CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Dari India Dan Arab Saudi, Pengamal Perubatan Alternatif Nak Tolong Ubati Ustaz Kazim

23-5-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1828| Komen: 14

Description: KUALA KANGSAR – Ramai pihak tampil menawarkan bantuan dalam mengubati penyakit misteri yang dihadapi pence­ramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias selepas kisah beliau tular sejak tiga hari lalu.
KUALA KANGSAR – Ramai pihak tampil menawarkan bantuan dalam mengubati penyakit misteri yang dihadapi pence­ramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias selepas kisah beliau tular sejak tiga hari lalu.


Mohd. Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, tawaran bantuan yang dite­rimanya itu melibatkan doktor dari dalam serta luar negara se­perti India dan Arab Saudi.

“Terlalu ramai yang menghubungi saya serta pembantu peribadi saya menawarkan bantuan dan meminta rekod perubatan dan darah saya untuk mereka bantu.

“Selain doktor-doktor, terdapat juga pengamal perubatan ­alternatif yang turut menghubungi serta datang ke sekolah dan rumah saya untuk membantu,” katanya.


Foto: Google


Beliau berkata demikian kepada Kosmo! ketika ditemui selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dewan Jubli Kuala Kangsar, di sini kelmarin.

Turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan adalah Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Nazrin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rak­yat dan ketua-ketua jabatan.

Tambahnya, beliau amat terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak yang tampil bagi membantunya selepas pelbagai ikhtiar diambil beliau dalam mengubati penyakit misterinya menemui jalan buntu.

“Jadi prihatin mereka ini saya ucapkan terima kasih sangat-sangat, malah ada yang hantar ubat pun ada macam-macam krim dihantar.

“Saya ambil kesempatan ini berasa berbesar hati dengan bantuan serta janji-janji mereka untuk tolong saya, saya ber­syukur sangat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penyakit misteri dipercayai akibat disihir yang dihidapinya, Ustaz Kazim berkata, dia sudah tidak boleh menyembunyikan perkara berkenaan.

Katanya, selepas menerima nasihat isterinya dia mengambil keputusan untuk memberitahu kepada umum bagi memudahkannya mendapat pertolongan daripada orang ramai dengan izin Allah.

“Saya menanggung masalah kulit yang selama ini saya simpan bertahun-tahun dengan bersolek dan saya menghadapi tekanan perasaan kerana malu dan takut orang tahu.

“Saya berbincang dengan isteri saya dan dia kata saya kena bagi tahu pada orang ramai ­keadaan kesihatan abang, mungkin ada orang boleh tolong, mungkin ada yang boleh bantu,” katanya.

Terdahulu Ustaz Kazim di dalam dua hantaran berasingan di media sosial miliknya memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit di­alaminya.

Hantaran berkenaan me­nerima pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila kebanyakan mereka mendoakan kesembuhan beliau selain ada yang ­menawar kan diri untuk memberi bantuan.

Sementara itu, di dalam siaran langsung di Facebooknya kelmarin, Ustaz Kazim turut memaklumkan akan mencari individu atau seorang bomoh di Thailand yang dipercayai mengenakan sihir kepada beliau seperti di­dakwa sesetengah pihak sebelum ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 23-5-2022 10:15 AM
halah overnye setad pelindung kebatilan ni
Quote asamfish 23-5-2022 11:01 AM
Bila kata ada doktor2 offer nak ubatkan dia, dan2 tu dia cakap org yang sihirkan dia, dah datang mohon maaf....
Quote missyL 23-5-2022 12:21 PM
X pnh tgok uztaz terpaling kne sihir mcm die nie.
Pelik btol
Quote missyL 23-5-2022 12:21 PM
asamfish replied at 23-5-2022 11:01 AM
Bila kata ada doktor2 offer nak ubatkan dia, dan2 tu dia cakap org yang sihirkan dia, dah datang moh ...

Laa
Mcm tu plk
Pelik lah die nie
Quote whimsicalmusic 23-5-2022 01:50 PM
asamfish: Bila kata ada doktor2 offer na ...
ni kat mana dia cakap?
Quote toynme 23-5-2022 02:30 PM
asamfish replied at 23-5-2022 11:01 AM
Bila kata ada doktor2 offer nak ubatkan dia, dan2 tu dia cakap org yang sihirkan dia, dah datang moh ...

tgk mata je tau..kuat nipu...
Quote mbhcsf 23-5-2022 02:33 PM
first , he needs to seek help from internal physician, pakar perubatan - kulit ke , pakar perubatan yg involved dengan auto immune screenings ke ape ke, dulu. then biar depa rawat dulu.kalau semu yg red flgas dah dikesan tiada then okaylah. tapi tak payah dok polemik lagi sapa nak ratwat itu ini.

Quote rosedemon 23-5-2022 02:54 PM
smoga sembuh lah ya.
Quote supernaturalee 23-5-2022 04:12 PM
Petik bini suruh umum kt public

Quote shi_jewel 23-5-2022 04:20 PM
jumpa psychiatry pun ok...
Quote sharlenetexas 23-5-2022 04:23 PM
Taulah ustaz sakit tapi boleh tahan jadi attention seeker kalah budak2.

Quote damsel_fiji 23-5-2022 04:34 PM
dulu kata nak bersara..x bersara bersara jugak..
makin lapar perhatian lagi adalah

Quote dani-rox 23-5-2022 06:11 PM
berita setad gila glam ni lagi



Quote ninja9 31-5-2022 08:58 AM
[youtube]yAQBgf4ElUk[/youtube]

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.098177 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top