CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cintakan Allah Dan Islam, Bekas Ratu Cantik Filipina Pakai Tudung

13-5-2022 12:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4752| Komen: 9|Original author: Tatod

Description: Bekas finalis Miss Universe Filipina 2021, Jasmine Umali mengegarkan dunia ratu cantik apabila dia mendedahkan keputusannya untuk memeluk agama Islam. Sering tampil di pentas peragaan dengan pakai sek ...

Bekas finalis Miss Universe Filipina 2021, Jasmine Umali mengegarkan dunia ratu cantik apabila dia mendedahkan keputusannya untuk memeluk agama Islam. Sering tampil di pentas peragaan dengan pakai seksi, wanita itu tampak lebih manis apabila memakai hijab.

Menerusi hantaran baharu di Instagram, wanita berusia 25 tahun itu berkongsi sebuah gambar dia menggayakan niqab berwarna putih yang hanya menampakkan mata serta dahinya. Pada ruangan kapsyen, Jasmine berkata, dia lebih tenang apabila memakai niqab jika dibandingkan dengan pelitup muka.


"Walaupun saya melakukan peragaan dan menyertai Miss Universe Philippines, jauh di dasar hati setiap kali turun dari pentas saya rasa cemas. Ada banyak sebab kukuh dan penjelasan logik mengapa Allah SWT menyuruh kita menutup kepala dan menjaga aurat serta memakai pakaian yang longgar. Bagaimanapun, kenapa saya memilihnya adalah kerana saya cintakan Allah dan Islam," tulisnya.

Ketika mengumumkan mengenai pengislamannya, wanita itu turut menampilkan sepotong ayat Al-Quran beserta kapsyen 'tawakul'. Keputusannya untuk menganuti agama Islam bukan sekadar suka-suka tetapi dia turut mendapatkan nasihat daripada rakan mualaf yang lain.


Malahan, dia juga bertemu dengan individu yang pakar dalam agama Islam untuk meminta bimbingan agar menjadi muslimah yang lebih baik.

Memadamkan gambar-gambarnya di Instagram yang menampilkan dirinya yang terlalu seksi bagaimanapun wanita itu masih mengekalkan beberapa foto ketika menjadi model termasuklah gambar kenangan ketika menjadi finalis Miss Universe Filipina. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 13-5-2022 12:27 PM
lawa muka dia ni..tapi cam da kena plastic surgery je..ke muka dia memang exotic?
Quote epullipan 19-5-2022 11:29 AM
mamajawie replied at 13-5-2022 12:27 PM
lawa muka dia ni..tapi cam da kena plastic surgery je..ke muka dia memang exotic?

baru nak tanya..kan mcm lain macam bentuk muka dia
Quote dua_chzy 19-5-2022 01:22 PM
Kita tengok 5 tahun dari sekarang.
Quote SedihPedih 19-5-2022 03:37 PM
muka dia mcm template2 geng renovate
Quote nakkomenjugak 22-5-2022 05:46 PM
Kalau kat Malaya
Jejak2 ni mesti masyaAllah bakal bini gituhhhh
Ko pun solat tah kemana  
Quote epal21 22-5-2022 05:55 PM
Mata macam kucing tapi tetap cantik di mata iols.
Quote sranua 2-6-2022 02:09 PM
Walaupun berniqab...tapi pandang mata...cantik orangnya.
Quote supernaturalee 29-8-2022 10:57 PM
Bekas ratu cantik msia bertudung tersenyum sinis

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043124 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top