CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Bengang Dengan Isteri, "Susah Sangat Ke Jaga Anak? Aku Nak Lepak Dengan Kawan, Bukan Panjat Rumah Janda"

17-5-2022 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5258| Komen: 73

Description: Seorang lelaki berstatus suami menjadi marah apabila hantaran WhatsApp yang dimuat naiknya menjadi tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Seorang lelaki berstatus suami menjadi marah apabila hantaran WhatsApp yang dimuat naiknya menjadi tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.


Menerusi hantaran terdahulunya, dia meluahkan rasa rimas disebabkan sering dihalang oleh isterinya ketika ingin keluar bersama rakan-rakan.




“Aku tak faham la bini (isteri) aku ini susah sangat ke nak jaga anak seorang? sampai aku nak lepak dengan kawan-kawan pun susah.

“Memang la anak sama-sama, tapi memang tak susahkan? aku lelaki, kerja siang malam cari duit untuk keluarga, beras aku beli dan aku pun nak masa untuk santai dengan kawan-kawan,” luahnya.


Hantarannya itu mendapat perkongsian tinggi daripada pengguna laman Twitter sejak semalam dan ramai mengecam serta menegur tindakan lelaki tersebut agar lebih mengutamakan keluarga berbanding rakan-rakan.

“Ada sebab isteri kau tak bagi keluar ke apa, mungkin dia perlu pertolongan kau masa di rumah, masa dengan anak, dah kahwin buat cara dah kahwin, bukan sibuk keluar melepak lagi,” ujar seorang pengguna.

Sehubungan itu, dia sekali lagi dikatakan memuat naik hantaran yang baru dengan mengeluarkan kata-kata kesat disebabkan berang dengan tindakan orang ramai yang didakwa sengaja menularkan kisahnya di media sosial.

“Siapa la pergi viral hantaran aku semalam (kelmarin), ‘lunyai’ aku kena bantai (hentam) dengan netizen, lantak kau lah! aku tahu aku betul.

“Memang tanggungjawab bini lahirkan anak dan jaga anak luar dalam, aku nak santai dengan kawan-kawan, bukan panjat rumah janda,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan dilihat seperti mengugut isterinya dengan kata-kata ugutan sekiranya masih berkelakuan sama.

“Aku lelaki, dah sediakan makan minum segalanya, apa lagi bini nak, banyak perangai macam ini aku lepaskan baru padan muka. Ingat aku hadap ke dengan kau?,” cabarnya lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 17-5-2022 03:38 PM
Cerita dalam kain...tak payah laa nak UP dalam media sosial...ko settle sendiri je laa...
Quote darkness 17-5-2022 03:47 PM
Spesis jantan pancut dalam kemaluan tp bab anak serah dekat bini. Stakat jadi jantan tahu hanya beli beras ko ingat ko bagus betul sudah ka jadi suami? Anak2 tu tanggungjawab bersama, ko yg seru anak ko keluar dari bini ko. Ko paham ka tidak ketua keluarga wahai jantan tak tau malu? Ni mesti jantan jenis balik rumah tgk handphone tgk tv. Anak2 bergaduh seru2 bini urus anak2. Set manusia bodoh dan tolol. Hujung2 bila dipersoal tanggungjawab suami, ugut cerai bini. Baik mam*** manusia mcm ko ni
Quote Artemesiaa 17-5-2022 03:50 PM
Kalau nak chill tampa ganguan, rasa terhalang, sedikit rasa bersalah elok kekal bujang je selesai masaalah
Quote ulamalu 17-5-2022 03:56 PM
Pls lah suami2 jgn memain dgn perkataan menjurus kpd cerai.  Bahaya betul, kena jelas ada niat ke tak, kalau x, boleh jatuh talak.
Quote prettyuglybabe 17-5-2022 03:59 PM
contoh jantan and bapak bodoh..
Quote venom1 17-5-2022 03:59 PM
Artemesiaa replied at 17-5-2022 03:50 PM
Kalau nak chill tampa ganguan, rasa terhalang, sedikit rasa bersalah elok kekal bujang je selesai ma ...

dia tau kahwin semata2 nafkah batin je..kalau dah kahwin masih nak melepak baik membujang dan selesaikan nafsu batin tu tembak kat dinding
Quote mawarkhayalan99 17-5-2022 04:10 PM
moga kita semua dijauhi spesis jantan macamni. ameeen!!!
Quote shi_jewel 17-5-2022 04:14 PM
jantan bodoh diajar oleh bapaknya yg jugak bodoh sebelum ni.

girls....nasihat i, carila kerja utk jaminan masa depan...takde kerja, binalah biznes sendiri.

kalau diorg nak talak, ape kesah...kita ada duit sendiri utk beli beras
Quote chocobozhere 17-5-2022 04:15 PM
Edited by chocobozhere at 17-5-2022 04:17 PM

Aku baru je baca kat fb ada pompuan ni ngadu laki dia selalu balik rumah marah marah bila nak tido tapi anak tanak tido. So dia keluar tido kat luar tp sambil merungut rungut. Dia cakap dia penat kerja..... Pastu katanya berlarutan sampai sebulan so bini ni dah tak tahan dia sediakan bilik lain kat laki dia dan jangam masuk bilik dia anak beranak.. Weh ada jgk laki bangsat mcm ni.... Aku syukur x kawen laki bangsat..dah kawen buat cara kawen. Sendiri pancut dalam bini ngandung dh dpt anak lepas kt bini sorg jaga anak pastu semak anak bising. Tu lah harga ko perlu bayar bila ko dh kawen.kalau kawen tu sekadar nak ngeseks better pakai kondom.
Quote eragon 17-5-2022 04:21 PM
sibuk dia nak chill dgn kawan2.. bini dia pun nak chill ngan kawan2 camana ?
Quote copy_paste 17-5-2022 04:22 PM
utk lelaki>>sbb tu kalau x sedia tinggalkan alam lepak jgn la kawin,kalau x tahan sgt kawin jgn la buat anak lagi,merancanglah,

utk gadis>> lelaki pun perlu masa utk kawan2, mana boleh mengadap je hari2 kat rumah,perlu release otak jugak,ok la asalkan x curang
Quote copy_paste 17-5-2022 04:24 PM
chocobozhere replied at 17-5-2022 04:15 PM
Aku baru je baca kat fb ada pompuan ni ngadu laki dia selalu balik rumah marah marah bila nak tido t ...

hahahaha nasib la, sbb tu kawin xyah la sebuk2 nak buat anak cpt2, org kawin xde anak bertahun xyah la kutuk2, dah kawin ade anak ni lain situasinya
Quote Skuau 17-5-2022 04:29 PM
Aku....tunggu komen,pendapat drp stinger....
Quote kaoru44 17-5-2022 04:47 PM
Skrg mmg trend gaduh laki bini up status whtaspp ke?
Konon hebat la tu..pdhl nmpk kebodohan..
Quote Nnoor2 17-5-2022 04:52 PM
Skuau replied at 17-5-2022 04:29 PM
Aku....tunggu komen,pendapat drp stinger....

Biasanya stinger suka komen @ reply dari posting org lain
Quote namieamuro 17-5-2022 04:53 PM
yg kahwin jugak knp? spesis tak puas single. dpt anak seketul teros ungkit mcm2. org nk menikah, ko nk menikah. org nk anak, ko nk anak. tp beban suh bini tanggung. moge mati pucuk jela pasni. jgn tmbh anak.
Quote Nnoor2 17-5-2022 04:53 PM
Jangan kawin. Hidup lepas kawin mmg x sama dgn sebelum kawin. Bujang boleh la lepak sana sini
Quote namieamuro 17-5-2022 04:54 PM
dh tetua nti anak pulak ngungkit nk lepak dgn kenkwn susah sbb bapak bebal menyusahkan hidup die
Quote ctaz 17-5-2022 05:00 PM
sah BBNU baru cerai susu gedik nak berbini....

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051555 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top