View: 5750|Reply: 50
|
Redza Rosli Panggil Sharifah Rose 'Baby', Cinta Lokasi Ke?
[Copy link]
|
|
Pelakon yang semakin meningkat naik, Sharifah Rose, 23, menafikan bahawa dia terjebak dengan cinta lokasi dengan pelakon Redza Rosli sementelah mencipta keserasian dalam drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard terbitan TV3.
Menurut Rose, dia sedar mengenai desas-desus yang bertebaran namun cuba positif kerana sewaktu itu sedang giat mempromosikan drama tersebut yang mendapat tempat di hati masyarakat dan penonton.
Foto: IG
“Saya ini umpama pendatang baru dalam industri. Sebagai orang baru dan sewaktu terbabit sama dalam drama tersebut, tentulah Redza banyak membantu saya terutama dari aspek memperbaiki mutu lakonan.
“Mungkin sudah ramai yang sedia maklum yang Redza juga merupakan seorang pelakon yang sangat menitikberatkan soal mutu dan ‘method’ dalam lakonan. Jadi tak ada isu pun terjebak dengan cinta lokasi.
“Tidak berlaku pun hal seumpama itu. Kami berdua profesional,”katanya.
Rose berkata demikian semasa ditemui di sidang media program terbaru terbitan TV3, Master In The House Malaysia di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Pusat Membeli Belah One Utama, Damansara.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah tiga selebriti lain yang menyertai program yang sama, Hael Husaini, Scha Elinnea dan Meyrasam.
Selain itu, kata Rose, dia berterima kasih dengan Redza kerana telah banyak membantu dan memberi semangat padanya sebagai pelakon yang masih hijau dalam industri.
“Redza yang datang bagi semangat, ajar saya dekat set penggambaran sampailah saya dapat menjiwai watak itu. Dia kata saya kena bawa karakter Aralyn dengan baik.
“Alhamdulillah, drama itu pun berjaya, walaupun pada awalnya mendapat kritikan,”katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kemesraan yang ditayang di media sosial, pelakon ini menyatakan ia hanya bertujuan untuk mempromosikan drama tersebut.
“Yang nampak serasi dan manis-manis dekat media sosial itu sekadar untuk mempromosikan drama. Sekarang pun masing-masing sibuk dekat set penggambaran baru. Redza berada di Perlis untuk drama terbaru dia. Jangan risau tak ada cinta lokasi.”katanya.
Terdahulu, tular video kemesraan Rose dan Redza pada hari terakhir penggambaran mereka di aplikasi TikTok.
Tak cukup dengan itu, Redza pernah memanggil Rose dengan panggilan ‘baby’ ketika siaran langsung di Instagram. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tengok cite ni, tp sh rose ni cantik ler juga tak macam ex redza yg gedik yahamat ittew! kalau gini ni iols setuju jer kot if dia org betul2 onz. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
mcm budak2 sekolah jumpa berlainan jantina. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik gigi dan senyum budak perempun ni |
|
|
|
|
|
|
|
siapa ex-gf dia las? redza ni nak kata hensem tu x lah.. tp sedaplah mata memandang. senyuman dia manis jgk. si rose ni pun sama, aku tgk mcm ayu jelita je. mmg nama betul dia rose gitu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi downgrade juga la daripada anak tiri penyanyi bernumbur |
|
|
|
|
|
|
|
takleh la tgk mamat ni
terus terbayang muka kucing putih tuu... hampagas betul! |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni instapemes kan? ingatkan followers instapemes ni cecah miliyun2. tengok followers dia baru nak cecah 800k.tapi i is jeles dgn gigi dia. boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rangka sgt Minah fake ni...epot klia.hewhew.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayda jebat kan ex heols dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
oooo serious ar instapemes.. mmg lagi laa iols tak kenal, slalu dgr nama tapi tak ler mengkaji sedetailnya sape sheol ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 6-1-2022 10:40 AM
takleh la tgk mamat ni
terus terbayang muka kucing putih tuu... hampagas betul!
Zyn malik msia okey |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pahros ni tak makeup tak lawa sangat. Lakonan pun hauk. Cuma berharapkan benda mcm ni je la nak naikkan nama… |
|
|
|
|
|
|
|
Gaya lakonan redza ni cam nanas. Jambang pun sama. Tapi kucen tu lagi sama |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya dak rose ni. Minat dng diaaa???? |
|
|
|
|
|
|
|
hannan_rayyan replied at 6-1-2022 09:28 AM
cantik gigi dan senyum budak perempun ni
Kannn. Cantik gila. |
|
|
|
|
|
|
|
nanasno replied at 6-1-2022 10:37 AM
tapi downgrade juga la daripada anak tiri penyanyi bernumbur
It s ok.... Duk depend reta makpak tak yah lah.. Kdg sangkut kayangan ni more like a curse... Klu ada isu semua terpalit... |
|
|
|
|
|
|
| |
|