CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usop Cerek Sanggup Jual Tanah, Nak Beli Ikan Koi Harga RM300 Ribu Seekor

3-1-2022 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4155| Komen: 55

Description: Chukai: Kerana terlalu kemaruk memiliki ikan koi berkualiti tinggi dari Jepun, seorang penternak ikan koi (Japanese Koi) sanggup menghabiskan wang hasil jualan tanah untuk membeli ikan koi yang berhar ...
Chukai: Kerana terlalu kemaruk memiliki ikan koi berkualiti tinggi dari Jepun, seorang penternak ikan koi (Japanese Koi) sanggup menghabiskan wang hasil jualan tanah untuk membeli ikan koi yang berharga RM300,000 seekor.


Ikan koi jenis Sakai Kohaku yang dibeli di Sakai, Jepun itu antara ikan koi terbaik dan kerap memenangi pelbagai pertandingan ikan koi di peringkat antarabangsa.

Foto: Harian Metro

Mohd Zulkifli Husin, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Usop Cerek dari Kampung Gong Pauh mengakui dia ialah peminat tegar ikan koi dan bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan koi itu sejak tahun 2015.

"Saya menjual tanah semata-mata untuk membeli ikan koi Sakai Kohaku yang berkualiti tinggi itu.


"Sekarang ikan koi itu masih berada di Ladang Ikan Koi Sakai, Jepun dan kerap ditawar untuk dibeli peminat ikan koi lain dan terbaru ditawar dengan harga RM450,000.

"Tetapi, saya tidak bersedia untuk menjualnya lagi kerana harga pasaran semasa ikan koi itu mencecah RM600,000 seekor," katanya.


Foto: Harian Metro

Tambahnya, dia sengaja tidak membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia kerana ingin menyertai pelbagai pertandingan ikan koi yang dianjurkan di Jepun.

"Jika saya membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia, harga dan nilai eksklusifnya akan menurun selain sukar untuk memperoleh pembeli yang berani membeli ikan itu mengikut harga pasaranya.

"Buat masa sekarang, biar ikan koi berkenaan dibela di Jepun dan peluang untuk menjualnya semula adalah sangat tinggi kerana peminat ikan koi di seluruh dunia tertumpu di sana," katanya lagi.


Foto: Harian Metro


Di samping itu, menurut Usop Cerek, dia memiliki kira-kira 40 ekor ikan koi pelbagai jenis di kolam rumahnya termasuk, Omosako Shiro Utsuri, Doitsu Showa, Benikiko, Sanke Sakai, Dainichi Showa dan Momotaro Kohaku yang bernilai lebih RM500,000.

"Harga ikan koi yang diternak di kolam ikan koi di rumah saya sekarang berharga RM20,000 hingga RM60,000 seekor dengan kos makanan dan vitamin RM2,000 sebulan," katanya ketika ditemui Harian Metro. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 3-1-2022 12:02 PM
Mai aiiii...mahalnya!!
Quote miemiecha 3-1-2022 12:12 PM
uih,,,
dasat rege...
nege ikan lgi tinggi dr meniaga untaaa
Quote FOTHER-MUCKER 3-1-2022 12:16 PM
Teringat dahulu ikan koi kawan saya tu mati. Dia masak ikan tu bagi pada anjing katanya kerana dia kerana tak mau membazir.

Batak batak! Betul betul batak punya orang.
Quote copy_paste 3-1-2022 12:23 PM
ini kalau jual kat restoran masakan dari ikan koi ni berapa la kena cas
Quote green~tea 3-1-2022 12:27 PM
Cantik2 betul warna warni ikan koi... nak bela juga lah  dekat kolam ni... tp takmo le beli sekor sampai puluh ribu.. bela anak2 sudeh ler..
Quote Artemesiaa 3-1-2022 12:27 PM
Moga ikannya tu panjang umur dan membolehkan impiannya tu tercapai
Quote keane.somewhere 3-1-2022 12:29 PM
Bela anak ikan pun guna banyak modal
Quote rospinki 3-1-2022 12:32 PM
buatnya ikan tu mati tak kena naiya

aku bela ikan mas dari kecik jenuh jgak nk jga, air dan akuarium kena cuci selalu.
Quote hareeeesah 3-1-2022 12:51 PM
Ni liga-liga pro la ni bukan takat kolam sekaki nak bela ikan sampai 10ekor.  ikan pun susah nak berenang
Quote dua_chzy 3-1-2022 02:03 PM
Ini namanya pelaburan.
Quote dudaberhias 3-1-2022 02:11 PM
Cantiknya ikan tu... Tapi rasanya kalau mati mesti menyesal tu dah la tanah pun dah jual

Harap2 ikan tu dapat beranak pinak banyak2 supaya pelaburan heols untung berlipat kali ganda.
Quote mamajawie 3-1-2022 03:16 PM
duit x habis pakai ke?dibuatnya ikan tu mati mau mampos si usop ni terjun gaung..
Quote clarizsa 3-1-2022 03:17 PM
I dulu bela ikan hiasan dlm akuarium , paling mahal pun dlm rm20 sekor pastu mati pastu malas dh nk bela ikan hiasan

Bela ikan puyu jumpa dalam longkang smpai skrg masih hidup
Quote clarizsa 3-1-2022 03:19 PM
Berani ye dia tggal ikan mahal kt jepun sana
Kerap p melawat ke tak tu
Quote Jitu 3-1-2022 03:21 PM
wow
rega mahalnya
pastu kos nak jaga lg tu
semoga berbaloi lah dgn segala modal yg keluar tu
Quote Suchi 3-1-2022 03:23 PM
Ok bila dh dapat tawaran 600k cepat2 la jual sblm ikan tu arwah ke apa
Quote naina 3-1-2022 03:25 PM
Kaya sungguh manusia ni
Quote Firenzza 3-1-2022 07:35 PM
Dah ikan kt jepun sapa plk yg menengoknya? 1 kerja nk upah org jepun bagi mkn ikan, tukar air bagai
Quote Belibis 3-1-2022 08:08 PM
Jangan kena scam sudahhh..dulu ada pelaburan ikan kelisa tasik merah..last2 kolam pun tak wujud.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.189006 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top