CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Berkali-Kali Tunjuk Anu, Onani Depan Orang Ramai

11-5-2022 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1701| Komen: 9

Description: Seorang guru sukan ditangkap kerana menunjukkan alat sulitnya kepada beberapa wanita di sebuah taman di United Kingdom.
Seorang guru sukan ditangkap kerana menunjukkan alat sulitnya kepada beberapa wanita di sebuah taman di United Kingdom.

Lelaki berkenaan, Jason Ledgister, yang pernah berkhidmat di GB Taekwondo, kini dilarang mengajar seumur hidup selepas didapati bersalah atas kelakuannya.

Dia menayangkan kemaluannya kepada lebih seorang orang awam, malah memaksa mangsa supaya melihatnya.


Foto: SWNS

Dia pertama kali melakukan perkara itu dari keretanya pada November 2013 terhadap serang wanita yang sedang berdiri di sebuah hentian bas.

Ledgister meletak jawatan dari sekolah itu pada 20 Jun 2017 sebelum didakwa melakukan aksi sama kepada mangsa kedua, hanya tujuh hari kemudian.

Dia kemudian mula bekerja di GB Taekwondo tetapi bekerja dengan sebuah agensi sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Birmingham, pada Mei 2018.

Ketika itu, Ledgister sekali lagi didapati melakukan onani dekat sebuah jambatan di West Smethwick Park pada siang hari.

Selepas ditahan, Ledgister tidak mendedahkan kerjayanya sebagai guru, namun sebaliknya memberitahu polis bahawa dia bekerja sebagai buruh.

Walaupun didapati tidak bersalah di mahkamah atas kelakuan yang tidak senonoh, Agensi Peraturan Mengajar mendapati semua dakwaan itu terbukti susulan perbicaraan pada 13 April lalu.

Pengerusi panel, Emma Moir mengenakan larangan kepada Ledgister daripada mengajar selepas mendapati kelakuannya yang merosot dan tidak mencerminkan profesionnya sebagai guru, boleh menjatuhkan imej guru serta memberi persepsi tidak baik kepada orang ramai. -CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 11-5-2022 10:13 AM
Mental ni.
Quote kakikuDibibirmu 11-5-2022 10:27 AM
Oh nani desuka?
Quote prettyuglybabe 11-5-2022 10:35 AM
ala.. bukan melayu ke.. next..
Quote dekmieDandy 11-5-2022 10:37 AM
ooo, ingat ke 'ticer' yang famous kat twitter tu dah kena angkut
Quote Skuau 11-5-2022 11:07 AM
guru beronani berdiri...murid...???
Quote sharlenetexas 11-5-2022 02:02 PM
Tak guna punya cikgu.

Quote kakikuDibibirmu 11-5-2022 02:17 PM
Skuau replied at 11-5-2022 11:07 AM
guru beronani berdiri...murid...???

Onani berlari     
Quote .HannahMontana. 11-5-2022 04:58 PM
Ini pendidikan seks yang sebenar


Kita patut beri penghargaan kepada cikgu macam ini

sanggup cikgu ni  buka aib sendiri demi pendidikan seks kepada pelajar-pelajar tongong beliau.

Quote Artemesiaa 11-5-2022 05:01 PM
Elok suruh duduk di mental spital je hukumannya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.319752 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top