View: 2989|Reply: 14
|
"Apa Ni? Buat Filem Ada Duit! Nak Bagi Pelakon Makan Minta Sponsor Orang Kampung?”
[Copy link]
|
|
"Apa ni? Buat filem ada duit! Nak bagi pelakon makan minta sponsor?”
Sebuah syarikat produksi dikatakan tak tahu malu sebab minta tajaan daripada penduduk di Kedah untuk penggambaran filem.
Rata-rata mempersoalkan status kewangan produksi berkenaan sehingga perlu meminta sumbangan secara terbuka di Facebook.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/21/095347vbb2v6y7y297ofii.jpg) Foto: via mStar Online
Ada netizen yang melabelkan para pelakon dan kru produksi filem tersebut sebagai golongan 'asnaf' sehingga perlu mendapatkan tajaan makanan dan minuman daripada orang ramai.
Bagaimanapun penerbit NS Film Productions Sdn Bhd iaitu Nasyriq Nawawi memaklumkan syarikatnya dah tarik diri sebagai penerbit filem Misteri Hutan Tok Kepak.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/21/094909x95w2jv5vwnqwc77.png) Foto: via mStar
"Sehingga kini mereka masih menggunakan logo NS Film untuk minta tajaan makanan, minuman, penginapan dan banyak lagi. Malah, surat tajaan juga masih menggunakan nama saya.
"Saya pun dapat tahu mengenai perkara ini daripada kawan-kawan... berapa banyak duit yang mereka berjaya kumpul saya tak pasti. Kalau nak cari sponsor buat cara betul, bukan jaja nama syarikat saya di Facebook dan sebagainya, nampak syarikat saya murah dan lekeh!
"Sekarang ini saya pula kena jawab apabila orang tanya... company kau ke yang minta sponsor di Facebook itu? Ia telah merosakkan reputasi syarikat saya," katanya ketika dihubungi mStar.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/21/094910t7x9hitw2t5a75ww.png) Nasyriq, Foto: via mStar
Nasyriq mendakwa syarikatnya dipergunakan pihak berkepentingan untuk tujuan menarik penaja dan mendapatkan dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).
"Awalnya saya ditawarkan untuk menjadi pengarah sebuah projek bajet rendah... kemudian mereka kata nak buat filem pula dengan bajet RM50,000 tapi nak pakai nama company saya. Saya setuju pakai nama company saya dan mereka pun buatlah poster dan banner untuk majlis pelancaran pada bulan Disember tahun lalu.
"Sebelum pelancaran dia minta separuh daripada bajet, tapi saya bagi RM3,000 dahulu untuk pelancaran itu. Semasa launching pakai nama syarikat saya tapi apabila nak terbit guna production orang lain pula, itu yang menyebabkan saya rasa tertipu dan tak mahu ada apa-apa urusan lagi.
"Lebih membuatkan saya terkilan apabila mereka berterusan menggunakan logo company saya untuk mendapatkan tajaan walaupun diketahui syarikat kami sudah tiada kaitan lagi."
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/21/094909zls270qocds0d4sn.png) Foto: via mStar
Nasyriq meminta Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bertanggungjawab dan menyelesaikan isu ini secepat mungkin supaya tidak timbul masalah berbangkit di kemudian hari.
"Sekarang ini orang kutuk NS Film kerana minta sponsor di Facebook. Saya sudah hubungi FDAM melalui panggilan telefon dan emel tapi sampai sekarang mereka masih membisu. Itu membuatkan saya sakit hati, isu ini telah mencemarkan nama dan syarikat saya.
" ihak FDAM tahu apa yang sedang berlaku kerana tanpa pengetahuan mereka tak mungkin projek filem ini berjalan. Saya sedang menunggu pihak mereka beri penjelasan. Saya mahu mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
"Sekali lagi saya tegaskan NS Film tak terlibat meminta tajaan ini dan saya tampil bersuara mengenai isu ini kerana tak nak benda yang sama berulang kembali. Ia tidak bagus untuk industri filem kita."
Bikin buruk nama sahaja disebabkan salah faham begini. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun penerbit NS Film Productions Sdn Bhd iaitu Nasyriq Nawawi memaklumkan syarikatnya dah taruk diri sebagai penerbit filem Misteri Hutan Tok Kepak.
Ko nk taip TARIK diri ke Sepul.
Confuse aku baca |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak minta tajaan, sebaiknya jumpa face 2 face dengan orang ..
ni post kat group FB ishhh..
lepas tu, buat lah scene2 product placement kat dalam movie tu nanti..confrim ada yang mau sponsor tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
tu pegi kedah nak shooting naik ketapi ke tu..pandai jimat tang transportation |
|
|
|
|
|
|
|
kllu xde duit buat drama pendek2 jek la...x yah filem2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xyah lah sponsor XDA pulangan pun. Vibe nya seketika. Hampir Semua production selalu Minta sponsor Makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
So...how much is the cost for making a drama ni eh? 50k sounds affordable...tak perlu loan or share partner pun....unless kalau penerbit kokak sgt2 |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk pun tak selera.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah min zalik, ni ke production sama minta alicia amin bayarkan duit beli pemanah tu....![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kah....baik mail totey laaa..kena kutuk2 pun tak meroyan minta makan minum tajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Meiizu at 21-1-2022 05:01 PM
kawan cek dah tekena produksi shooting kat kg dia bayar tak abis..makan pun dah jadi taik |
|
|
|
|
|
|
|
lol semua nk hadap tajaan. retis mane jadi hero heroin tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cheapskate ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki ni ke bekas tunang azar dlu tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah pelakon2 filem tu pon mcm ermmmm aje |
|
|
|
|
|
|
| |
|