CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mana Saya Tahu Tak Boleh Shisha" – Pelajar 'Mengigil' Pertahan Diri Dari Dikompaun Polis

26-5-2022 04:38 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3091| Komen: 40|Original author: Cinta Erina

Description: Terbaru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Ku Cik. Menerusi video itu, kelihatan seorang pelajar universiti tempatan yang diserbu oleh pihak berkuasa di ...
Sumber: Tiktok Ku Cik


Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Ku Cik. Menerusi video itu, kelihatan seorang pelajar universiti tempatan yang diserbu oleh pihak berkuasa di sebuah kedai makanan.

Serbuan dilakukan ketika pelajar perempuan itu sedang menghisap shisha di luar kedai makanan. Semasa diserbu, pelajar itu kelihatan sangat terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.


Di dalam video itu, jelas kedengaran suara pelajar itu terketar-ketar ketika cuba untuk mempertahankan dirinya. Walaupun takut, pelajar itu sempat persoalkan tindakan pihak berkuasa yang mahu memberi kompaun.


Katanya, sangat mustahil untuk dirinya sebagai seorang pelajar untuk naik turun mahkamah. Tambah-tambah lagi apabila dia perlu menjelaskan kepada ibu bapanya mengenai kompaun dari pihak berkuasa. 

Walaupun pelajar itu sudah sehabis boleh cuba untuk mempertahankan dirinya, namun pihak berkuasa mengenakan kompaun kepadanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan suara pelajar perempuan yang terketar-ketar itu. Siapa yang tidak takut bila disoal dan dikompaun pihak berkuasa.  - CARI

Sumber: Tiktok Ku Cik


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 26-5-2022 04:58 PM
Edited by glump at 26-5-2022 09:53 PM

Kena compound ngan Staff KKm,terus  kata dia student medic..dah tu tunjuk kebodohan yg Tak ketahuan shisha ,vape ,rokok etc Tak dibolehkan di tempat awam. Bayar lah saman tu,sikit je amount tu $250jee.
Quote prettyuglybabe 26-5-2022 05:32 PM
patutnya penjual pun kena compound..
dah terang-terang rokok vape and seangkatan tak dibenarkan kat kedai makan..
Quote Mary_jane 26-5-2022 05:37 PM
Kedai dah sediakan tapi use at your own risk kekdahnya. Apa relevant nya student, shisha & turun kedai makan bawa notes? Terketar2 nak explain. Hiks
Quote Cokoro 26-5-2022 05:40 PM
Kesian dgr suara budak ni. Brp kali duk ulang 'saya student' phtu kata student medic. Habis ingt pegawai kkm nk kesian ke
Quote Artemesiaa 26-5-2022 05:41 PM
Student kebanyakannya macam tu bukan sebab takut kompaun tapi takut mak tahu kena marah
Quote Normabaru 26-5-2022 05:42 PM
Lawak budak medic ni sexplen maksiat sama level dgn shisha..

Siap kata semua org tahu..

tahu ye mmg tahu tp so what....Salah tetap salah laaa..adoiii


Menggelupur risau viral la tu
Quote Skuau 26-5-2022 05:44 PM
ketinggalan aku rupanya(x tau dh x blh)...ada kedai mkn area kondo kt summit mall bg pelanngan isap kt tempat terbuka.
Quote matchstick 26-5-2022 05:44 PM
Student medic mcm bingai je
Quote harkktuih 26-5-2022 06:05 PM
so yg jual shisha kena kompaun tak?
Quote _kelly 26-5-2022 06:15 PM
bodoh nya student medik..cakap mcm org mabuk
Quote Samerosie 26-5-2022 06:43 PM
Kedai yg derang lepak ni ke kasi shisha?  Of so kena la fine juga.  Budak ni ntah pepe, org ckp pasal smoking kat premis cafe dia cerita history of shisha pulak
Quote uori 26-5-2022 06:46 PM
penjelasan dia takde kaitan dengan student atau shisha hari2. bijak gak student medik ni kan
Quote Thunderclouds 26-5-2022 07:15 PM
Zmn bujang rajin gak hisap shisha kt rasta tmn tun yg tapak lama tuh pas blk keja. So..ol these while mmg xbole ya? Soklan jujur nih.
Quote tungkai 26-5-2022 07:27 PM
Kalau camni better ko diam aje lah. Lagi ko merempan lagi lah kena highlight. Kena ingat, reporter ni suka benda2 sensasi camni. Dari mak bapak ko tak tau, dah viral camni lagi la kantoi...
Quote cashewnut 26-5-2022 07:31 PM
Segala mak pak rokok ke vape &
Ke shishai ke semua yang berasap nikotin nak di generation end game kan. Memang kena saman le. sape mrokok kat public n tempat2 yang tak boleh. Merokok marabahaya kesihatan, asap makanan j_ _. Sila isi sundirik
Quote bungarose 26-5-2022 07:39 PM
Muda2 lagi peel da hauk
Kesian makpak ngko
Quote Perawankota 27-5-2022 04:18 AM
Thunderclouds: Zmn bujang rajin gak hisap shi ...


Sisha ada kt LG rasta tu.. Tapi tersorok sikit kt belakang ujung.. Gelap je kedai..
Quote shernazz 27-5-2022 07:29 AM
Thunderclouds replied at 26-5-2022 07:15 PM
Zmn bujang rajin gak hisap shisha kt rasta tmn tun yg tapak lama tuh pas blk keja. So..ol these whil ...

Haha
Rindu plak rasta lama tu..
Sebelum gi cineleisure tengok midnight..lepaking situ dulu...
Quote ninja9 27-5-2022 08:06 AM
kompaun juga kedai tulah

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.061100 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top