CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Hanya Nak Berlakon Naskhah Hebat Dan Bukan Drama Murahan

21-1-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2166| Komen: 4

Description: Setelah bersiaran selama 28 episod, akhirnya drama siri, I Promise Janji Anaqi telah pun melabuhkan tirainya pada Khamis.
Setelah bersiaran selama 28 episod, akhirnya drama siri, I Promise Janji Anaqi telah pun melabuhkan tirainya pada Khamis.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, pelakon, Sharnaaz Ahmad yang juga merupakan tunjang utama bagi drama tersebut dilihat ada merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat demi menjayakan karya tersebut.


Foto: IG


Menurut Sharnaaz, meskipun drama ini merupakan sebuah naskah yang agak berat baginya, namun, segalanya telah dipermudahkan dengan bantuan semua pihak di belakang tabir dan juga kru produksi.

Katanya lagi, sepanjang 80 hari menjalani sesi pengambaran, dia telah merasai pelbagai pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakannya.




“Terima kasih buat semua team #ipromisejanjianaqi. Cerita ini susah, tapi anda (team) permudahkan sampai tak terasa penat dan perit.

“80 hari shoot yang penuh dengan gelak tawa dan perit kepayahan,” tulisnya.

Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut memaklumkan dia juga amat berbesar hati sekiranya ditawarkan lebih banyak drama-drama yang berkualiti selepas ini.




“Kami dari team #ipromisejanjianaqi mengundur diri dulu ya. Ada naskah hebat yang bukan drama murahan, kami sampai. salam semua!

“Crew, production, artis and of course my Hayla @emma_maembongofficial TERIMA KASIH,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Sharnaaz turut berterima kasih kepada para penonton yang telah menyokong drama tersebut daripada episod awal sehinggalah yang terakhir.



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain turut berharap agar drama ini dapat diteruskan lagi untuk musim yang ke-2.

“Betul..drama nie power, takut nak tengok. Anaqi lagi hebat dari Jebat.

“Nak #ipromisejanjianaqi season 2.

“Drama yang paling best setakat ni. Saya bagi 10 bintang. Daripada watak utama hingga ke watak pembantu semua padu.



“Antara lokonan abang yang terbaik..tahniah abang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Selain Sharnaaz, drama arahan, Hadith Omar ini turut dibintangi oleh berisan pelakon-pelakon hebat seperti Emma Maembong, Talha Harith, Alicia Amin, Dayana Roza dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 21-1-2022 11:20 AM


memang hebat naskhah2 yang dilakonkan oleh nenas
Quote JiEunTak 21-1-2022 11:28 AM
best kaa ceta Anaqi ni...
sapa tgk kasi review simple sket!
Quote AnnaSendin 21-1-2022 12:05 PM
Tajuk pon so pprt, kg.com, murahan. Rengsa kalau baca tajuk drama/filem campur2 bm bi. Drama heols sebelum2 nieyh pon so murahan, biasalah drama meleis tibi3 dan asterok arahan mikel ang.
Quote azimodin 21-1-2022 12:27 PM
Baru je nak cakap benda ni. Dalam banyak2 watak sotong di kaca tv malaysia, watak soyong yg dibawa oleh nenas ni paling meloyakan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.154283 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top