CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Definisi Susah Senang Bersama," Netizen Puji Cara Suami Jaga Elyana

21-1-2022 01:46 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1345| Komen: 0|Original author: Cinta Erina

Description: Baru-baru ini Elyana dan suaminya iaitu Khairul Anuar Husin ada ditemuramah.


Biar bonda 'pergi' dulu dari ayah - Elyana - Utusan Digital

Sumber: Google Image


Baru-baru ini Elyana dan suaminya iaitu Khairul Anuar Husin ada ditemuramah. Semasa sesi temuramah berlangsung, salah seorang wartawan telah mengutarakan satu soalan daripada peminat untuk suami Elyana.

Melalui jawapan yang berikan oleh Khairul, nampaknya begitu ramai netizen yang terharu dan terinspirasi dengan cara Khairul sanggup berkorban dan menjaga Elyana sejak mula menghidapi penyakit kanser sehinggalah Elyana disahkan sembuh dari kanser baru-baru ini.


Bayangkan sepuluh tahun itu bukanlah tempoh yang singkat, pelbagai dugaan yang perlu pasangan ini hadapi namun mereka berjaya mengharunginya sepanjang tempoh sukar ini.


Sumber: Instagram Elyana


Kata suami Elyana, dia sangat sayangkan Elyana. Dia juga mengatakan bahawa dalam hidupnya, dia cuma ada Elyana dan anak-anak sahaja kerana kedua ibu bapanya sudah tiada lagi.


Tambahan lagi, Khairul berkata sebab dia melakukan semua ini ialah kerana dia mahu memegang janji yang diucapkannya pada akad nikah mereka dahulu.


Tersenyum dan tersipu malu Elyana di saat mendengar Khairul meluahkan rasa sayang kepadanya.


Beruntung betul seorang isteri yang memiliki seorang suami yang setia menemani dan ikhlas menjaga isteri itu di kala susah dan senang dan Elyana ialah salah seorang isteri yang bertuah itu.




Posting yang dimuat naik ini telah ditonton oleh hampir 64 ribu netizen di Instagram.


Ternyata ramai yang terharu dan sebak mendengar kata-kata Khairul dan ini adalah antara komen-komen mereka:


Sumber: Instagram mediahiburanofficial

Alhamdulillah selepas sepuluh tahun, dengan kuasa Allah yang Maha Penyembuh dan seorang suami yang sentiasa berdoa serta setia menjaganya, Elyana akhirnya sembuh setelah lama menahan derita.



Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik Elyana sekeluarga dan semoga mereka sekeluarga dilindungi Allah selalu. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.141592 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top