CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sindir JK Rowling Di BAFTA, Emma Watson Tak Kenang Budi?

15-3-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2610| Komen: 4

Description: Pelakon Emma Watson, 31, didakwa mengambil kesempatan dengan penampilannya di pentas Anugerah Akademi Filem British (BAFTA) 2022 untuk menyindir penulis Harry Potter, JK Rowling, semalam.Kredit foto: ...
Pelakon Emma Watson, 31, didakwa mengambil kesempatan dengan penampilannya di pentas Anugerah Akademi Filem British (BAFTA) 2022 untuk menyindir penulis Harry Potter, JK Rowling, semalam.



Kredit foto: Silver Screen Beat

Watson yang hadir sebagai penyampai trofi dikatakan menggunakan kesempatan itu untuk menegaskan pendiriannya yang membela golongan transgender selepas Rowling lantang menentangnya.

Dalam acara itu, pelakon Rebel Wilson mempersilakan Watson naik ke pentas dalam nada berjenaka.

"Penyampai anugerah seterusnya adalah Emma Watson. Dia memanggil dirinya feminis, tapi kita semua tahu dia adalah ahli sihir," katanya.



Kredit foto: People

Watson kemudian membalas ucapan pengenalan Wilson itu dengan nada seakan-akan ditujukan kepada Rowling.

"Saya di sini mewakili semua ahli sihir," katanya.

Walaupun dia mendapat sorakan daripada penonton di BAFTA, namun lain pula jadinya di media sosial. 



Ramai mempersoalkan tindakannya yang disifatkan tidak mengenang budi Rowling.

Rata-ratanya berkata, Watson tidak mungkin berjaya ke tahap sekarang tanpa bantuan Rowling apabila mencipta nama menerusi watak Hermoine Grainger dalam siri filem fenomena dunia, Harry Potter.


Kredit foto: independent.co.uk

Baru-baru ini, penulis terkenal itu mengkritik dan menolak kenyataan ahli politik, Keir Starmer bahawa wanita transgender termasuk dalam kategori wanita. Ia bagi memperjuangkan isu kesamarataan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 15-3-2022 03:58 PM
Ntah2 kaki cat dinding gak
Quote anony-mous 18-3-2022 11:05 PM
Kesian dgn JK Rowling. Hanya sbb pendirian dia yg lelaki is lelaki, perwmpuan is perempuan, teruk kena cancel. Harap Adele x kena la
Quote delia3003 19-3-2022 03:31 PM
Edited by delia3003 at 19-3-2022 03:32 PM

Standard seleb perempuan yg klasifikasi kan diri sendiri sbg feminist. Dua2 pun jenis lantang bersuara, ada agenda tersendiri.

Emma Watson ni bofriend pun bertukar ganti. Dah masuk 30s ni patut dah steady. Kecik2 cute je, 20s lawa. Dah masuk 30s ni muka nampak makin 'keras' tak tau ler sbb make up ke apa.
Quote mizzmimi 29-3-2022 06:40 PM
delia3003 replied at 19-3-2022 03:31 PM
Standard seleb perempuan yg klasifikasi kan diri sendiri sbg feminist. Dua2 pun jenis lantang bersua ...

Yes keras muka dia. Maybe makeup, or sebab kurus sangat2.

Btw iols tak paham mana part yang dia shade rowling dalam video atas tu? Or ada maksud lain?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052961 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top