CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Satu Keluarga Kena Pukau, Tak Sedar Perompak Masuk Rumah

16-4-2022 01:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3637| Komen: 26|Original author: Tatod

Description: Seorang lelaki dikenali sebagai Budi Setiawan berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah keluarganya memaparkan seorang lelaki berbaju biru dan berseluar pendek dengan selamba masuk sambi ...

Seorang lelaki dikenali sebagai Budi Setiawan berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah keluarganya memaparkan seorang lelaki berbaju biru dan berseluar pendek dengan selamba masuk sambil memegang sebatang kayu.

Berkongsi rakaman tersebut di TikTok, kata Budi, dia mendakwa keluarganya terlebih dahulu dipukau hingga menyebabkan mereka sama sekali tidak menyedari seorang lelaki masuk ke dalam rumah dengan niat untuk merompak.

Pun begitu, apabila seorang kanak-kanak perempuan masuk dengan membawa seekor kucing situasi bertukar kelam-kabut apabila mendengar jeritan 'maling' daripada seorang lagi anak pasangan tersebut.


Pada bahagian ruangan komen, Mega Susanti menjelaskan keluarga itu menyedari kehadiran lelaki asing tersebut kerana kucing yang dibawa masuk itu membatalkan pukau yang sudah dibuat oleh perompak tersebut.


Kata Mieya pula, pukau hanya akan berhasil apabila rumah terbabit tidak mempunyai haiwan peliharaan seperti ikan atau kucing. Pukau sama sekali tidak berhasil sekiranya ada binatang itu ada dalam rumah.

Menerusi video kedua, Budi menunjukkan paparan rakaman luar rumah yang menunjukkan lelaki tersebut terlebih dahulu seolah-olah melakukan membaca sesuatu sebelum tiba-tiba memasuki rumah berkenaan.

Budi turut mengingatkan pengikutnya agar sentiasa berhati-hati kerana masih ada segelintir individu yang sanggup melakukan apa saja demi wang.



Bagaimanapun, netizen terus tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap lelaki terbabit sama ada sudah ditangkap atau sebaliknya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 16-4-2022 01:19 PM
Bapak dia lari keliar pi tu depan dulu cheh.
Quote Kak-Rohana 16-4-2022 03:10 PM
Indon dgn ilmu pukau ni sanggup berak depan rumah org ye demi nk power lebih. Demi nk ilmu tu menjadi. Hati2 kalu ada org berak depan rumah korng itu antara syarat nye..
Quote imransulaiman 16-4-2022 03:17 PM
Aku rasa pukau orang tu ada kat rokok dia..
Quote darkness 16-4-2022 03:21 PM
Aku tertarik pada jam berapa benda ni berlaku. Kenapa tak tutup pintu kalau masih baru jam 3 dan 4 pagi?
Quote _blackbird 16-4-2022 03:34 PM
darkness replied at 16-4-2022 03:21 PM
Aku tertarik pada jam berapa benda ni berlaku. Kenapa tak tutup pintu kalau masih baru jam 3 dan 4 p ...

habis magrib berlaku kejadian nya
Quote batmana 16-4-2022 04:07 PM
tipu ni, sudut cctv lain sgt
dorg berlakon utk viral aja
Quote jazaa100 16-4-2022 04:13 PM
Bapak dia nmpak je org tu masuk
Quote Decaffeinated 16-4-2022 05:31 PM
sopannya yang berlakun jadi maling tu. siap tunduk2 jalan depan org tua

Quote sharlenetexas 16-4-2022 05:34 PM
Lokasi di mana tt?

Quote dubuk 16-4-2022 07:18 PM
macammana syaiton dan ilmu khurafat tahyul boleh muncul di bulan puasa?
Quote she 16-4-2022 07:51 PM
Laki tu ghaib kah
Aduh cite tak habis
Mencik betoi lah
Quote ultra78 16-4-2022 09:26 PM
oyen datang menyelamat...
Quote sarah_ary2 16-4-2022 09:38 PM
Kak-Rohana replied at 16-4-2022 03:10 PM
Indon dgn ilmu pukau ni sanggup berak depan rumah org ye demi nk power lebih. Demi nk ilmu tu menjad ...

Ini betul. Dulu rumah masuk pencuri sorang pun x sedar. Habis semua barang kemas hilang. Siap susun kad ic kat bilik belakang rumah kami. Siap berak depan rumah kitorang dgn rumah jiran kitorang.
Quote hareeeesah 16-4-2022 11:03 PM
Kak-Rohana replied at 16-4-2022 03:10 PM
Indon dgn ilmu pukau ni sanggup berak depan rumah org ye demi nk power lebih. Demi nk ilmu tu menjad ...

Aunty iols pnah kena dia berak kat tangga rumah & letak bunga merah kat tempat dia masuk jugak.. mmg syarat dia.
nasib baik la dorg tak diapa-apakan. Seram jerr
Quote sambaldurian 17-4-2022 12:58 AM
Apsal kawasan rumah dia bnyk cctv, mcm2 sudut ada. Hebat, umah kampung je. Kt sini, kawasan urban bukit bintang pun belum tentu ada.
Quote rospinki 17-4-2022 04:24 AM
sambaldurian replied at 17-4-2022 12:58 AM
Apsal kawasan rumah dia bnyk cctv, mcm2 sudut ada. Hebat, umah kampung je. Kt sini, kawasan urban bu ...

Pasang cctv tanda dia tahu level kejahatan mcmana..hanya manikam kenal manikam. Eh gitu ke?
Quote pukulrata 17-4-2022 10:19 PM
Dgn adanya video aku still xphm.mistik?pukau?curi?indon?
Quote Rachel_Green 17-4-2022 11:07 PM
Decaffeinated replied at 16-4-2022 05:31 PM
sopannya yang berlakun jadi maling tu. siap tunduk2 jalan depan org tua

hahahaha...walau kerjaya menyamun, budi pekerti harus dijaga gitteeww..
Quote edayildiz 17-4-2022 11:13 PM
auntie i satu family pnh kena..dorg mcm mimpi xmmpi gitu..semua ttido serentak time tetamu x diundang dtg..seramm

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.285232 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top