CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Aktor Ukraine, Pasha Lee Gugur Di Medan Perang

8-3-2022 12:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2266| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Sumber IG Pasha LeeSeorang pelakon Ukraine iaitu Pasha Lee mati berjuang mempertahankan negara dalam serangan kejam pada hari kedua belas pencerobohan tentera Rusia ke atas negara terbabit.Aktor berke ...
Sumber IG Pasha Lee



Seorang pelakon Ukraine iaitu Pasha Lee mati berjuang mempertahankan negara dalam serangan kejam pada hari kedua belas pencerobohan tentera Rusia ke atas negara terbabit.

Aktor berkenaan mungkin hanya terkenal di negaranya dan saat berita ini disiarkan, ada yang mempertikaikan kerana tidak mengenali figura ini.

Bagaimanapun atas dasar kemanusiaan, sama-samalah kita mendoakan agar perjuangannya tidak sia-sia.



Muat naik terakhir di IG Pasha

Memetik laporan media antarabangsa, pemilik nama sebenar Pavlo Romanovych Lee yang pernah meminjamkan suara untuk filem The Hobbit dan Lion King itu terbunuh di Kota Irpin.

Aktor berdarah Korea-Ukraine itu menyertai Pasukan Pertahanan Wilayah Angkatan Tentera Ukraine pada minggu lalu.  

Selain Lee, Yuriy Prilipko iaitu datuk bandar perkampungan Gostomel turut terkorban.


Prilipko (Sumber Hindustan News Hub)



Prilipko yang berusia 61 tahun adalah antara individu yang memberikan sokongan dengan memberikan roti dan ubat-ubatan kepada orang awam yang menjadi mangsa perang.

Lee menemui ajalnya dalam serangan bom mortar manakala Prilipko mati ditembak tentera Rusia. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 8-3-2022 01:10 PM
Seorang pelakon Ukraine iaitu Pasha Lee mati berjuang mempertahankan negara dalam serangan kejam pada hari kedua belas pencerobohan tentera Rusia ke atas negara terbabit.

bias betul media siap cakap serangan kejam.. agaknya nak kena tunjuk video puak ukrain buat berita live ramai mati tiba2 mayat kat belakang bangun  ingat dah siap shooting...kantoi bodoh berlakon
Quote rastaf 8-3-2022 01:11 PM
palestin dah lama berdarah dunia menyepi je.. baru sehari dua ukrain kena serang itu pun tak serang orang awam macam israel buat dah beratus ribu berhimpun bersuara...alahai
Quote natrahn 8-3-2022 02:39 PM
rastaf: bias betul media siap cakap serangan kejam.. agaknya nak kena tunjuk video puak ukrain buat berita live ramai mati tiba2 mayat kat belakang bangun  in ...



kan.... berita media berat sebelah laporkan pasal perang rusia-ukraine ni

Quote djzara81 8-3-2022 04:04 PM
Aku pembaca tegar Daily Mail UK. Tapi sejak perang Ukraine-Russia, meluat baca news berat sebelah kt DM. Ramai Europeans sokong Ukraine & their comments quite racist gak. Tang negara Islam kene serang mcm Palestine & Syria xde plak tunjuk sympathy. Dasar white skin, blonde blue eyes kuat dlm jati diri.
Quote Zeatyisaac 9-3-2022 12:25 PM
rastaf: palestin dah lama berdarah dun ...


One of the reason for Russian action, might be.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051254 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top