CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Redza Rosli Panggil Sharifah Rose 'Baby', Cinta Lokasi Ke?

6-1-2022 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6270| Komen: 50

Description: Pelakon yang semakin meningkat naik, Sharifah Rose, 23, menafikan bahawa dia terjebak dengan cinta lokasi dengan pelakon Redza Rosli sementelah mencipta keserasian dalam drama Kekasih Hati Mr. Bodygua ...
Pelakon yang semakin meningkat naik, Sharifah Rose, 23, menafikan bahawa dia terjebak dengan cinta lokasi dengan pelakon Redza Rosli sementelah mencipta keserasian dalam drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard terbitan TV3.


Menurut Rose, dia sedar mengenai desas-desus yang bertebaran namun cuba positif kerana sewaktu itu sedang giat mempromosikan drama tersebut yang mendapat tempat di hati masyarakat dan penonton.

Foto: IG

“Saya ini umpama pendatang baru dalam industri. Sebagai orang baru dan sewaktu terbabit sama dalam drama tersebut, tentulah Redza banyak membantu saya terutama dari aspek memperbaiki mutu lakonan.

“Mungkin sudah ramai yang sedia maklum yang Redza juga merupakan seorang pelakon yang sangat menitikberatkan soal mutu dan ‘method’ dalam lakonan. Jadi tak ada isu pun terjebak dengan cinta lokasi.


“Tidak berlaku pun hal seumpama itu. Kami berdua profesional,”katanya.



Rose berkata demikian semasa ditemui di sidang media program terbaru terbitan TV3, Master In The House Malaysia di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Pusat Membeli Belah One Utama, Damansara.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah tiga selebriti lain yang menyertai program yang sama, Hael Husaini, Scha Elinnea dan Meyrasam.

Selain itu, kata Rose, dia berterima kasih dengan Redza kerana telah banyak membantu dan memberi semangat padanya sebagai pelakon yang masih hijau dalam industri.



“Redza yang datang bagi semangat, ajar saya dekat set penggambaran sampailah saya dapat menjiwai watak itu. Dia kata saya kena bawa karakter Aralyn dengan baik.

“Alhamdulillah, drama itu pun berjaya, walaupun pada awalnya mendapat kritikan,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kemesraan yang ditayang di media sosial, pelakon ini menyatakan ia hanya bertujuan untuk mempromosikan drama tersebut.




“Yang nampak serasi dan manis-manis dekat media sosial itu sekadar untuk mempromosikan drama. Sekarang pun masing-masing sibuk dekat set penggambaran baru. Redza berada di Perlis untuk drama terbaru dia. Jangan risau tak ada cinta lokasi.”katanya.

Terdahulu, tular video kemesraan Rose dan Redza pada hari terakhir penggambaran mereka di aplikasi TikTok.

Tak cukup dengan itu, Redza pernah memanggil Rose dengan panggilan ‘baby’ ketika siaran langsung di Instagram. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 6-1-2022 08:31 AM
tak tengok cite ni, tp sh rose ni cantik ler juga tak macam ex redza yg gedik yahamat ittew! kalau gini ni iols setuju jer kot if dia org betul2 onz. hihi
Quote bulalof 6-1-2022 08:43 AM
mcm budak2 sekolah jumpa berlainan jantina.
Quote Zezo 6-1-2022 09:17 AM
Semog berjodohan. Amin!
Quote hannan_rayyan 6-1-2022 09:28 AM
cantik gigi dan senyum budak perempun ni
Quote TabletSusu 6-1-2022 10:26 AM
lasagna replied at 6-1-2022 12:31 AM
tak tengok cite ni, tp sh rose ni cantik ler juga tak macam ex redza yg gedik yahamat ittew! kalau g ...

siapa ex-gf dia las? redza ni nak kata hensem tu x lah.. tp sedaplah mata memandang. senyuman dia manis jgk. si rose ni pun sama, aku tgk mcm ayu jelita je. mmg nama betul dia rose gitu ke?
Quote nanasno 6-1-2022 10:37 AM
tapi downgrade juga la daripada anak tiri penyanyi bernumbur
Quote She-Ra 6-1-2022 10:40 AM
takleh la tgk mamat ni
terus terbayang muka kucing putih tuu... hampagas betul!
Quote kechikchomel 6-1-2022 10:44 AM
dia ni instapemes kan? ingatkan followers instapemes ni cecah miliyun2. tengok followers dia baru nak cecah 800k.tapi i is jeles dgn gigi dia. boleh?



Quote Normabaru 6-1-2022 10:47 AM
Rangka sgt Minah fake ni...epot klia.hewhew..
Quote lasagna 6-1-2022 11:03 AM
TabletSusu replied at 6-1-2022 10:26 AM
siapa ex-gf dia las? redza ni nak kata hensem tu x lah.. tp sedaplah mata memandang. senyuman dia  ...

ayda jebat kan ex heols dulu..
Quote lasagna 6-1-2022 11:04 AM
kechikchomel replied at 6-1-2022 10:44 AM
dia ni instapemes kan? ingatkan followers instapemes ni cecah miliyun2. tengok followers dia baru na ...

oooo serious ar instapemes.. mmg lagi laa iols tak kenal, slalu dgr nama tapi tak ler mengkaji sedetailnya sape sheol ni.
Quote mummydarling 6-1-2022 11:08 AM
TabletSusu replied at 6-1-2022 10:26 AM
siapa ex-gf dia las? redza ni nak kata hensem tu x lah.. tp sedaplah mata memandang. senyuman dia  ...

yeda jebat ke
Quote JalaEmas 6-1-2022 11:10 AM
She-Ra replied at 6-1-2022 10:40 AM
takleh la tgk mamat ni
terus terbayang muka kucing putih tuu... hampagas betul!

Zyn malik msia okey
Quote bankerpencen 6-1-2022 11:13 AM
Pahros ni tak makeup tak lawa sangat. Lakonan pun hauk. Cuma berharapkan benda mcm ni je la nak naikkan nama…
Quote She-Ra 6-1-2022 11:28 AM


ampunkan dakuuuuuuuuuuuuuu.. kenot la tgk kucing tuuuuu
Quote ezacbee 6-1-2022 11:31 AM
Gaya lakonan redza ni cam nanas. Jambang pun sama. Tapi kucen tu lagi sama
Quote Gigicantik81 6-1-2022 11:31 AM
Cantiknya dak rose ni. Minat dng diaaa????
Quote Gigicantik81 6-1-2022 11:33 AM
hannan_rayyan replied at 6-1-2022 09:28 AM
cantik gigi dan senyum budak perempun ni

Kannn. Cantik gila.
Quote winky1 6-1-2022 11:36 AM
nanasno replied at 6-1-2022 10:37 AM
tapi downgrade juga la daripada anak tiri penyanyi bernumbur

It s ok.... Duk depend reta makpak tak yah lah.. Kdg sangkut kayangan ni more like  a curse... Klu ada isu semua terpalit...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.240317 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top