CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sweetnya Lady Gaga Tolong Pegang Gaun Sza Di Anugerah Grammy!

5-4-2022 05:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2024| Komen: 3

Description: Aksi penyanyi legenda popular, Lady Gaga membantu memegang gaun SZA yang berjalan menggunakan tongkat menuju ke pentas Anugerah Grammy 2022 menarik perhatian ramai.
Aksi penyanyi legenda popular, Lady Gaga membantu memegang gaun SZA yang berjalan menggunakan tongkat menuju ke pentas Anugerah Grammy 2022 menarik perhatian ramai.



Kredit foto: The Independent

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di YouTube rasmi Recording Academy/Grammy, Avril Lavigne sebagai hos mengumumkan kategori bagi Anugerah Persembahan Terbaik Pop Duo bagi tahun ini dimenangi oleh Doja Cat dan SZA bagi lagu Kiss Me More.

SZA yang mendengar namanya dipanggil bagi anugerah tersebut, berjalan sambil menggunakan tongkat menuju ke pentas sementara Lady Gaga yang kebetulan duduk di hadapan pentas segera bangun dan membantu SZA mengangkat gaun labuhnya sehingga ke pentas.


Melihat aksi penyanyi legenda itu rata-rata netizen memberi komen memuji dan menghargai perbuatan selebriti terkenal tersebut.


Kredit foto: Buzz Feed

Kredit foto: PageSix

Manakala di Twitter pula, MTV News berkongsi klip video aksi Lady Gaga mendapat perhatian ramai warga Twitter dan masing-masing memuji perbuatan penyanyi jelita itu di media sosial.

Untuk rekod, Lady Gaga bersama Tony Bennett membawa pulang trofi bagi kategori Album Vokal Pop Tradisional Klasik bagi lagu Love For Sale pada malam Anugerah Grammy yang ke-64.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote electricopop 5-4-2022 11:14 AM
She very the classy and nice  lady!
Quote nadie90 5-4-2022 08:03 PM
Sempoi ja...xdak nak feeling diva/terpaling vouge...xhairan la ramai suka Lady Gaga ni
Quote lasagna 6-4-2022 10:33 AM
kebetulan sheol kat barisan hadapan tu agaknya kan.. dia tolong ler mana patut, kang tersadung pula si sza tu, kesian bertongkat. aku lg suka lady ga ga skrg, dari yg dulu.. hiihihi.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.077494 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top