CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Tunai Permintaan Isteri Untuk Block Suami Di Media Sosial

14-4-2022 03:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1472| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Gambar HiasanDi mata orang lain, seorang lelaki bergelar suami yang mengikut media sosial wanita lain mungkin tidak dianggap sebagai satu masalah namun berlainan pula dengan tanggapan isteri kepada le ...
Gambar Hiasan


Di mata orang lain, seorang lelaki bergelar suami yang mengikut media sosial wanita lain mungkin tidak dianggap sebagai satu masalah namun berlainan pula dengan tanggapan isteri kepada lelaki berkenaan.

Apatah lagi andai suami terbabit membandingkan wanita yang diikutinya di media sosial dengan isterinya mahupun lebih kerap memuji kecantikan atau penampilan wanita berkenaan, situasi itu pasti akan menyebabkan tercetusnya perang dingin antara pasangan.

Di Twitter, pengguna dengan nama Putrywho menciap mengenai permintaan seorang wanita untuk menyekat akaun suaminya daripada terus mengikuti media sosialnya. Memahami perasaan isteri tersebut, dia tanpa teragak-agak melakukannya.


Gambar Hiasan

"Seorang wanita menghantar mesej agar saya menyekat akaun suaminya. Saya lakukan tanpa ragu-ragu. Saya sangat memahami perasaannya.

"Ya, dia mengikuti media sosial wanita lain tetapi sekurang-kurangnya saya tidak lagi menjadi masalah buat wanita terbabit. 

"Walaupun saya tidak ada kena-mengena dengan masalah mereka tetapi sebagai wanita, kita harus saling membantu," katanya.



Menerusi maklum balas ciapan tersebut, dia dipuji kerana tidak mempersendakan permintaan isteri tersebut selain merahsiakan perbualan antara mereka. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.043658 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top