View: 3416|Reply: 55
|
Usop Cerek Sanggup Jual Tanah, Nak Beli Ikan Koi Harga RM300 Ribu Seekor
[Copy link]
|
|
Chukai: Kerana terlalu kemaruk memiliki ikan koi berkualiti tinggi dari Jepun, seorang penternak ikan koi (Japanese Koi) sanggup menghabiskan wang hasil jualan tanah untuk membeli ikan koi yang berharga RM300,000 seekor.
Ikan koi jenis Sakai Kohaku yang dibeli di Sakai, Jepun itu antara ikan koi terbaik dan kerap memenangi pelbagai pertandingan ikan koi di peringkat antarabangsa.
Foto: Harian Metro
Mohd Zulkifli Husin, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Usop Cerek dari Kampung Gong Pauh mengakui dia ialah peminat tegar ikan koi dan bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan koi itu sejak tahun 2015.
"Saya menjual tanah semata-mata untuk membeli ikan koi Sakai Kohaku yang berkualiti tinggi itu.
"Sekarang ikan koi itu masih berada di Ladang Ikan Koi Sakai, Jepun dan kerap ditawar untuk dibeli peminat ikan koi lain dan terbaru ditawar dengan harga RM450,000.
"Tetapi, saya tidak bersedia untuk menjualnya lagi kerana harga pasaran semasa ikan koi itu mencecah RM600,000 seekor," katanya.
Foto: Harian Metro
Tambahnya, dia sengaja tidak membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia kerana ingin menyertai pelbagai pertandingan ikan koi yang dianjurkan di Jepun.
"Jika saya membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia, harga dan nilai eksklusifnya akan menurun selain sukar untuk memperoleh pembeli yang berani membeli ikan itu mengikut harga pasaranya.
"Buat masa sekarang, biar ikan koi berkenaan dibela di Jepun dan peluang untuk menjualnya semula adalah sangat tinggi kerana peminat ikan koi di seluruh dunia tertumpu di sana," katanya lagi.
Foto: Harian Metro
Di samping itu, menurut Usop Cerek, dia memiliki kira-kira 40 ekor ikan koi pelbagai jenis di kolam rumahnya termasuk, Omosako Shiro Utsuri, Doitsu Showa, Benikiko, Sanke Sakai, Dainichi Showa dan Momotaro Kohaku yang bernilai lebih RM500,000.
"Harga ikan koi yang diternak di kolam ikan koi di rumah saya sekarang berharga RM20,000 hingga RM60,000 seekor dengan kos makanan dan vitamin RM2,000 sebulan," katanya ketika ditemui Harian Metro. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
uih,,,
dasat rege...
nege ikan lgi tinggi dr meniaga untaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dahulu ikan koi kawan saya tu mati. Dia masak ikan tu bagi pada anjing katanya kerana dia kerana tak mau membazir.
Batak batak! Betul betul batak punya orang. |
|
|
|
|
|
|
|
ini kalau jual kat restoran masakan dari ikan koi ni berapa la kena cas |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik2 betul warna warni ikan koi... nak bela juga lah dekat kolam ni... tp takmo le beli sekor sampai puluh ribu.. bela anak2 sudeh ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga ikannya tu panjang umur dan membolehkan impiannya tu tercapai |
|
|
|
|
|
|
|
Bela anak ikan pun guna banyak modal |
|
|
|
|
|
|
|
buatnya ikan tu mati tak kena naiya
aku bela ikan mas dari kecik jenuh jgak nk jga, air dan akuarium kena cuci selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni liga-liga pro la ni bukan takat kolam sekaki nak bela ikan sampai 10ekor. ikan pun susah nak berenang |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya ikan tu... Tapi rasanya kalau mati mesti menyesal tu dah la tanah pun dah jual
Harap2 ikan tu dapat beranak pinak banyak2 supaya pelaburan heols untung berlipat kali ganda. |
|
|
|
|
|
|
|
duit x habis pakai ke?dibuatnya ikan tu mati mau mampos si usop ni terjun gaung.. |
|
|
|
|
|
|
|
I dulu bela ikan hiasan dlm akuarium , paling mahal pun dlm rm20 sekor pastu mati pastu malas dh nk bela ikan hiasan
Bela ikan puyu jumpa dalam longkang smpai skrg masih hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Berani ye dia tggal ikan mahal kt jepun sana
Kerap p melawat ke tak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
wow
rega mahalnya
pastu kos nak jaga lg tu
semoga berbaloi lah dgn segala modal yg keluar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ok bila dh dapat tawaran 600k cepat2 la jual sblm ikan tu arwah ke apa
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah ikan kt jepun sapa plk yg menengoknya? 1 kerja nk upah org jepun bagi mkn ikan, tukar air bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kena scam sudahhh..dulu ada pelaburan ikan kelisa tasik merah..last2 kolam pun tak wujud. |
|
|
|
|
|
|
| |
|