CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Vanessa Hudgens Akui Boleh Nampak Hantu, Anggap Ia Anugerah

9-4-2022 11:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1976| Komen: 7|Original author: Tatod

Description: Selebriti yang mencipta nama menerusi siri filem High School Musical, Vanessa Hudgens mendedahkan dia mempunyai banyak pengalaman berkaitan dengan aktiviti paranormal.Penyanyi dan pelakon yang berkong ...

Selebriti yang mencipta nama menerusi siri filem High School Musical, Vanessa Hudgens mendedahkan dia mempunyai banyak pengalaman berkaitan dengan aktiviti paranormal. 

Penyanyi dan pelakon yang berkongsi perkara tersebut dalam program The Kelly Clarkson Show  menganggap kebolehannya untuk melihat dan bercakap dengan hantu adalah satu anugerah.

"Tidak dinafikan, sesuatu yang tidak kelihatan itu menakutkan tetapi baru-baru ini saya katakan kepada diri sendiri bahawa ia adalah satu kelebihan.


"Saya berkemampuan untuk melihat perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain jadi saya akan berpegang pada keistimewaan ini.

"Saya masih ingat, ketika usia saya lapan tahun dan sedang bersiap ke sekolah. Ada mainan itik yang akan bergerak apabila tali pada bahagian belakang ditarik, ia tiba-tiba ada di sebelah saya bergerak mengikut langkah saya," kata wanita berusia 33 tahun itu yang berkongsi lebih banyak butiran mengenai dakwaannya yang memiliki kuasa ghaib.

Gambar Hiasan

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kebolehannya itu, bekas bintang Disney itu memulakan penyiasatan paranormal pertamanya. Vanessa menggunakan peranti kegemarannya iaitu Kotak Roh, peralatan yang digunakan oleh pemburu hantu untuk merakam bunyi yang ditafsirkan sebagai suara roh.

Jelas Vanessa, gelombang elektrik yang dihasilkan oleh kotak roh membolehkan dia mendengar apa yang dikatakan oleh roh tersebut dengan lebih jelas.

Spirit Box atau Kotak Roh


Memetik laporan Hola!, pada 2021, Vanessa pernah berkongsi dengan People bahawa dia menemui roh ketika sedang menjalani penggambaran filem Journey 2: The Mysterious Island. Penggambaran tersebut dilakukan di Carolina, Amerika Syarikat pada tahun 2012.

"Wilmington adalah antara lokasi tertua dan berhantu di Amerika Syarikat. Saya cuba mengejar roh selama 10 minit tetapi situasi bertukar semakin menakutkan jadi saya terus pergi tinggalkan roh tersebut.

"Saya rasa roh berkenaan ketika masih hidup telah kehilangan suaminya ketika perang. Sehingga kini dia masih menanti kepulangan suaminya. Saya yakin roh itu adalah seorang wanita," katanya. -CARI

Babak filem Journey 2: The Mysterious Island

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seribulan 9-4-2022 06:49 PM
Kakak saya nampak hantu Raya
Quote Adrif 10-4-2022 01:40 AM
random betul gosip ni..

ko dah kenapa Vanessa oii..
Quote misshero 10-4-2022 08:54 AM
Selalunya manusia yg nampak benda halus ni, dia ada "kawan" sendiri.
Quote gideoncross 10-4-2022 07:35 PM
Adrif replied at 10-4-2022 01:40 AM
random betul gosip ni..

ko dah kenapa Vanessa oii..

Mula2 Demi Lovato, skrg sheol ni plak up news psl ni.
Quote Adrif 11-4-2022 12:29 AM
gideoncross replied at 10-4-2022 07:35 PM
Mula2 Demi Lovato, skrg sheol ni plak up news psl ni.

Demi Lovato tu dah tingtong, overdose dadah
Quote gideoncross 11-4-2022 05:03 PM
Adrif replied at 11-4-2022 12:29 AM
Demi Lovato tu dah tingtong, overdose dadah

Ha'ah, sheol tu asek blik2 psl ambil ddah. Aiol rsa dia tingtong skrg akibat dri ambil bnyk drugs agaknya, skrg dh huduh pun. Dlu kmain sweet.
Quote haifawehbe 13-4-2022 03:41 AM
iols dah tgok cite ni island ni.. best jugak..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047185 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top