CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bakal Bersalin, Ernie Zakri Cari Pengganti Di AJL. Siapa Yang Layak?

7-1-2022 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5483| Komen: 44

Description: Sarat hamil lapan bulan, penyanyi Ernie Zakrie memberitahu dia sedang mencari pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang bakal bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke -36.
Sarat hamil lapan bulan, penyanyi Ernie Zakrie memberitahu dia sedang mencari pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang bakal bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke -36.


Kata Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, dia tidak dapat membuat persembahan kerana bakal bersalin dan berpantang dalam masa terdekat ini.


Foto: IG

"Saya masih lagi menanti daripada pihak produksi bila tarikh persembahan untuk AJL36, kerana setakat ini masih belum pasti lagi sama ada ia akan diadakan pada Februari atau Mac.

"Kalau Februari... InshaAllah saya bakal melahirkan dan kalau Mac pula saya tengah berpantang.


"Jadi mustahil bagi saya untuk berada di atas pentas pada waktu itu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ernie dan syarikat rakamannya sedang dalam proses perbincangan untuk mencari calon yang sesuai bagi menggantikan dirinya pada malam AJL36 nanti.



Bukan itu sahaja, Ernie juga perlu mendapatkan pendapat daripada komposer lagu Boneka iaitu Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh sebelum membuat pemilihan penyanyi yang bakal menyanyikan lagu tersebut.

"Plan B untuk cari pengganti saya untuk persembahan AJL36 ini masih lagi dalam perbincangan dengan syarikat rakaman. Sebab saya harus menghormati komposer lagu ini dan masih menanti perbincangan daripada mereka juga.

"Sekarang ini saya dah mula melihat dan fikirkan calon yang terbaik. Doakanlah agar pencarian pengganti saya untuk menyanyikan lagu Boneka ini berhasil," katanya.



Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Bersuara ini berkata, dia menerima banyak cadangan daripada netizen, namun dia berharap calon tersebut dapat memberikan persembahan yang terbaik di AJL36.

"Banyak juga terima cadangan daripada netizen yang mahukan Ziana Zain sebagai pengganti. Of course la happy kalau dapat saksikan Ziana Zain menyanyikan lagu saya sendiri.

"Tetapi macam saya katakan, kami masih lagi mencari calon pengganti dan berharap agar dia dapat memberikan persembahan yang best di pentas AJL 36 nanti," ujarnya.


Untuk rekod, Ernie dan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Ernie dijangka bakal melahirkan seorang bayi perempuan pada Februari. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Luno 7-1-2022 09:55 AM
Makcik atau pakcik nya.
Quote Normabaru 7-1-2022 09:59 AM
Jah Pon bakalan melahirkan Feb la kot..Sama2 sarat masing2.. Nnt kita tgk peminat idolat bb Sape..heheheh

Good luck Ernie semoga dipmudahkn!
Quote cikgojesss 7-1-2022 10:00 AM
shemale pun boleh dek
Quote dua_chzy 7-1-2022 10:03 AM
Ambik ja memana budak2 AF termasuk laki kau.
Quote phone_5 7-1-2022 10:08 AM
mak cik dan pak cik penyanyi hebat dan ternama di malaysia

kalau free boleh je suruh mak cik atau pak cik ganti....

itu pun kalau jadual mak cik dan pak cik dia free
Quote miss_strangers 7-1-2022 10:09 AM
Nikki palikat pleaseee
Quote MissYouSayang 7-1-2022 10:14 AM
Idayu af tu ok gak bila cover lagu org
Quote stingeritters 7-1-2022 10:42 AM
MissYouSayang replied at 7-1-2022 10:14 AM
Idayu af tu ok gak bila cover lagu org

Dari idayu af...

Lebih baik ko.......

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote stingeritters 7-1-2022 10:44 AM
miss_strangers replied at 7-1-2022 10:09 AM
Nikki palikat pleaseee

Baik sign dia sekarang sebelum dia jadi juara GV8....

appearance  fees lain tau antara peserta GV dengan juara GV......

Kahkahkahkah
Quote stingeritters 7-1-2022 10:46 AM
dua_chzy replied at 7-1-2022 10:03 AM
Ambik ja memana budak2 AF termasuk laki kau.

Ko tak mo sarankheun BANDI AMUK kewww chzy?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote prince_marhaen 7-1-2022 11:25 AM
Nikki Palikat or Stacy pun boleh ..... mesti diorang all out menari bagai... takyah lah kawan baik nyanyi menjerit feeling international pakai baju karung guni sampah tu...rimass... rengsek telinga semua part nak terpaling vokal...yihhhh
Quote buragazz 7-1-2022 11:34 AM
Setakat ni yang bermain difikiran Idayu, Aniki.. Klu dah potong gelang Liza Hanim pun bole.. teringin nak tgk Jac..
Quote shi_jewel 7-1-2022 11:35 AM
Ella puhlisssss
Quote hyie 7-1-2022 11:43 AM
meols nak ctdk duet dengan mana2 retis untuk lagu ni pliss
Quote harkktuih 7-1-2022 11:57 AM
suh nek bida, lip sokri, mike ang trio nyanyi lagu boneka.. special appearance melalui zoom..abam jat
Quote tokchik 7-1-2022 12:24 PM
Apa kata suru laki nya aja yg menyanyikan lagu Tu.

Quote awenda507 7-1-2022 12:36 PM
Suki pun best jugak suaranya
Quote pro-goals 7-1-2022 12:43 PM
Jac pon ok boleh tapau vokal terbaik
Quote dekmieDandy 7-1-2022 12:49 PM
fuhh, payah ni nak cari pengganti yang ada sura tinggi and lunak, iolls cadangkan asmidar, walaupun mungkin kena kecam

so paling dekat pun makcik dia kot since dia pun pernah bawak lagu ni, tapi perosalanya nak ke dia since ajl lagu sendiri tak pernah lagi menang

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055944 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top