CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Doni Salmanan Taubat Lepas Tipu Duit Belasan Juta Ringgit

21-3-2022 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1175| Komen: 0

Description: Seorang pempengaruh media sosial, Doni Muhammad Taufik atau dikenali sebagai Doni Salmanan yang didakwa terlibat dalam penipuan skim pelaburan Quotex, dilaporkan ingin mendekatkan diri dengan Tuhan.
Seorang pempengaruh media sosial, Doni Muhammad Taufik atau dikenali sebagai Doni Salmanan yang didakwa terlibat dalam penipuan skim pelaburan Quotex, dilaporkan ingin mendekatkan diri dengan Tuhan.


Lapor Tribunnews, Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia minggu ini menyita aset Doni bernilai 64 bilion rupiah (RM18.7 juta) melibatkan 97 aset dan barang berharga seperti wang tunai, tanah, kereta mewah, motosikal berkuasa besar dan pakaian berjenama mewah.


Kredit foto: IG Doni Salmanan

Peguam Doni, Ikbar Firdaus berkata, anak guamnya meminta isterinya, Dinan Fajrina membawa kelengkapan solat dan al-Quran sebagai persiapan menjelang Ramadan bulan depan ketika berada di lokap polis.


Selain itu, katanya, wanita itu turut membawa kelengkapan solat seperti baju, kain sarung dan sejadah baharu.

Dilaporkan, Dinan sempat bertemu dengan Doni semasa menjadi saksi bagi kes tersebut.

Ikbar juga memaklumkan Doni pasrah semasa menjalani proses perundangan yang menjerat orang ramai dengan keuntungan berlipat kali ganda.


Kredit foto: Detik

“Dia hanya pasrah dan berdoa kerana percaya segala apa yang terjadi sudah menjadi kehendak Tuhan,” katanya.

Sejak skim pelaburan itu terbongkar, ramai mangsa tampil ke hadapan termasuk seorang mangsa yang kehilangan 380 juta rupiah (RM111,500) kerana terpedaya dengan skim penipuan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.


Kredit foto: Detik

Sebelum ini, Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia turut merampas aset mencecah 57.2 bilion (RM16.7 juta) seorang pempengaruh, Indra Kesuma atau lebih dikenali sebagai Indra Kenz melibatkan kes penipuan pelaburan menerusi aplikasi Binomo.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.080103 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top