CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bruce Willis Bersara Dari Dunia Lakonan Kerana Masalah Kesihatan

31-3-2022 03:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1712| Komen: 7

Description: Pelakon Hollywood, Bruce Willis yang banyak terbabit dalam filem aksi sejak tahun 80-an pastinya sudah tidak asing lagi bagi penggemar filem antarabangsa. Lakonannya menerusi karya Die Hard adalah ant ...

Pelakon Hollywood, Bruce Willis yang banyak terbabit dalam filem aksi sejak tahun 80-an pastinya sudah tidak asing lagi bagi penggemar filem antarabangsa. Lakonannya menerusi karya Die Hard adalah antara naskhah yang cukup sinonim dengan nama aktor berkenaan.

Bagaimanapun, peminatnya tidak lagi dapat menonton lakonan hebat bintang ternama itu selepas ini kerana Willis memutuskan untuk bersara dari dunia seni apabila disahkan mengalami afasia iaitu masalah komunikasi yang memberi kesan pada kemahiran memahami bahasa, sebutan, membaca dan menulis.

Menerusi laporan CNN, berita mengenai tahap kesihatan pelakon berusia 67 tahun itu dimaklumkan menerusi Instagram oleh anak kepada Willis iaitu Rumer.

Live Free or Die Hard 2007

"Kepada semua penyokong hebat Bruce, sebagai keluarga kami ingin berkongsi bahawa Bruce yang kita kasihi sedang berhadapan dengan masalah kesihatan. Baru-baru ini, dia disahkan mengalami afasia yang memberi kesan kepada kebolehan kognitifnya.

"Melihat situasi itu dan selepas membuat pertimbangan sewajarnya, Bruce mengambil keputusan untuk bersara daripada karier yang sangat bermakna dalam hidupnya.

"Ini adalah waktu yang sangat mencabar buat seluruh anggota keluarga. Kami sangat menghargai kasih sayang, belas kasihan dan sokongan berterusan daripada anda," tulisnya.

A Good Day To Die Hard 2013

Sebelum ini, media tempatan pernah melaporkan Willis dikatakan mempunyai masalah untuk mengingat dialog serta memerlukan bantuan alat pendengaran.

Terdahulu, Willis mendirikan rumah tangga dengan Demi Moore pada 1987 dan berpisah pada 2000. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Rumer, Scout dan Tallulah.

Willis kemudian berkahwin dengan Emma Heming pada 2009 dan mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Mabel dan Evelyn. -CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 31-3-2022 03:41 PM
xpe laa dlu muka2 dah puas buat duit kan, dah tua2 ni dok la berehat kat rumah. kot ya pun kaya juga kan artis2 kat hollywood ni.
Quote alesandra 31-3-2022 10:20 PM
tapi bila baca artikel lain penyakit dia ni mcm alzheimer
Quote any42 31-3-2022 11:48 PM
kesiannya bila hdup dah tbiasa brda dpuncak dklilingi bmcm org ttiba btukar 360’ dsbbkn ksihatan yg mmbataskn pgerakan/rltionship dgn org skliling

mostly muvi yg atuk ni blakun mmg i lyan
Quote iolss 1-4-2022 04:57 PM
kesiannya... jgn tertekan sbb life berubah 360 sdhla.. dah biasa hdp dgn fame, tiba2 jd cmni, semoga xdeppression. semoga sihat2 saja..
Quote Whatsofunnyth 2-4-2022 10:53 PM
Heolss ni masi lagi ke dgn bini dia tu? Bcs mcm masi asik bekepit je dgn demi moore
Quote beatgirlX 3-4-2022 09:14 AM
Edited by beatgirlX at 3-4-2022 12:03 PM

Moga baik2 je buat Bruce Willis..
Dem...layan je la semua lakonan dia nanti...
Aku peminat dia..sekiannn :
Quote DianaSaksen 3-4-2022 09:36 AM
Aku suka movie die hard

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049172 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top