CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Melaka Panik, Air Jadi Putih Macam Susu Sampai Kulit Jadi Gatal

10-5-2022 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2095| Komen: 11

Description: Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Portugis di sini panik selepas bekalan air paip di kediaman masing-masing bertukar menjadi ‘air susu’ sejak tiga minggu lalu.
Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Portugis di sini panik selepas bekalan air paip di kediaman masing-masing bertukar menjadi ‘air susu’ sejak tiga minggu lalu.

Rata-rata penduduk ketika ditemui pemberita meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan kesihatan mereka yang menggunakan air itu dalam aktiviti seharian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Perkampungan Portugis, Marina Linda Danker berkata, penduduk mulai panik selepas air itu terus menjadi keruh dan bewarna putih seakan-akan susu sejak tiga minggu lalu.


Foto: Kosmo

Katanya, situasi itu mencetuskan pelbagai tanda tanya dan kebimbangan sekiranya mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk.


“Air ini keluar bewarna putih seakan-akan air susu, namun apabila ia dibiarkan dalam beberapa minit ia akan bertukar jernih.

“Beberapa penduduk juga mengadu ada mengalami gatal-gatal bila mandi, jadi kami risaulah sekiranya ia mempunyai kaitan dengan kualiti bekalan air ini,”katanya.

Seorang penduduk Philip Dias, 57, mendakwa sejak kejadian dia mengalami kegatalan kulit yang dipercayai perpunca daripada air susu tersebut.

“Sejak tiga minggu lalu, saya terpaksa beli air mineral kerana selepas menggunakan air paip di rumah, kulit saya menjadi gatal.

“Saya pula menghidap kencing manis, jadi memang perlu berjaga-jaga,” katanya.

Pengusaha kedai makan, Connie Elizabeth Derouche, 57, pula memberitahu, kejadian air susu itu telah menjejaskan operasi perniagaanya apabila terpaksa membuang masa menadah air terlebih dahulu sebelum digunakan.

“Saya terpaksa tadah dan tunggu sehingga air itu bertukar jernih sebelum menggunakan untuk masakan.

“Biasanya ia keruh teruk pada waktu pagi dan malam seperti bercampur kapur,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 10-5-2022 06:37 PM
Kalau dah macam tu warnanya pasti ada pencemaran
Quote Belibis 10-5-2022 07:04 PM
Tu kaler isotonik,bukan kaler susu..abaikan jer sebab bukan negeri lobai.
Quote harkktuih 10-5-2022 07:26 PM
Kes terpencil.. Usah panik.. Kalau selangor ada isu air baru kes nasional..
Quote haznor 10-5-2022 07:48 PM
harkktuih replied at 10-5-2022 07:26 PM
Kes terpencil.. Usah panik.. Kalau selangor ada isu air baru kes nasional..

Kalau selangor jadi gini ...kecoh msuk berita perdana
Quote zulfahmimaidin 10-5-2022 07:49 PM
aku rasa dah kurang dah sbb mb kan fbb menteri miti
Quote Decaffeinated 10-5-2022 08:46 PM
Pernah dengar tak ada orang panggil air jernih macam air mineral tu air putih? Lenkali bila dia minta air putih ko bagi yang ini, baru menepati citarasa
Quote Jitu 10-5-2022 10:21 PM
tak pakai coway ke
Quote Perawankota 11-5-2022 02:41 AM
Ni mesti professor klon pedajal
Quote xAthenax 11-5-2022 07:47 AM
high level of chlorine, most probably
Quote Simunggu 11-5-2022 08:09 AM
ini klorin punya pasal..bahan kimia utk bunuh kuman
Quote auntyonion 11-5-2022 08:45 AM
Kedah pn masalah air teruk kesian diorang

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.047368 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top