CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berduyun Nak Buat Pahala Infaq, Tauke Senyum Je Kurma RM5 Jadi RM50 Sekilo!

12-4-2022 06:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3196| Komen: 44

Description: Lebih seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa, semakin ramai yang mahu melipatgandakan amalan masing-masing di bulan Ramadan.
Lebih seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa, semakin ramai yang mahu melipatgandakan amalan masing-masing di bulan Ramadan.

Ini termasuklah amalan bersedekah dan memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan seperti di rumah anak yatim dan pusat tahfiz.


Gambar hiasan

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat pihak didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap mereka yang berlumba-lumba mengejar pahala berlipat kali ganda.

Menerusi satu posting, seorang guru mendakwa terdapat pembekal kurma menaikkan harga buah itu yang sinonim dengan Ramadan dan sering dimakan ketika berbuka puasa dan sahur.




Walaupun mempunyai niat untuk membantu membekalkan kurma ke rumah-rumah anak yatim dan pusat kebajikan seumpamannya, namun Mohd Fadli berpendapat bahawa pembekal kurma tidak wajar untuk menaikkan harga yang keterlaluan.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak terbabit turut mempergunakan nama-nama tertentu demi memancing pembeli untuk bersedekah dan infaq iaitu perbelanjaan untuk tujuan kebajikan.



Dalam pada itu, Mohd Fadli yang kini mempunyai lebih sejuta pengikut di Facebook turut mendakwa menerima maklumat terdapat lambakan kurma di kebanyakan pusat tahfiz dan rumah anak yatim.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut, terutama ia berlaku di bulan yang mulia dan penuh keberkatan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 12-4-2022 06:43 AM
Akak dah lama tahu taktik bisnes2 psl wakaf la infaq la apa semua ni
Sbb tu akak malas nk derma
Baik aku pi beli sendiri dan hantar sendiri ke mana2 tmpt yg mmg aku nk sedekah.not only kurma je, beras,tepung pun boleh je.
Ummah meleis ni asal dgr Kurma je sume bajet2 arab
Padahal bleh je nak infaq brg makanan lain yg mmg sah2 org msia ni makan
Quote fizamn 12-4-2022 07:46 AM
bebudak nie ko kasi makanan dah siap masak sedap sedap mcm taraf hotel.. kot yea kata nak infaq kasi depa makan kek pastries paling cikai mcm secret recipes.. yum yum...
Quote Rajawali 12-4-2022 07:50 AM
antara buah yang tak lalu aku nak makan adalah kurma...manis tak ketahuan,
Quote haruslah 12-4-2022 07:58 AM
cmf_premierleag replied at 12-4-2022 06:43 AM
Akak dah lama tahu taktik bisnes2 psl wakaf la infaq la apa semua ni
Sbb tu akak malas nk derma
Baik ...

Kan....asik2 bagi kurma
Tahun lepas nye pun x abis lg
Pastu manis semacam, sakit tekak makan
Mcm kena rendam air gula jer

Bagi la sumbangan berbuka
Biskut, tepung, beras
Ada masjid tempat i bagi gula sorg skilo pas terawih
Bagus gak tu
Quote haruslah 12-4-2022 07:59 AM
Btw mmg bisnes ngo mcm ni kan
Buka kedai runcit, kedai gajet, segala jenis kedai
Pastu bagi sumbangan amik barang dr kedai. Ikut harga untung. Senang buat untung...sbb dah ade 'pembeli' setia
Quote tripleid 12-4-2022 08:24 AM
dia ni tak tau ke kat ibu pertiwi ni bisnes jual agama la yg plg untunggg..
Quote SedihPedih 12-4-2022 08:32 AM
tak percaya i esp yg sanggup bayar iklan2 fb,utube bagai utk ajak org menderma
Quote cmf_premierleag 12-4-2022 08:35 AM
haruslah replied at 12-4-2022 07:58 AM
Kan....asik2 bagi kurma
Tahun lepas nye pun x abis lg
Pastu manis semacam, sakit tekak makan

Kann...dah duk msia ni, bagi je la makanan ruji yg lg mengenyangkan perut mcm beras,tepung tu sume.ada gak manfaat kan.
Buat apa nk folo sgt budaya arab tu
Balik2 kurma.as u said la..dah la manis tahap potong kaki.
kalo nak sgt fibre intake, akak lg rela telan jambu batu.ada gak vitamin C tu..x smpi setengah jam dah terus flush out ke toilet.lg berkesan.
Quote kepompong 12-4-2022 08:39 AM
wakaf quran & rehal nilopak pun sama. brp ringgit sgt la modal sebuah quran & rehal tapi charge per- unit kemain ratos2. Dah la target 30k unit. Aritu ada forumner kira untung pun jota2
Quote Thunderclouds 12-4-2022 08:48 AM
Ni suma sbb konsep tamak pahala. Sapa yg start dulu menda ni?? Sampai xmunasabah terus jadinya. Ada akal terus campak longkang nk kejar pahala sedekah kekdahnya.
Quote otai_g 12-4-2022 09:17 AM
Jual agama adalah bisnes yg paling menguntungkan. Apa agama pun. Kalo syurga tu blh jual dgn rm pun mesti rmi yg sanggup beli ????
Quote musangbodoh 12-4-2022 09:42 AM
yusup tayup senyum sinis
Quote True-X 12-4-2022 09:56 AM
infaq quran pon melambak2.. sampai masuk ke TIKTOK
Quote Nnasda53 12-4-2022 10:03 AM
Nak cepat kaya tunggang agama senang kaya di malaysia ni.
Guna je nama anak2 yatim sekolah2 tahfiz.
Quote mizruncing 12-4-2022 10:09 AM
sebut pasal infak tak suka bila nk derma dia dh sediakan jumlah minima contoh rm50. pas tu suruh klik sini klik situ. terus jd malas nak percaya. rajin plak buat gitu. bukan main cost jgk ke. meols husnuzon jela tu utk mudahkan org yg nak sedekah. tp lepas tu berduyun spam sms dok suruh infaq lagi
Quote tobobon 12-4-2022 10:13 AM
Thunderclouds replied at 12-4-2022 08:48 AM
Ni suma sbb konsep tamak pahala. Sapa yg start dulu menda ni?? Sampai xmunasabah terus jadinya. Ada  ...

terima kasih pada syed azmi kawan siti bainon yg skrg tgh dlm perbicaraan kes bella
rasanya heols yg selalu uar2 kan benda mcm ni...not sure heols ker yang start..
Quote R2D2 12-4-2022 10:15 AM
surau tempat aku
dpt lambakan Quran
lebih 200 naskah
yg pakai cuma sekitar 50 naskah
sebab tu ada yg terkejut naskah masih elok ja sampai sekarang
tak usik, dibuka

yg waqaf tu tak sure NGO/individu mana
tak sure mereka ni kategori2 geng2 cari org nak infaq ka

tau2 pengerusi dpt msg, ada org nak hantar Quran

ni jadi lebih 4 tahun lepas
Quote Lily_Elizabeth_ 12-4-2022 10:36 AM
Rajawali: antara buah yang tak lalu aku  ...


I lak cam geli nak makan lembik lembik entah entah dalam rongga lembik tu ada ulat (kita mana tahu kan), ada gak orang yang makan korrrma tak basuh tau, itu lagi dable yek pada I. Sesungguhnya I mmg tak makan korrma too, maneh berdepot. Rosak diet I.

Quote akusukaq 12-4-2022 10:41 AM
Sedekah je pada jiran tetangga atau orang kpg kita yg daif.belambak ibu tunggal dan warga emas oku yg patut di tolong. Ngape nak sedekah melalui middle men  yg tak tentu hala.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.578804 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top