CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Meninggal Dunia Keletihan Panjat Puncak Banjaran Titiwangsa

19-5-2022 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1250| Komen: 6

Description: Seorang lelaki berusia 66 tahun meninggal dunia selepas mengalami keletihan ketika mendaki puncak Banjaran Titiwangsa berhampiran Kem Kuali di sini pada Rabu.
Seorang lelaki berusia 66 tahun meninggal dunia selepas mengalami keletihan ketika mendaki puncak Banjaran Titiwangsa berhampiran Kem Kuali di sini pada Rabu.


Ia adalah kejadian terbaharu melibatkan kematian pendaki di negeri ini selepas dua pendaki wanita dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai Ahad lalu.


Gambar hiasan

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lokasi kejadian terletak kira-kira lapan jam pendakian dari kaki Gunung Korbu, Hulu Kinta di sini.

"Sekumpulan 14 individu termasuk tiga wanita memiliki kebenaran memasuki hutan simpanan kekal telah menjalankan aktiviti itu, namun mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur itu dikatakan mengalami keletihan lalu meninggal dunia di puncak gunung.


"Disebabkan tiada liputan telekomunikasi, ahli kumpulan terbabit mengambil keputusan untuk turun dan melaporkan kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, operasi menurunkan mayat mangsa diselaraskan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

"Dengan mengambil kira faktor bentuk muka bumi dan keadaan cuaca yang mencabar di lokasi kejadian, pihak JBPM akan mendapatkan bantuan Unit Udara untuk mengeluarkan mayat mangsa pada Khamis.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan mati mengejut (SDR) telah dibuka untuk menyiasat kejadian ini," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 19-5-2022 09:10 AM
se-eloknya sebelum memulakan pendakian, buatlah basic health screening.

dan se-eloknya juga jgnlah dipaksa sesiapa yg rasa kemampuan dia tak mampu mendaki utk turut mendaki sama. contohnya bila aktiviti tempat kerja, diwajibkan sama2 join mendaki wpun ada yg x fit.
Quote BoongaKertas 19-5-2022 09:54 AM
innalillah. moga Allah tempatkan dia di dalam kalangan org yg beriman (Kalau dia Muslim)
Quote chinta89 19-5-2022 10:43 AM
takziah.............
Quote copy_paste 19-5-2022 10:58 AM
bulalof replied at 19-5-2022 09:10 AM
se-eloknya sebelum memulakan pendakian, buatlah basic health screening.

dan se-eloknya juga jgnlah  ...

seeloknya panjat bukit yg rendah2 je kalau faktor usia,

Quote jas7512 19-5-2022 11:43 AM
I dulu ofis i paksa bercuti tapi dlm hutan..buat jungle tracking bagai...mujur x mampus...mmg hati i mengutuk bos i masa tu becoz i mmg x lasak dan x suka benda2 mcm gini...
Quote otai_g 19-5-2022 11:49 AM
Layan gunung biasa2 dulu b4 pg titiwangsa. Ada certain org rs da tawan kinabalu rs diri da champion.

Gang2 pendaki paham la apa yg aku maksudkan ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.255618 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top