CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ramai Terkejut, Ngeri Tengok Wajah 'Tak Siap' Madonna

7-4-2022 07:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5577| Komen: 32

Description: Pesohor Hollywood, Madonna menjadi buah mulut dan viral dalam kalangan pengguna sosial lantaran banyak pengguna media sosial terutama dari platform TikTok terkejut melihat wajah terkini penyanyi sensa ...
Pesohor Hollywood, Madonna menjadi buah mulut dan viral dalam kalangan pengguna sosial lantaran banyak pengguna media sosial terutama dari platform TikTok terkejut melihat wajah terkini penyanyi sensasi tersebut.


Bintang berusia 63 tahun itu mengemas kini akaun TikToknya sebelum anugerah Grammy berlangsung pada hujung minggu lalu.



Niat Madonna barangkali hanya ingin ‘menyapa’ peminat dan anugerah muzik tersebut, namun ia menjadi salah fokus apabila wajah penyanyi itu disifatkan sebagai ‘tidak siap’ oleh kebanyakan warganet.

Wajah Madonna kelihatan terlalu cengkung dan tirus pada bahagian pipi hingga ke dagu. Bibirnya pula dilihat membengkak, apalagi ia menjadi lebih ketara saat Madonna memberikan ‘ciuman’ kepada warganet.


Video dengan durasi 15 saat yang telah ditonton lebih 8 juta kali itu kemudian disambut ‘panas’ dengan persoalan yang dilemparkan warganet, lapor Dailymail.uk.

Selain mengelar wajahnya seperti ‘tidak siap’, ada yang bertanya: “Apakah yang telah dilakukan pada wajahnya?”

Malah ada yang menulis: “Adakah dia okay?” Sementara seorang lagi menulis: “Ini benar benar tidak siap!”

Ironi biar wajah Madonna dikatakan berubah kerana dirinya menggunakan filter, namun ramai yang percaya perempuan itu telah melakukan terlalu banyak pembedahan plastik sehingga membuat wajahnya yang dulu cantik dan diminati ramai kini bertukar ngeri.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamason 7-4-2022 07:57 AM
Sejak bila Madona jadi artis tempatan?
Quote doodlediddle 7-4-2022 08:06 AM
Hahahahaha. Sejak bila msia berubah nama jadi tanah ratu ni? Gila lah Madonna org tempatan kita! ;
Quote bulalof 7-4-2022 08:07 AM
kuat lagi nenek ni......
Quote per706 7-4-2022 08:10 AM
Rugi dia p alter..jika biar saje aging seadanya mmg cantik..sbb jenis body n muka muda dari usia..tpi nak wat camno..umur ank hekan kemaen mude....takot tergugat la gamaknye kot
Quote arffa 7-4-2022 08:14 AM
Kesian dengan orang yang addicted dengan pembedahan plastik
Quote sakurazura 7-4-2022 08:19 AM
Edited by sakurazura at 7-4-2022 08:21 AM

Tengok nora danish kat her ig punya la anak dara. Sekali keluar ads lazada terselah wajah penuaan. Jgn kata nora yg banyak duit tu kelihatan tua. Kita juga akan melalui fasa tu jua. Sempat atau tidak jah.
Quote September14 7-4-2022 08:41 AM
Sian dia haritu terjatuh masa perfom live
Quote acikbajuhijau 7-4-2022 08:45 AM
laaaaa... baru tau dia ni artis tempatan.
Quote jihyomelly 7-4-2022 08:47 AM
dah pangkat nenek dah si madonna nih.. zaman kaka sek rendah bukan main lagu madonna la isla bonita mendonia
Quote Prickford 7-4-2022 08:49 AM
sakurazura replied at 7-4-2022 08:19 AM
Tengok nora danish kat her ig punya la anak dara. Sekali keluar ads lazada terselah wajah penuaan. J ...

Leher sheolls bergaris2 lepastu pipi macam dah jatuh. Tepanjat boboi tengok iklan lazada tu. Orang nya cantik comel, biar je lah aging gracefully.

Quote hzln 7-4-2022 08:56 AM
Bangga rasa retis tempatan kita berjaya menempa nama yg cukup gah di persada dunia. Tahun ni nek siti nurmadonna beraya di felda bukit goh ke tak?
Quote slyfynx 7-4-2022 08:59 AM
Waaaa.... Br tau Madonna ni ade darah lokal jg ye
Quote MarryPottet 7-4-2022 09:24 AM
slyfynx replied at 7-4-2022 08:59 AM
Waaaa.... Br tau Madonna ni ade darah lokal jg ye

Dulu masa dok kat kampung parit ya'ani nama dia markonah binti so'od jah
Demi untuk tembus pasaran amareka, terus dia tukar nama jadi madonna & the rest is history
Quote deebiz14 7-4-2022 09:28 AM
Ohhh... retis tempatan dah?
Sheols duk kampung mane?
Quote pembacagosip 7-4-2022 09:31 AM
kesian dia
Quote Cleocatra 7-4-2022 09:35 AM
Salah satu movie Madonna ni aku tengok, Body of Evidence. Lawa dia masa tu. Kalau korang nak tengok, tunggu abis bulan remdan la.
Quote mamajawie 7-4-2022 09:38 AM
madonna ni lahir kat Gopeng Perak ke smpai jadi gosip retis ni??bangang punya TT
Quote makton 7-4-2022 09:39 AM
tp muka siap dia pun takde la wow mana pun. tak lawa pun dia ni
Quote makadek 7-4-2022 09:40 AM
Lupa dh muka dia mse muda cane

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050768 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top