CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari-Hari Menyembang Macam Masih Hidup, 21 Tahun Suami Simpan Mayat Isteri Dalam Rumah

9-5-2022 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 728| Komen: 1

Description: Bangkok: Cinta sejati menyebabkan warga emas ini tinggal bersama mayat isterinya selama 21 tahun di kediaman mereka di bandar Bang Khen di Thailand.
Bangkok: Cinta sejati menyebabkan warga emas ini tinggal bersama mayat isterinya selama 21 tahun di kediaman mereka di bandar Bang Khen di Thailand.

Bagaimanapun, Charn Janwatchakal, 72, akhirnya bersedia berpisah dengan jasad insan kesayangan itu dan membenarkan ia disemadikan pada 30 April lalu.

Upacara pengebumian dilakukan dengan bantuan Yayasan Phet Kasem Bangkok, malah video dan gambar mengenainya turut dikongsikan di media sosial.

FB Phet Kasem Bangkok

Daripada perkongsian itu, kelihatan Charn menangis dan sama-sama mengangkat keranda isterinya.

Dia juga kedengaran berbicara di sisi jasad, "awak hanya pergi melakukan urusan seketika dan akan pulang ke rumah semula. Ia tidak akan mengambil masa lama, saya janji."

Charn tinggal dengan jasad isterinya yang diletakkan dalam keranda di rumah kecil yang kelihatan seperti stor dan tidak mempunyai bekalan elektrik.

Dia menghabiskan banyak masa di rumah itu untuk tidur tetapi akan bercakap dengan jasad isterinya seperti wanita itu masih hidup.

Charn juga mengisi masa lapang dengan memelihara kucing dan anjing di sisi kediamannya.

Charn menghubungi yayasan untuk bantuan menguruskan pengebumian kerana bimbang isterinya tidak mendapat upacara sewajarnya sekiranya dia meninggal dunia.

Yayasan turut membantu warga emas itu mendaftarkan kematian isterinya dan mengambil sijil kematian yang didaftarkan pada 2001.

Difahamkan, tiada tindakan akan dikenakan ke atas Charn kerana menyimpan mayat itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 10-5-2022 10:55 AM
sian yob. xdpt terima hakikat

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 5.575951 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top