada 24 Mei lalu selepas menjalani pembedahan pada bahagian belakang badan.

Bagaimanapun, suspek kemudian menghubungi pihak hospital itu beberapa kali untuk mengadu mengenai kesakitan dialaminya.

Dia dilaporkan membeli sepucuk senapang pada hari kejadian sebelum melakukan serangan.


Kredit foto: Nathan J. Fish/The Oklahoman

Sementara itu di Washington, Presiden Joe Biden menggesa Kongres untuk mengharamkan senjata serangan, memperluaskan pemeriksaan latar belakang dan melaksanakan langkah kawalan senjata api yang lain bagi menangani kejadian tembakan seumpama itu di Amerika Syarikat (AS).

Biden dalam ucapan di Rumah Putih, semalam, menegaskan ‘sudah cukup’ insiden sedemikian di AS yang turut digemparkan dengan tragedi serangan di sebuah sekolah di Texas serta pasar raya di Buffalo, New York, baru-baru ini.

Beliau antara lain mengusulkan penjualan senjata serangan diharamkan ataupun jika langkah itu tidak dapat dilaksanakan, menaikkan umur minimum daripada 18 kepada 21 tahun untuk kelayakan membeli senjata terbabit.

“Kita tidak boleh lagi mengecewakan rakyat AS,” katanya sambil mendesak Republikan supaya menyokong rang undang-undang berhubung langkah kawalan senjata api dibawa untuk pengundian.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 3-6-2022 02:25 PM
US? Ok kata ummah makan kuaci relax takda perasaan bila baca berita.
Quote Artemesiaa 3-6-2022 03:15 PM
Dah macam berita minggu boleh kata setiap minggu ada je kes.  Kes dulu pun belum selesai dah timbul pula kes baru.  Ke saja biarkan agar majority akan paksa untuk pengharaman penggunaan senjata api.  Kalau pemerintah yang buat takut hilang sokongan.
Quote supernaturalee 3-6-2022 04:32 PM
teringat ER dgn grey's anatomy episod yg ada waris patient dtg membunuh mcm kes ni

scary the meri

iols selalu imagine klu jd kt opis ni mcmn lh agknya
xdan nk sembunyi kot sbb pintu utama dgn pintu tmpt workstation sgt dekat


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.287210 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top