CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Tingkatan Empat Maut Semasa Lari Merentas Desa

10-5-2022 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4315| Komen: 57

Description: Marang: Seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa pagi tadi.
Marang: Seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, dalam kejadian 8.34 pagi itu, pelajar terbabit, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, dikatakan terjatuh ketika sedang berlari dan pengsan.

Gambar Hiasan

"Berdasarkan temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah yang sama, mereka cuba memberi bantuan pernafasan namun keadaan mangsa semakin lemah.

"Guru yang bertugas membawa mangsa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan namun doktor memaklumkan mangsa meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, terdapat luka di bahagian atas kening sebelah kanan, calar di bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri yang dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.

"Bapa mangsa membuat laporan polis dan menolak proses bedah siasat dilakukan kerana berpuas hati atas sebab kematian.

"Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit pada masa akan datang," katanya.

Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tahanie 10-5-2022 08:54 PM
Dengar berita ni tadi kat radio. Sayunya
Quote tumpanglalu74 10-5-2022 09:03 PM
Dah cucok ke? #tanyeje
Quote Thunderclouds 10-5-2022 09:22 PM
Anak i esok start latihan merentas desa sampai jemaat. Huhuhu..takziah utk family arwah.
Quote mbhcsf 10-5-2022 09:22 PM
Edited by mbhcsf at 10-5-2022 09:26 PM

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

takziah kepada ahli keluarga.





Quote syamzana 10-5-2022 09:25 PM
Innalillah...so tatau la sbb apa?
skrg panas terik ting2 bdk2 dok latihan merentas desa.
Quote mbhcsf 10-5-2022 09:27 PM
awat buat aktivit rentas desa ye , i mean kalau lepas raya kan elok buat senaman cardiotonic yg low impact dulu lah , macam aerobic..etc

Quote naina 10-5-2022 09:30 PM
Kejutan kot tibe2 buat heavy exercise. Jantung dipaksa mengepam laju
Quote hotmak 10-5-2022 09:49 PM
heat strok ke, salam takziah, sedihnya pagi elok pergi sekolah balik dah tak bernyawa, time pkp lega takde koko takde merentas desa apa benda ni semua
Quote Jitu 10-5-2022 10:00 PM
takziah

pukul 8 pg takde lah panas sangat lg



Quote sukacactus 10-5-2022 10:01 PM
Salam takziah buat keluarga arwah
Quote liyamariska 10-5-2022 11:41 PM
Inna lillahiwainna ilaihirojiun...
Quote Minami2013 10-5-2022 11:58 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. sedih mak pak tiba2 kehilangan anak.
Quote zehra2 11-5-2022 01:52 AM
skolah kita org sekali je latihan merentas desa, esok pkl 3.30 ptg.. panas lagi tu.
rabu dpn terus kejohanan nya..
panas mcm gini tk yah latih byk kali.
Quote _kelly 11-5-2022 02:01 AM
adakah heatstroke?
Quote kepompong 11-5-2022 02:35 AM
musim panas yg melampau ke sekarang??? pagi ke tghari mmg panas, tapi akan hujan lebat . Dulu pernah panas terik tak hujan2 sampai 2 minggu tak silap tahun 2016.. masa tu ramai kena heatstroke, demam je terus admitted masuk air takut makin dehydrate. eyh patot buat la post mortem. nak jugak tahu betul2 heatstroke ke, jantung terlebih bekerja ke atau maybe khianat kawan2 ke . who knows
Quote Babai 11-5-2022 02:41 AM
Apa bapak dia sampai macam tu sekali?
Quote she 11-5-2022 02:54 AM
Musim rentas desa sekarang ni
Sekolah anak macik laluan dia depan rumah
So Sabtu ni macik stenbai balang air depan pagau aje
Anak macik lari tak laju mana
Entah2 semput tengah jalan
Dah lah baya arwah
Quote faraway1 11-5-2022 05:29 AM
Tak suka merentas desa time sekolah dulu.. Semput, ada sekali balik sekolah siap naik keta cikgu padahal pelari 100 meter wakil sekolah lagi tu.....
Quote Nnoor2 11-5-2022 06:22 AM
she replied at 11-5-2022 02:54 AM
Musim rentas desa sekarang ni
Sekolah anak macik laluan dia depan rumah
So Sabtu ni macik stenbai ba ...

Bagus macit...tapi sekarang ni cuaca panas sgt2..mcm x sesuai je buat apa2 aktiviti outdoor terutama larian rentas desa utk budak2...

Keluar pagi pukul 8 pun dah berpeluh2 satu badan...ni kan buat larian...

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060743 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top