CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Segelintir Wanita Kecil Hati Bila Misha Omar Kongsi Tentang Rawatan IVF

23-2-2022 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7888| Komen: 80

Description: Menyedari ada segelintir wanita yang berhasrat menjadi ibu berkecil hati dengan perkongsian dirinya yang kini menjalani rawatan kesuburan IVF (persenyawaan in-vitro), penyanyi Misha Omar membuat permo ...
Menyedari ada segelintir wanita yang berhasrat menjadi ibu berkecil hati dengan perkongsian dirinya yang kini menjalani rawatan kesuburan IVF (persenyawaan in-vitro), penyanyi Misha Omar membuat permohonan maaf.


Misha, 40, tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan dan mengharapkan orang ramai mendoakan baik-baik agar hasratnya untuk hamil sekali lagi diperkenankan Allah SWT.

Foto: IG

“Rawatan kesuburan memang saya dah teruskan dan sekiranya ada berita baik (sudah hamil), saya akan kongsikan kepada umum.

“Dulu saya kongsi secara terang-terangan, ada juga wanita yang sedang ‘struggle’ (berdepan kesusahan) untuk dapatkan anak terasa hati.


“Saya faham, apabila bercakap tentang usaha pencarian zuriat, semua orang mudah berasa sensitif. Tapi saya nak ingatkan, perkongsian saya sebelum ini hanya untuk mewujudkan kesedaran.

“Mungkin apa yang saya kongsikan sebelum ini melukakan hati mana-mana wanita yang sedang berusaha keras untuk mendapatkan anak. Saya minta maaf, cuma saya nak ingatkan, artis atau bukan, kita semua berkongsi kesusahan sama,” katanya kepada Kosmo! Online usai persembahan makan malam amal Bunga-Bunga Cinta di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Sabtu lalu.



Sehubungan itu, Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar tidak mahu bercerita terlalu berlebih-lebihan demi menghormati perasaan wanita yang sedang berusaha keras untuk hamil.

Kata pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu lagi, proses kehamilan selebriti seperti Neelofa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza dijadikan inspirasi buat dirinya sepatutnya juga, buat para wanita lain.

“Saya juga nak cakap yang kalian tidak keseorangan. Saya puji pendekatan Neelofa. Dia diam sahaja tapi ‘know know’ Bilal keluar.



“Tengok juga betapa berjayanya Datuk Seri Siti Nurhaliza. Betapa sabarnya beliau melalui setiap kegagalan menunggu 11 tahun sehinggalah lahirnya Aafiyah,” tuturnya.

Menitipkan pesanan, jelas Misha, anak adalah rezeki daripada Ilahi tidak kiralah mereka lahir dari rahim sendiri atau sebaliknya.

“Anak sendiri ke atau anak angkat, tetap rezeki daripada Allah SWT.

“Jadi, saya harap, semua wanita terutama yang sedang usaha untuk hamil, jangan pandang benda yang boleh merosakkan mood kalian,” katanya.



Terdahulu, sekitar Oktober tahun lalu, Misha mendedahkan telah menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan untuk menimang cahaya mata kedua.

Malah, Misha juga mencipta tanda pagar #menjejakkhadeja kerana berhasrat memiliki anak perempuan.



Misha bertemu jodoh dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa yang kini berusia enam tahun.

Selain itu, Misha juga memiliki seorang anak angkat, Muhammad Adam Emir, 16. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 23-2-2022 01:04 PM
Edited by cmf_premierleag at 23-2-2022 01:05 PM

Bongoknya la netizen2 yg nak terasa hati bila misha buat IVF
Bukannya dia guna sperma laki korang pun
And she can afford to pay RM amount for IVF pun sbb guna duit dia sendiri pun...bukannya mintak duit laki korang pun
Sikit2 nk sentap
Quote hotmak 23-2-2022 01:22 PM
moga dipermudahkan, bahagian masing2 lah, dia mampu biarlah nak guna cara mcmana pun
Quote wtvmjls 23-2-2022 01:26 PM
kenapa nak terasa? tak faham aku
Quote AshkieLa 23-2-2022 01:31 PM
Edited by AshkieLa at 23-2-2022 01:34 PM

pada yang terasa tu... LEMAHHHH
tolong muhasabah dan perbaiki HATI tu..
mungkin sebab punya sifat mudah terasa, dengki, iri hati etc dengan rezeki orang lain..
yang buat Allah Maha Mengetahui u are not ready mentally and physically yet...

ntah ape2 sikit2 nak bitter.
Quote addamnor 23-2-2022 02:00 PM
AshkieLa replied at 23-2-2022 01:31 PM
pada yang terasa tu... LEMAHHHH
tolong muhasabah dan perbaiki HATI tu..
mungkin sebab punya sifat mu ...

thats y ada sesetengah tu Tuhan tak akan beri anak, knowing jenis lemah semua benda nak menyentap.. 17 tahun lagi orang banding result SPM anak dia, sentap tak sudah2 sampai benci membenci, sampai meroyan di social media.. so Tuhan hold je rezeki anak sehingga dia berusaha betulkan diri ..
Quote mawarkhayalan99 23-2-2022 02:07 PM
cantiknya kak mitchhhhh
Quote Parit.Hilton 23-2-2022 02:08 PM
dah kenapa nak sentap pulak? tak faham aku

usaha dan rezeki masing2 punya bahagian la.
kalau ada orang tgh TTC, doakan la baik2.
bukan sentap dgn orang tu
Quote lyshafull 23-2-2022 02:13 PM
aikk pelik ct buat IVF kemain ramai doakan bla bla
moga kak mitch dipermudahkan urusan IVF ...
Quote hzln 23-2-2022 02:13 PM
Ntah hapa2 tah. Nak terasa hati jadah apa. Kot2 wanita2 yg tgh berusaha nak ada anak tu tak rasa apa2 pun, org2 lain yg acah2 good lak yg melebih2, kunun jgn terlebih berkongsi buat ivf, nanti wanita2 lain yg tgh berusaha utk ada anak tapi tak berduit utk buat ivf kecik hati. Gi mampos dgn toxic setazah-isme ginih.
Jahil sejahil2 manusia tapi acah murni. Dah tentu2 menda zuriat ni soal rezeki. Ko ada duit setinggi gunung pun, tapi kalu belum ada rezeki dr allah, tetap tak ada. Sama juga lah dgn misha atau sesapa pun, ada duit utk buat ivf, tak menjamin utk berjaya mengandung pun.
Mual betul lah spesis acah bagus gini   
Quote xAthenax 23-2-2022 02:17 PM
wtvmjls replied at 23-2-2022 01:26 PM
kenapa nak terasa? tak faham aku

sebab IVF tu mahal uols
ada yang tidak berkemampuan
tapi ada je yang boleh bantu free
macam yayasan quin tu



Quote myakayina 23-2-2022 02:32 PM
semoga berjaya preggy kali ni..4 series dah kan..
Quote Suchi 23-2-2022 02:50 PM
Sampai org kena sorok2 bila tau mengandung demi menjaga hati kawan2 n adik badik yg blm ngandung.
Susah jugaa yaa nak gembira pun tak leh show off jadi hanya yg sedih2 je ke kena show off supaya org lain boleh senyum sinis tgk kehancuran hidup kita? Kisah gembira dan kejayaan kena sorok2 je sbb org tak suka tgk kita bahagia.
Quote babelina 23-2-2022 03:11 PM
Allah.. aku klau dgr org mengandung msti aku happy sambil doa moga aku dikurniakn zuriat bersama suami aku bila tepat pada masanya.. tp tu la kn .. ht org lain2.. ssh nk ckp..
moga misha dkurniaakn ank perempuan yg dia idamkn.. amin yra..
Quote mizruncing 23-2-2022 03:30 PM
lahhhh tak semestinya buat ivf terus lekat. takyah nak dengki. semua org ada rezeki masing2
Quote enot_sibudak 23-2-2022 03:39 PM
cmf_premierleag replied at 23-2-2022 01:04 PM
Bongoknya la netizen2 yg nak terasa hati bila misha buat IVF
Bukannya dia guna sperma laki korang pu ...

netizen skrg mmg sesetengah gitu, kuat sntap, dia la paling betul, dia la paling alim
Quote ketambangkang 23-2-2022 03:41 PM
anak angkat ni lama2 muka dia akan serupa dgn makpak angkat kan...byk dh jumpe gitu
Quote sukacactus 23-2-2022 03:58 PM
Serius xpaham kenapa nak terasa ntah
Buat apa pun diaorang tak kan puasa ati pya
Quote buragazz 23-2-2022 04:01 PM
Aku memula ingat Kak Mitch menceritakan keburukan IVF ni so aku faham la kalau ada yang terasa maybe yang terasa itu sedang menjalani IVF.. bila aku baca Kak Mitch yang kongsi dia buat IVF so aku masih lagi tertanya ko nak sentap kenapa...
Quote dua_chzy 23-2-2022 04:03 PM
mawarkhayalan99 replied at 23-2-2022 06:07 AM
cantiknya kak mitchhhhh

Setuju. Nampak bahagia sangat.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.066852 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top