CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apa Ni? Buat Filem Ada Duit! Nak Bagi Pelakon Makan Minta Sponsor Orang Kampung?”

21-1-2022 09:54 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4384| Komen: 14|Original author: Oleh: Saiful

Description: "Apa ni? Buat filem ada duit! Nak bagi pelakon makan minta sponsor?”
"Apa ni? Buat filem ada duit! Nak bagi pelakon makan minta sponsor?”

Sebuah syarikat produksi dikatakan tak tahu malu sebab minta tajaan daripada penduduk di Kedah untuk penggambaran filem.


Rata-rata mempersoalkan status kewangan produksi berkenaan sehingga perlu meminta sumbangan secara terbuka di Facebook.


Foto: via mStar Online

Ada netizen yang melabelkan para pelakon dan kru produksi filem tersebut sebagai golongan 'asnaf' sehingga perlu mendapatkan tajaan makanan dan minuman daripada orang ramai.

Bagaimanapun  penerbit NS Film Productions Sdn Bhd iaitu Nasyriq Nawawi memaklumkan syarikatnya dah tarik diri sebagai penerbit filem Misteri Hutan Tok Kepak.


Foto: via mStar

"Sehingga kini mereka masih menggunakan logo NS Film untuk minta tajaan makanan, minuman, penginapan dan banyak lagi. Malah, surat tajaan juga masih menggunakan nama saya.

"Saya pun dapat tahu mengenai perkara ini daripada kawan-kawan... berapa banyak duit yang mereka berjaya kumpul saya tak pasti. Kalau nak cari sponsor buat cara betul, bukan jaja nama syarikat saya di Facebook dan sebagainya, nampak syarikat saya murah dan lekeh!

"Sekarang ini saya pula kena jawab apabila orang tanya... company kau ke yang minta sponsor di Facebook itu? Ia telah merosakkan reputasi syarikat saya," katanya ketika dihubungi mStar.


Nasyriq, Foto: via mStar

Nasyriq mendakwa syarikatnya dipergunakan pihak berkepentingan untuk tujuan menarik penaja dan mendapatkan dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

"Awalnya saya ditawarkan untuk menjadi pengarah sebuah projek bajet rendah... kemudian mereka kata nak buat filem pula dengan bajet RM50,000 tapi nak pakai nama company saya. Saya setuju pakai nama company saya dan mereka pun buatlah poster dan banner untuk majlis pelancaran pada bulan Disember tahun lalu.

"Sebelum pelancaran dia minta separuh daripada bajet, tapi saya bagi RM3,000 dahulu untuk pelancaran itu. Semasa launching pakai nama syarikat saya tapi apabila nak terbit guna production orang lain pula, itu yang menyebabkan saya rasa tertipu dan tak mahu ada apa-apa urusan lagi.

"Lebih membuatkan saya terkilan apabila mereka berterusan menggunakan logo company saya untuk mendapatkan tajaan walaupun diketahui syarikat kami sudah tiada kaitan lagi."


Foto: via mStar

 Nasyriq meminta Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bertanggungjawab dan menyelesaikan isu ini secepat mungkin supaya tidak timbul masalah berbangkit di kemudian hari.

"Sekarang ini orang kutuk NS Film kerana minta sponsor di Facebook. Saya sudah hubungi FDAM melalui panggilan telefon dan emel tapi sampai sekarang mereka masih membisu. Itu membuatkan saya sakit hati, isu ini telah mencemarkan nama dan syarikat saya.

"Pihak FDAM tahu apa yang sedang berlaku kerana tanpa pengetahuan mereka tak mungkin projek filem ini berjalan. Saya sedang menunggu pihak mereka beri penjelasan. Saya mahu mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

"Sekali lagi saya tegaskan NS Film tak terlibat meminta tajaan ini dan saya tampil bersuara mengenai isu ini kerana tak nak benda yang sama berulang kembali. Ia tidak bagus untuk industri filem kita."

Bikin buruk nama sahaja disebabkan salah faham begini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 21-1-2022 10:03 AM
Bagaimanapun  penerbit NS Film Productions Sdn Bhd iaitu Nasyriq Nawawi memaklumkan syarikatnya dah taruk diri sebagai penerbit filem Misteri Hutan Tok Kepak.


Ko nk taip TARIK diri ke Sepul.
Confuse aku baca
Quote Mooverine 21-1-2022 11:01 AM
Kalau nak minta tajaan, sebaiknya jumpa face 2 face dengan orang ..
ni post kat group FB ishhh..
lepas tu, buat lah scene2 product placement kat dalam movie tu nanti..confrim ada yang mau sponsor tu..
Quote epullipan 21-1-2022 11:02 AM
tu pegi kedah nak shooting naik ketapi ke tu..pandai jimat tang transportation
Quote seri_mawr 21-1-2022 11:14 AM
kllu xde duit buat drama pendek2 jek la...x yah filem2....
Quote zeitabaei 21-1-2022 11:28 AM
Xyah lah sponsor XDA pulangan pun. Vibe nya seketika. Hampir Semua production selalu Minta sponsor Makanan.
Quote asamfish 21-1-2022 01:46 PM
So...how much is the cost for making a drama ni eh?  50k sounds affordable...tak perlu loan or share partner pun....unless kalau penerbit kokak sgt2
Quote rain2169 21-1-2022 01:54 PM
baca tajuk pun tak selera....
Quote dudaberhias 21-1-2022 01:56 PM
Nauzubillah min zalik, ni ke production sama minta alicia amin bayarkan duit beli pemanah tu....
Quote Belibis 21-1-2022 03:06 PM
Kah....baik mail totey laaa..kena kutuk2 pun tak meroyan minta makan minum tajaan.
Quote Meiizu 21-1-2022 04:46 PM
Edited by Meiizu at 21-1-2022 05:01 PM

kawan cek dah tekena produksi shooting kat kg dia  bayar tak abis..makan pun dah jadi taik
Quote mizruncing 21-1-2022 04:51 PM
lol semua nk hadap tajaan. retis mane jadi hero heroin tu
Quote auntyonion 21-1-2022 07:12 PM
Cheapskate
Quote minahmanja 21-1-2022 09:07 PM
lelaki ni ke bekas tunang azar dlu tu..?
Quote Perawankota 22-1-2022 06:01 AM
Patutlah pelakon2 filem tu pon mcm ermmmm aje

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.161224 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top