CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul Ariffin Nafi Ada Hubungan Dengan Sabrina Sharleen

19-1-2022 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4088| Komen: 23

Description: Setiap gerak-geri dan perkongsian hantaran di media sosial pelakon kacak Zul Ariffin sering menjadi perhatian ramai.
Setiap gerak-geri dan perkongsian hantaran di media sosial pelakon kacak Zul Ariffin sering menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, ramai wanita meluahkan kekecewaan apabila seorang wanita bernama Sabrina Sharleen yang juga bekas pramugari kini berjinak-jinak sebagai pelakon tambahan memuat naik video bersama Zul.




Daripada hantaran itu, ramai beranggapan wanita itu adalah kekasih hati Zul Ariffin. Bagaimanapun, ia dinafikan oleh pelakon filem Sangkar itu.

"Dia bukan teman wanita saya, mungkin ketika ini dia sedang bersama kekasih hatinya? Saya sendiri tidak tahu-menahu," katanya.


Pelakon bertubuh sasa itu mengulas ringkas apabila ditanya mengenai sekeping foto bersama wanita yang tular sekitar Disember lalu.


Foto: IG

Menurut Zul, foto yang tular itu sekadar gambar dan dia juga tidak berhubung dengan wanita terbabit.

"Perkongsian itu sekadar gambar semata-mata. Selepas itu saya tidak menghubungi dia pun. Apabila dia ingin bergambar, saya okay sahaja.

"Apabila dia memuat naik di Instagram Story miliknya, kemudian saya mengulang siar perkongsian itu. Hanya itu saja, tidak lebih dari itu.

"Saya boleh bergambar dengan sesiapa sahaja. Orang luar boleh menilai. Ini 'line' kerja saya, orang luar tak tahu mengenai publisiti," katanya.



Difahamkan, wanita itu menjayakan watak tambahan dalam drama terbaharu lakonan Zul berjudul Tarik Aku Ke Syurga.

Menurut laporan media, wanita itu menegaskan hubungan mereka sekadar kawan biasa sahaja. Wanita itu mengenali Zul sejak tiga tahun lalu dan mereka pernah bertemu beberapa kali.

Selain itu, menjawab lanjut, menurut Zul, dia sedar tidak mampu menutup mulut atau menghalang sebarang pandangan peribadi penonton mengenai aksi mesra yang dipaparkan.



Aktor berusia 36 tahun itu turut menegaskan, aksi mesranya mendukung seorang wanita untuk tujuan mempromosikan sebuah produk bengkung tempatan baru-baru ini berlaku dalam keadaan spontan dan tidak dirancang.

Menurut Zul, sedikit pun tidak timbul soal gimik atau sebahagian daripada strategi pemasaran untuk promosi kerana sejak dari awal babak seperti itu tidak pernah dibincangkan.



"Bukan kami punya niat pun untuk menjadikan promosi itu antara objektif untuk menjadi tular. Saya tak kisah pun sebenarnya jika orang nak kritik atau kecam sebab saya buat kerja.

"Nak cakap soal kritikan atau kecaman, itu semua sudah saya anggap bak 'sarapan pagi'. Maaf cakap. Apabila bercakap mengenai kerja, memang saya akan komited dan fokus. Kita teruskan saja kehidupan.

"Ini adalah bidang bisnes hiburan dan proses kreatif. Lagipun lakonan adalah kerja saya. Bukan saya yang pilih nak dukung siapa kalau diminta untuk buat kerja. Sekali lagi saya tegaskan, saya cuma buat kerja," katanya pada majlis pelantikannya sebagai duta produk bengkung jenama Superwoman di Hotel Concorde, Shah Alam, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pembabitannya sebagai duta produk itu, Zul terharu kerana dirinya dipilih dan diberi kepercayaan itu.



"Saya juga menyukai produk bengkung yang banyak membantu saya bersenam di gimnasium walaupun saya akui, tak kongsikan aktiviti senaman saya di media sosial.

"Saya jenis suka buat secara senyap. Tetapi, untuk ini tak lama pun saya ambil masa untuk bersetuju sebab memang menggunakan bengkung untuk tujuan sokongan tubuh badan.

"Senang bekerjasama dengan pasukan Superwoman dan saya juga menyukai produk bengkung yang dikeluarkan. Semestinya, saya mahukan sesuatu yang berkualiti kerana turut menggunakan nama saya sebagai duta," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adra5028 19-1-2022 09:36 AM
kesian wanita itewww..kahh
Quote lasagna 19-1-2022 09:42 AM
legaaa laa Kurex mendengarnya...
Quote tipah89 19-1-2022 01:00 PM
zul da poyo berpisah teda
Quote enot_sibudak 19-1-2022 01:21 PM
zul kan.. apehallll. ngan si ruhainis pun bleh berpeluk
Quote pinggan 19-1-2022 01:46 PM
Mm. Cantik je. Jgn buang masa la dgn mamat ni
Quote deebiz14 19-1-2022 01:48 PM
Eh... then ngan si kemut tu ape jadi? Dah jilat2 jari sumer tu....
Quote 3chanceno 19-1-2022 02:05 PM
Eh nie kan perkara biasa buat bam jul, apa nak heran? Kalo dia nikah dgn acik gayah, baru ramai peminat yang pengsan
Quote missbigrockstar 19-1-2022 02:10 PM
Hugh grant malaysia
Quote ainonymous 19-1-2022 02:12 PM
3chanceno replied at 19-1-2022 02:05 PM
Eh nie kan perkara biasa buat bam jul, apa nak heran? Kalo dia nikah dgn acik gayah, baru ramai pemi ...

hahahahahahaah menangis tak berlagu
Quote matjerk 19-1-2022 02:35 PM
Dah masuk 2022 dok buat senyum sengeh sebelah lagi ker.. x hensem dah....
Quote bulalof 19-1-2022 02:38 PM
harap Zul Ripin tahu apa itu STD.
Quote ezacbee 19-1-2022 04:10 PM
Senang jadi laki buat apa2 pun jarang kena kondem. Klo pompuan... [em:12:]
Quote mendeluk 19-1-2022 04:12 PM
I rase ini propa jelah. Mcm ada kes dia dgn perempuan lagi satu itu. After dia buat video dgn founder sexycurve, terus dia came out w this. Haha. Nampak sgt zul accept job bengkung sbb salary tinggi je
Quote innocentsangat 19-1-2022 05:44 PM
Selamat la media kt Malaysia ni tak cm kt Korea. If not hg nak pgg tangan perempuan pun fikir 10 kali. Takut kena cancel culture. Sedih. Org yg bukan islam lagi jaga adab. Hai laaaa si polan...
Quote kiah_mai_pulak 19-1-2022 05:55 PM
yg baju bunga2 tu baju kurung peninggalan arwah mak nya ke? di alter jadi baju laki
Quote sharlenetexas 19-1-2022 05:56 PM
Jubah dah hilang?

Quote cikgojesss 19-1-2022 05:58 PM
hek eleh budak kelas hujung cakap bersepah ni.. poyo bajet bagus malang siapa kawin heshe.. takda aura pemimpin keluarga.. kepam
Quote imanjannah 19-1-2022 06:02 PM
kuatnya poyo ko ni Zul..
Quote AnnaSendin 19-1-2022 06:05 PM
Jul nieyh kulit cepat kedut terutama tepi mata. 3 garisan nampak naw.. As usual, jul menafikan ader hubungan, kesian fomfuan yang verangan cikcur dengan heols.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.059232 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top