CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagu Sangkut, Cover Album Tak Keluar! Tuju K-Clique Kecewa Tengok Hasil Kerja Dua Tahun

7-1-2022 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1210| Komen: 0

Description: Baru sahaja melancarkan album solo pertama, panyanyi hip hop Tuju meluahkan rasa kecewa apabila terdapat kesilapan teknikal pada lagu dan kulit album selepas dimuat naik di platform digital.
Baru sahaja melancarkan album solo pertama, panyanyi hip hop Tuju meluahkan rasa kecewa apabila terdapat kesilapan teknikal pada lagu dan kulit album selepas dimuat naik di platform digital.


Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 26, memberitahu hasil kerja kerasnya selama dua tahun menyiapkan album itu tidak seperti yang diharapkan.


Foto: IG

"Saya kecewa kerana cover album itu tak habis dan lagu sangkut di platform digital.

"Saya yang cipta sendiri lagu dan kulit album itu dan saya tahu bagaimana rupanya. Ia tidak seperti yang saya gambarkan," luah Tuju.


Anggota kumpulan K-Clique ini, bagaimanapun tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak dan berharap masalah itu akan segera diselesaikan pihak berkenaan.


Foto: via mStar

"Perkara ini diluar kawalan saya. Saya hanya boleh beritahu dan minta bantuan. Semoga ia dapat diselesaikan.

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Ini tahun baru, cuma nak beri semangat untuk bekerja dengan betul dan punya kejujuran.

"Hari ini (6 Januari) masih sama. Mungkin esok akan dibetulkan," kata Tuju.




Album berjudul Tuju Untuk Kamu 18/19 itu mengandungi tujuh buah lagu dan boleh didengar di platform digital bermula 31 Disember lalu.

Album ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Tuju. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.038704 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top