CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Keluar Masuk Hospital Dari Umur 4 Bulan,” – Anak Erynne Erynna Alami 'Duplex Kidney'

27-1-2022 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5158| Komen: 42

Description: Erynne Erynna memaklumkan puteri sulungnya, Medinah mengalami masalah ’Duplex Kidney’ dan bakal menjalani pembedahan, hari ini.
Erynne Erynna memaklumkan puteri sulungnya, Medinah mengalami masalah ’Duplex Kidney’ dan bakal menjalani pembedahan, hari ini.

Kongsi Erynn, Medinah mengalami masalah kesihatan tersebut seawal usia empat bulan dan sudah lebih setahun menjalani pemeriksaan berkala di hospital.

Foto: IG

“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

“Salam semua, Erynne just nak share yang Medinah akan menjalani pembedahan esok pagi (hari ini). Pada yang tidak tahu atau tertanya tanya Medinah sakit apa sebenarnya.

“Hari ni erynne nak kongsikan di sini yang Medinah mempunyai “Duplex Kidney” dan disebabkan itu dia kerap kene UTI (urinary tract infection) dan boleh merosakan buah pinggang dia,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.



Sambil memanjatkan doa, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini turut reda atas ujian yang diterima.

“Jadi selepas beberapa kali keluar masuk hospital dari umur 4 bulan, pergi checkup, appointments, tests dan akhirnya inilah jawapannya.

“Alhamdulillah. Sekarang kami hanya mampu berdoa, berserah, redha dan tawakal pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Segalanya.



“Erynne sekeluarga ingin minta tolong kalian untuk doa yang terbaik buat Medinah. Dan kami hargai sangat jasa baik kalian semua yang sentiasa mendoakan, berkongsi ilmu dan memberi kata kata semangat pada kami, syukur ya Allah.

“Erynne doakan segala yang terbaik buat semua. Ya Allah, lindungilah anak ku dan permudahkanlah segalanya. #medinahsjourney,” tulisnya lagi.



Sementara itu menerusi hantaran Instagram yang dikemas kini, bintang berkenaan memaklumkan permata hatinya itu sudah pun berada di dewan pembedahan.



Untuk rekod, Erynne mendirikan rumah tangga bersama Afify Sazali pada 17 April 2019.

Selepas itu, pelakon berusia 24 tahun ini selamat bergelar ibu selepas melahirkan Medinah secara normal pada 9 Ogos 2020. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 27-1-2022 02:08 PM
ada lah rahmat Allah….jaga anak yg sakit…..
nasib baik mak dia….cepat bertindak….
moga dipermudahkan urusan famili….
Quote prettyuglybabe 27-1-2022 02:59 PM
dah kawin beranak pinak budak ni?
Quote wtvmjls 27-1-2022 03:01 PM
cutenyaaa anak dia. semoga diringankan segala kesakitan dan dipermudahkan urusan
Quote missyL 27-1-2022 03:05 PM
Semoga cpt sembuh bby..
Comey bby die cm die jgk
Quote orkidorkido 27-1-2022 03:08 PM
Semoga semuanya berjalan lancar, cepat sembuh baby. Semoga mummy & daddy dia tabah juga
Quote amyainsamad 27-1-2022 03:09 PM
dh emak budak ni..dulu kecik2 kita tgk dia blakon
Quote cap_ayam 27-1-2022 03:15 PM
semoga baby cepat sihat inshaAllah.
Quote laksmanabentan 27-1-2022 03:41 PM
oooo pelakon tu ekkk...
da besar da kannn...
Quote hareeeesah 27-1-2022 03:51 PM
dah bertambah umur byk la maknanya kita ni kalau dia ni pun anak dah setahun umurnya [em:4:]
Semoga Allah permudahkan urusan medinah, org secantik nama.. stay strong mummy.
Quote AshkieLa 27-1-2022 03:53 PM
uish ade anak dah budak ni...
semoga baby cepat sihat..
comel... time isap puting tu cute....
Quote imanjannah 27-1-2022 03:55 PM
Allah.. moga urusan ko dpermudahkn, kembali sihat ank ko dik
Quote makadek 27-1-2022 04:04 PM
Mak nya muka cam que haidar sesuai jd anak beranak
Quote hashashes 27-1-2022 04:05 PM
Kurus dia, maybe jaga anak sakit kot. Dulu cam chubby sikit pipi tu. Teringat dia berlakon jadi anak royani dalam filem Cinta so sekarang anak dia leh panggil rita nenek lah
Quote pembacagosip 27-1-2022 04:17 PM
semoga baby cepat sihat dan sembuh ye. terus kuat dan sihat
Quote missbigrockstar 27-1-2022 04:22 PM
Semoga cepat sembuh, terus membesar sihat baby cute
Quote mamajawie 27-1-2022 04:45 PM
Allahuakbar..xprasan la sheollss ni da kurus nau2 padahal bese je tgok dia berlakon since kecik..smoga cepat sembuh baby shayang..ksian lahai baya2 anak 2nd meollss..
Quote awanearisu 27-1-2022 04:46 PM
Kuat jiwa seorang ibu muda ini.
Harap Allah permudahkan urusan beliau dan menyembuhkan segera masalah kesihatan anaknya.
Quote zeetot 27-1-2022 05:01 PM
Anak buah sharifah amani tu sakit apa ye. Nampak update maknya macam sakit teruk je. Mula2 posting dia ingatkan meninggal anaknya tu.
Quote exclusive_vvip 27-1-2022 05:16 PM
makadek replied at 27-1-2022 04:04 PM
Mak nya muka cam que haidar sesuai jd anak beranak

haah btol..masa dia berlakon zaman budak2 dulu, iols ingatkan adik que haidar

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054587 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top