CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Ketakutan Tangan Jadi Biru- Obses Diet Sampai Tak Makan, Hanya Minum Air Mineral

17-1-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3056| Komen: 20

Description: Setiap wanita pasti mahu memiliki tubuh yang ramping dan menawan.
Setiap wanita pasti mahu memiliki tubuh yang ramping dan menawan.

Pelbagai kaedah, tip atau diet yang diamalkan demi menurunkan berat badan.


Namun ada yang 'tersalah percaturan' dalam merealisasikan impian tersebut sehingga boleh memudaratkan kesihatan, sebagaimana yang dialami oleh gadis ini.

Foto: mStar Online


Hanya mahu dikenali sebagai Nurin Jamaluddin, gadis ini berkongsi pengalaman apabila tapak tangannya berubah menjadi biru pucat gara-gara mengamalkan diet yang agak ekstrem.

"Saya nak turunkan berat badan kerana banyak baju tak muat dan juga rasa memang patut diet sebab berat badan makin hari makin naik.

"Saya tak consult dengan mana-mana orang pun (coach). Hanya ikut cara diet sendiri je. Saya ajar diri untuk tak makan kemudian setiap hari jadi terbiasa.



"Tambah-tambah lagi masa mula diet tu, saya baru nak start kerja jadi memang tak kisah la pasal makan ni sebab sibuk kerja. Memang berhenti terus makan waktu tu. Pergi kerja hanya bawa air mineral.

"Saya hanya ambil makanan pada waktu petang. Saya ambil nasi, itu pun dalam portion yang kecil," cerita gadis berusia 20 tahun ini.

Menurut Nurin, selama lima bulan dia mengamalkan kaedah tersebut, berat badannya turun dari 69 kilogram (kg) kepada 55kg.


Foto: mStar Online

Namun ketika dalam proses diet ekstrem tersebut, peristiwa yang berlaku pada Mac tahun lalu ibarat 'penggera' buat gadis ini dan menyedarkan dirinya agar mengubah pola pemakanan yang sama sekali tidak sihat.

"Kejadian itu berlaku pada 20 Mac 2021. Jari saya jadi biru pucat. Saya rasa sebab tak makan langsung... saya hanya minum air mineral.

"Mujurlah tak lama pun.... petang tu jadi biru dan berlarutan sampai malam. Bangun esok tu dah perlahan-lahan hilang sebab malam tu makan je banyak-banyak sebab dah agak dah jadi macam tu sebab tak makan.

"Sudah tentu perasaan waktu jari biru tu memang takutlah. Sebelum tangan jadi macam tu, berat memang dah banyak turun. Selepas kejadian itu, saya berhenti diet sebab berat pun dah turun," ujarnya yang menjalankan bisnes secara dalam talian.

Walaupun keadaannya tidak serius, namun Nurin mengakui serik untuk mengulangi kaedah yang sama.

"Alhamdulillah lepas kejadian tu saya okay. Saya masih diet lagi selepas itu tapi tidaklah sampai tak makan terus. Kalau rasa lapar, saya ambil roti... kalau dulu, saya minum air mineral saja jika lapar.

"Tapi sekarang saya tak diet macam tu dah. Berat badan pun perlahan-lahan naik semula... pagi-pagi makan nasi lemak saja.

"Nasihat saya kalau ada yang nak kurus tu, tolonglah ikut cara yang betul. Jangan amalkan diet yang salah... nanti menyesal kemudian hari," kata gadis yang berasal dari Terengganu ini lagi.

Sehingga kini, perkongsian Nurin di aplikasi TikTok mengenai pengalaman dietnya itu meraih melebihi 171,000 jumlah tontonan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 17-1-2022 11:32 AM
Punya seksa diet dia..nak sihat bukan nak kurus .terpengaruh nak kalau sihat cantik.putih cantik sampaikan ada yg putih pucat sebab tak cukup Zat. .
Quote Dwdrum 17-1-2022 11:33 AM
Adik ini mahu kurus cepat...
Quote makadek 17-1-2022 11:38 AM
Hari ni ku lapau sgt
Pagi2 aku hentam ketiyau paru dn oti canai balik rumah 9.30 tertidur sampai 10.30 now i lesu...laki aku ke hulu kehilir ngemas laman dh berpeluh peluh
Esok tk nk dh ngeteh
Quote MissVixen 17-1-2022 12:14 PM
Habis lari kandungan elektrolit. Badan pun mesti lemau dan susah mengulang tandas. Kurangkan kalori je. Takde cara cepat nak kurus kecuali tiba2 kena sakit teruk.
Quote Solokkk 17-1-2022 12:21 PM
BBNU kalau tak bodoh tak sah
Quote Artemesiaa 17-1-2022 12:21 PM
Ramai yang salah faham mereka ingat kalau diet kena berlapar pada hal kalau macam tu bakal mendatangkan masaalah lain pulak untuknya.  Nasib dia cepat sedar sebelum terlambat.
Quote noor2 17-1-2022 12:59 PM
Mmg bam2 gambar yg sebelah kiri tu tapi x de la gemok mana pun...
Quote asfaz 17-1-2022 01:11 PM
Sedara aku diet, tak makan tpi dia makan jeruk hari2. Memang kurus tp lepas tu kena operate sb kena appendik. Pengsan kat tpt kerja.
Quote bulanbulat 17-1-2022 01:27 PM
Mcm raynaud phenomena.
Quote shernazz 17-1-2022 01:31 PM
Kena rekod ek

Eh tangan dah biru
Meh meh rakam dolu masuk tiktok.
Nnt kita bg tips
Quote Beribear 17-1-2022 01:55 PM
Kat mana eh nak beli dress yg dia pakai sebelah gambar jari tu
Quote edayildiz 17-1-2022 01:59 PM
jgn la over sgt..i buat if ok jer..tp nth bila nk smbg diet balik ni..asik mkn jer sejak krismas bawak ke thn bawu ni
Quote ninja9 17-1-2022 02:10 PM
edayildiz replied at 17-1-2022 01:59 PM
jgn la over sgt..i buat if ok jer..tp nth bila nk smbg diet balik ni..asik mkn jer sejak krismas baw ...

permohonan kerja on off hari tu dapatkah

Quote darkness 17-1-2022 02:15 PM
Xda zat badan ko dik
Quote sukacactus 17-1-2022 02:22 PM
Mcm bodoh je diet merosakkan badan camtu
Do it moderately pastu excercise la skit
Quote jari10 17-1-2022 03:13 PM
Kalau diet journey dia jd gitu..x bolehlah lepas ni claim jd COACH diet ya
Quote Shazid 17-1-2022 03:35 PM
Aje gile...dik byk je kt internet dan media sosial yg ajar cara diet yg betul....tp klu ko nk kurus dlm ms seminggu jgn haraplah ye. Ko gemuk pun bertahun2...ni lg lh nk kurus.
Quote ulamalu 17-1-2022 03:45 PM
Dia lupa kot belajar sains sekolah rendah mengenai function carbo+protein+fibre = balanced meal utk badan.  Jgn ambil byk mcm badan tgh bam2, sikit pun jadilah, janji ada.   Mungkin dia x perasan skrg, tp takut ada je organ bdn dia dah haywire.
Quote edayildiz 18-1-2022 07:11 AM
ninja9 replied at 17-1-2022 02:10 PM
permohonan kerja on off hari tu dapatkah

wahh ingat lg
tergantungg sistur..nk ckp xberjaya..tidak..nk ckp berjaya tidak jgk..tertakluk..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047396 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top