CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ebit Lew Ride Motor Pusing KL Cari Mat Rempit

17-5-2022 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1006| Komen: 9

Description: Ebit Lew menyantuni kumpulan mat rempit di ibu negara malam tadi sebagai sebahagian daripada usaha dakwahnya.
Ebit Lew menyantuni kumpulan mat rempit di ibu negara malam tadi sebagai sebahagian daripada usaha dakwahnya.

Ebit dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, beliau bersama pensohor TikTok, Akiem Stopa menunggang motosikal di sekitar Kuala Lumpur untuk mendekati kumpulan berkenaan.



Foto: Kosmo

“Malam tadi ‘ride’ motor pusing Kuala Lumpur dengan Akiem Stopa cari anak muda sampai pukul 2 pagi. Baik-baik semuanya. Lembut hati. Bila tengok anak muda bawa motor sana sini kadang orang panggil mat rempit.

“Tapi disebaliknya mereka anak-anak kita, adik-adik kita semuanya. Rajin cari rezeki buat keluarga. Semua baik dengar nasihat. ‘Last’ belanja makan ikan singgang. Semua azam nak ikut tiga hari di jalan Allah belajar iman.


“Pusing dataran Merdeka meriah. Ramai anak muda. Ramai juga bawa keluarga main skuter. Cantik ‘view’ malam-malam,” katanya.



Ebit seterusnya mengingatkan nasib semua orang tidak sama dan melalui ujian hidup berbeza, maka beliau menasihatkan kumpulan yang didekatinya malam tadi supaya tidak berputus asa.

“Siapa tahu rezeki apa Allah sediakan di masa hadapan. Syukur dan hargai hidup kuncinya. Jaga solat. Jaga mak ayah buat mereka tersenyum.

“Insya-Allah hidup adik semua bahagia. Dunia boleh menilai kita. Kita kejar reda Allah. Itulah segalanya. Segalanya milik Allah,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-5-2022 04:02 PM
allah sayang ebit dan mat rempit
Quote shi_jewel 17-5-2022 04:15 PM
Edited by shi_jewel at 17-5-2022 04:21 PM

tgk dia, teringat semdawan mekar
ce.jpg
Quote Artemesiaa 17-5-2022 04:18 PM
Ramai dah tak ambil kesah apa kegiatan yang beliau lakukan tak macam mula2 dulu
Quote tripleid 17-5-2022 04:53 PM
Lepak ngn mat rempit.so nak kena kagum ke?
Quote missyL 17-5-2022 05:10 PM
Hahahaahahahaha

Adoiiii
Sendawan atas tu kelakar

Walaopn iols x tgok sbb Geli hahahahaha

Quote missyL 17-5-2022 05:10 PM
tripleid replied at 17-5-2022 04:53 PM
Lepak ngn mat rempit.so nak kena kagum ke?

Kene la kagum uols
Quote tripleid 17-5-2022 05:23 PM
missyL replied at 17-5-2022 05:10 PM
Kene la kagum uols

Koserrrrrrhhh...
Quote Carcosa 18-5-2022 12:50 AM
Ada lagi ke dia ni??
Ingat dah senyap lama, dah mereput dah
Quote zorrro_03 18-5-2022 08:23 AM
Artemesiaa replied at 17-5-2022 04:18 PM
Ramai dah tak ambil kesah apa kegiatan yang beliau lakukan tak macam mula2 dulu

tapi ramai juga yang terus menyumbang kepada el.  sebab kami yakin beliau sedang diuji dan terbukti banyak kebaikan yang telah beliau lakukan.  moga Allah jaga ust el dan kita2 semua yang baik2.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.066096 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top