CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Pembukaan Rasmi ZéLL-V Wellness Mencipta Kesihatan yang Lebih Unggul

28-7-2015 06:38 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 1632| Komen: 0

Description: penubuhan ZéLL-V Wellness akan meningkatkan industri penjagaan kesihatan di negara kita dan menggalakkan orang ramai untuk menghargai kesihatan
ZéLL-V Wellness, Pusat Rejuvenasi dan Revitalisi yang tunggal di Asia, telah dibuka secara rasmi dan menjadi tanda mercu yang terbaru di Kuala Lumpur.  

ZéLL-V Wellness yang terletak di Taman Seputeh di antara Mid Valley dan KL Sentral, merupakan satu lagi pencapaian bagi Ruyi Holdings, syarikat terkemuka di dalam sektor penjagaan kesihatan, selaras dengan misinya untuk membantu pelanggan-pelanggannya mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang unggul dari segi fizikal dan mental. 

Dengan slogan “Mencipta Kesihatan Yang Lebih Unggul”, ZéLL-V Wellness bertujuan untuk mewujudkan budaya kesihatan di masyarakat .

Pengasas dan pengarah urusan Ruyi Holdings Dato 'Sharon Foong yang berucap pada majlis tersebut berkata: “ZéLL-V telah menceburi bidang penjagaan kesihatan sebanyak 15 tahun dan berhasrat setiap orang dapat menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia. Kami berusaha untuk mencapai matlamat ini melalui penggunaan terapi sel yang berteknologi tinggi bagi membantu anda menentang penuaan dan mendapat semula badan yang cergas dan muda, maka meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup anda. Janji kami adalah untuk mencipta keajaiban 'Sentiasa 25' - kesihatan, kecergasan dan kecantikan yang unggul, supaya anda boleh menikmati kehidupan yang bermakna dan berkualiti."


Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada 300 para hadirin, termasuk tetamu khas Ruyi Holdings – Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) Dato’ CL Liaw, duta ZéLL-V Dato’ Elaine Kang dan Datuk Rosyam Nor, serta rakan-rakan kongsi, doktor dan pelanggan-pelanggan ZéLL-V dari pelbagai negara. Pelbagai acara diadakan malam tersebut, termasuk tarian singa, persembahan lagu, persembahan seni pasir dan majlis makan malam yang besar-besaran.

Bangunan ZéLL-V Wellness mempunyai 15 tingkat. Perkhidmatan-perkhidmatan komprehensif yang disediakan di ZéLL-V Wellness termasuk program kesihatan, pemeriksaan darah dan pemeriksaan kesihatan, terapi sel dan rawatan payudara. Kemudahan-kemudan yang disediakan termasuk gimnasium, spa, klinik estetik, salon kuku, restoran masakan sihat dan bar atas bumbung. Reka bentuk bangunan ZéLL-V Wellness amat mewah, elegan dan mempunyai unsur-unsur alam semula jadi demi mewujudkan persekitaran yang tenang dan kondusif sebaik sahaja pelanggan melangkah ke dalam premisnya.

Selain itu, ZéLL-V Wellness akan berfungsi sebagai ibu pejabat baru Ruyi Holdings. Ia telah dilengkapi dengan bilik-bilik mesyuarat dan dewan pameran produk yang moden serta bergaya supaya para pelawat dapat melihat dan mengetahui mengenai produk-produk ZéLL-V dengan lebih mendalam lagi. 

Kami percaya bahawa penubuhan ZéLL-V Wellness akan meningkatkan industri penjagaan kesihatan di negara kita dan menggalakkan orang ramai untuk menghargai kesihatan mereka serta mengambil langkah untuk mencapai kesihatan, kecergasan dan kecantikan yang lebih baik serta kehidupan yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai ZéLL-V dan Ruyi Holdings Sdn Bhd, sila layari www.zell-v.com.my, atau hubungi 03-2273 6699.

5

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.990402 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top