CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Seorang Hero, Inspirasi," Hari Lahir 6 April, Mamat Khalid Berumur 59 Tahun Kalau Masih Hidup

7-4-2022 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 711| Komen: 0

Description: Sekiranya sutradara prolifik, Allahyarham Mamat Khalid masih hidup, beliau akan menginjak usia 59 tahun hari ini.
Sekiranya sutradara prolifik, Allahyarham Mamat Khalid masih hidup, beliau akan menginjak usia 59 tahun.

Tanggal 6 April, merupakan hari ulang tahun ke-59 pemilik nama lengkap Mohamad Mohamad Khalid itu yang meninggal dunia pada 24 Oktober tahun lalu disebabkan serangan jantung.


Anak keempat Allahyarham, Amen Khalid menerusi Instagram memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen ringkas namun penuh makna.


Foto: IG

“6/4/1963. Saya harap anda di sini. Ini merupakan gambar terakhir sambut hari jadi papa, I miss you (saya rindukan anda),” tulis Amen, 27.

Amen turut mengenang status yang dimuat naik pada tanggal hari ini tujuh tahun lalu bersempena ulang tahun kelahiran bapa tersayang.

“Anda merupakan antara antara orang paling penting dalam hidup  dan saya sayang anda dengan seluruh jiwa raga.

“Anda adalah hero, inspirasi, lelaki yang saya sangat-sangat pandang tinggi dan ingin ikut jejak langkah.

“Tiada kata yang mampu diucapkan betapa istimewanya tempat anda dalam hati ini,” coret Amen yang merupakan pengarah karya terakhir Allahyarham Mamat, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.



Dalam pada itu, di gelanggang Twitter, ramai dalam kalangan peminat mengenang pemergian sutradara hebat tersebut.

“Antara kata-kata Allahyarham Mamat Khalid yang patut dihadam oleh semua pembikin filem: apabila kita nak buat filem, tanggungjawab kita bukan takat buat filem. Dia jauh dari itu. Kita kena fikir apa kesan filem kita.

“Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Allahyarham yang ke-59. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah,” tulis seorang pengguna Twitter.



Mamat Khalid meninggal dunia pada usia 58 tahun disebabkan serangan jantung di Hospital Slim River, Perak pukul 12.30 pagi, tahun lalu.

Allahyarham dilaporkan rebah di restoran miliknya, Sarang Art Hub di Tangjung Malim dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Paloh, Ipoh pukul 2.25 petang. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.049392 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top