CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kesian Dia" – MUA 'Confident' Solek Sampai Kelabu Muka Pengantin

26-5-2022 04:52 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4074| Komen: 19|Original author: Cinta Erina

Description: Hari persandingan merupakan hari paling dinanti-nantikan pasangan pengantin. Sudah pasti pada hari istimewa itu setiap pengantin ingin menunjukkan penampilan mereka yang cantik sebagai raja sehari.
Sumber: Tiktok Diera Khanza


Hari persandingan merupakan hari paling dinanti-nantikan pasangan pengantin. Sudah pasti pada hari istimewa itu setiap pengantin ingin menunjukkan penampilan mereka yang cantik sebagai raja sehari. 

Oleh itu, ramai pengantin perempuan mengupah make-up artist (MUA) atau mak andam untuk menghias wajah mereka sehingga ada yang sanggup membayar beribu-ribu untuk kelihatan cantik, namun tidak semua mak andam mampu memberi hasil yang baik. 



Sama seperti video  dimuat naik pengguna Tiktok dikenali sebagai Diera Khanza yang menunjukkan muka si pengantin perempuan menjadi kelabu selepas disolek seorang mak andam. 

Video itu menjadi perhatian ramai kerana mak andam itu kelihatan begitu yakin dengan hasil kerjanya selepas menghias wajah pengantin. 

Walau bagaimanapun, sangat jelas kelihatan bahawa warna foundation itu tidak mengikut tona kulit pengantin. Hal ini secara tidak langsung membuatkan muka pengantin kelihatan kelabu dari kulit sebenarnya. 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih melihat wajah pengantin itu. - CARI

Sumber: Tiktok Diera Khanza


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 26-5-2022 05:46 PM
Kesiannn. Sbb tu iols seram kalau kena mekap sbb tahu diri ni tak brp nak putih. Nanti kang jd kelabu asap
Quote esbok 26-5-2022 08:10 PM
Macam span bercampur pun ada
Quote Samerosie 26-5-2022 08:50 PM
MUA nya pun foc kut, acik sebelah rumah jer.
Quote shop_girl 26-5-2022 10:46 PM
Ni betul ke utk wedding? Ke saja2 ke apa..kalau utk wedding sadis betul.. iols punya hasil mekap gi keje much better than this..haha..kalau foundation tu ikut tone kulit pengantin tu, takde la hazab sgt mekap tu
Quote bitterchoc 27-5-2022 12:28 AM



Halamak!!! Kesian weh. Apsal laaa takde family dia atau dia sendiri suruh mak andam ngok ngek tu stop. Waddehek.
Quote Perawankota 27-5-2022 04:15 AM
Teringat wedding kawan aku kt kelantan.. MUA lembut.. Bercakap mcm dia terpaling.. Kawan aku ni nak make up yg tak tebal.. Sebenarnya nak yg nmpk natural.. Dapat kt MUA tu dia buat yg paling simple. Siap cakap, kita kasik makeup tu pecah minyak.. Pastu yg paling aku terkejut, dia pakai make up murah pasar malam tu.. Aku dh Geleng kepala masa tu..

Sebabtu aku x percaya Sgt klu MUA ni tunjuk gambar dorg make up kan pengantin ke apa. Gambar Sah2 cameraman dah touch up gmbr jadik lawa.
Quote MissyMolly 27-5-2022 07:05 AM
Alahaiiii sian kau kak
Quote shernazz 27-5-2022 07:38 AM
Samerosie replied at 26-5-2022 08:50 PM
MUA nya pun foc kut, acik sebelah rumah jer.

Iols pernah dpt mekap free
Konon trial
Pastu muka iols.jadi.cm.oengantin indon
Member iols ckp ni indon ke yang solek
Mujur free kan..
Jadi iols.lepas tu terus lap mekap
Quote Samerosie 27-5-2022 10:35 AM
shernazz replied at 27-5-2022 07:38 AM
Iols pernah dpt mekap free
Konon trial
Pastu muka iols.jadi.cm.oengantin indon

Maaflah i dah terketawa golek2 dengar u kena bahan dgn kawan you.

Sekarang ni MUA kaya raya, zaman cousin2 i kahwin in the 80s dulu, my mum yg MUA nya.  Baju songket je yg turun temurun no choice semua kawin songket kaler maroon, tapi lepas tu shooting ala2 hindustan la, korea la bagai tu pinjam kengkawan ke sedara mara punya.  Pelamin pun pak2 sedara yg buat...
Quote judicata 27-5-2022 11:11 AM
aku camni gak masa kawen belah laki.. sbb makcik belah husband jadi MUA. konon ada bukak kedai penganten. hasil nya? aku sampai sekarang tak print out or tengok mana-mana gambar majlis belah laki. aku trauma. kalau tak amik makcik tu, merajuk..kang buat mulut (sebab makcik ni memang batu nisan ronsen lah perangai hazab)... fotografer plak kena amik anak dia. pastu tak print out pun gambar2 majlis belah laki. dapat softcopy pun aku rasa da almost 2 years lepas majlis? tu pun sebab pak mentua aku sound terus makcik & anak tu... hasil kerja hampeh tapi lagak mengalahkan MUA retis holiwud
Quote Mary_jane 27-5-2022 02:01 PM
Sampai hati mekap macam ni kat orang, tanpa rasa bersalah plak tu. Kelabu-ish sangat.
Quote nawtylulu 27-5-2022 03:18 PM
iols yg mekapkn adik ipo n jiran foc pooonn jauh lg elok dr ni.. yg pasti iols suruh pngantin sndri sediakn foundation n bdak ikut kulit die.. xnk jd kelabu cmni laaa..
Quote Artemesiaa 27-5-2022 04:37 PM
Kesian kalau benar macam tu hasilnya macam guna makeup murah
Quote matchstick 27-5-2022 07:29 PM
yg shading hitam atas hidung tu dh kenapa..konsep mekap snow white ditonyoh muka dgn arang oleh mak tiri ke
Quote cmf_jeangrey 29-5-2022 06:30 AM
Gomaknya...kesian pengantin nampak mcm nak nangis dah tu
Quote nakkomenjugak 29-5-2022 07:22 PM
hazabedahhh mekapnyaaa!
udah rupa letak bedak sejuk
Quote Carcosa 31-5-2022 12:51 AM
Kesian dia
Muka dah mcm pingat silver Olimpik
Quote Supersirap 31-5-2022 09:27 PM
Ok lah, xlah comot mana pun make up
Quote belacan_gurl 2-6-2022 09:19 AM
Sian....sampai tang hidung jadi hitam

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.086361 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top