CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekasih Lemas Jatuh Laut Lepas Tiru Gaya Ikonik Titanic

19-5-2022 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1086| Komen: 6

Description: Sepasang kekasih terjatuh ke dalam laut semasa cuba melakukan aksi ikonik dalam filem Titanic yang digelar ‘King of the World’ di sebuah dermaga di Turki, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Sepasang kekasih terjatuh ke dalam laut semasa cuba melakukan aksi ikonik dalam  filem Titanic yang digelar ‘King of the World’ di sebuah dermaga di Turki, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Mangsa, Furkan Ciftci ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam laut di Dermaga Izmit Marina dalam wilayah Kocaeli sekitar pukul 9.15 malam (waktu tempatan), Ahad lalu.


Pasangan kekasih ini terjatuh ke dalam laut selepas cuba melakukan aksi seperti dalam filem Titanic. – Newsflash

Teman wanitanya, Mine Dinar bagaimanapun berjaya diselamatkan seorang pemancing yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.


Menurut Mine, dia dan teman lelakinya berada dalam keadaan mabuk ketika pergi memancing sebelum mendapat idea untuk meniru adegan filem Titanic.


Aksi ikonik Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet dalam filem Titanic. - Wallpaper Cave

Pasangan itu turut melintas rantai kunci keselamatan yang dipasang di bahagian tepi jeti untuk bergambar sebelum terjatuh ke dalam laut.

Seorang pemancing yang menyaksikan kejadian itu bergegas ke arah mereka bagi membantu sebelum Mine berjaya mencapai hujung joran dan ditarik ke tempat selamat.

Furkan bagaimanapun hilang di sebalik ombak sehingga memaksa perkhidmatan kecemasan dihubungi bagi mencari lelaki itu.

Operasi mencari melibatkan pasukan bomba dan unit penyelam sebelum mereka menemui mayat mangsa hampir dua jam kemudian.

Polis akan melakukan bedah siasat ke atas mayat Furkan, manakala insiden itu masih disiasat.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 19-5-2022 09:45 AM
Menurut Mine, dia dan teman lelakinya berada dalam keadaan mabuk ketika pergi memancing sebelum mendapat idea untuk meniru adegan filem Titanic.


Quote chinta89 19-5-2022 10:44 AM
tak pasal2..............
Quote lipans 19-5-2022 11:26 AM
you jump, i jump.
Quote bottombikini 19-5-2022 12:09 PM
masa pegi turki
tour guide tu cite
org turki hari jumaat prayer day, hari lain mabuk2
tak tau la kalau dia menipu aku
Quote Skuau 19-5-2022 03:08 PM
pandai..yer...ko...selamatkan pompuan tu..yg laki tu..ko biar terkapai kapai mati lemas yer...
Quote Artemesiaa 19-5-2022 03:19 PM
Agak complete ler nak tiru aksinya tu.  Tak kan hanya nak tiru aksi pose famous tu jer kena ler buat aksi you jump I jump tu sama baru padu.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.061774 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top